Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Monday, October 26, 2009

TINDAKAN KURANG AJAR RAKYAT INDONESIA



Tindakan Kurang ajar rakyat Indonesia


Saya perlu mengaku bahawa saya tidak berminat dengan Dato Seri Najib Tun Razak;bukan kerana sosoknya tetapi kerana pendekatan dan citra politik vis-a-vis UMNO yang saya kira tidak peduli rakyat.Begitulah kurang lebih.Pun begitu saya tidak dapat menerima 'layanan' dan unjuk rasa yang dibuat oleh rakyat negara tetangga Indonesia yang saya kira bukan sahaja keterlaluan malah sudah sampai ke peringkat kurang ajar.





Media Indonesia kelmarin memaparkan aksi kurang ajar rakyat Indonesia yang melakukan aksi unjuk rasa yang begitu keterlaluan dan di luar dari norma serta susila budaya timur.Diberitakan aktivis Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) telah mengencingi poster Dato Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia.Sementara saya mengkagumi akan iklim kebebasan dan demokrasi yang dinikmati oleh rakyat Indonesia ketimbang negara kita,namun terlalu sukar untuk menerima aksi kurang ajar sedemikian sebagai pola yang memberangsangkan;sesungguhnya tidak ada justifikasi untuk melakukan aksi 'penistaan' terhadap pemimpin negara lain khususnya yang dianggap sebagai negara tetangga dan sahabat.





Yang lebih menarik sebagaimana yang diberitakan sikap pemerintah Indonesia yang membisu tanpa mengambil apa-apa tindakan kepada para pelaku.Saya mengarifi bahawa Indonesia,tidak seperti kita,begitu menghormati kebebasan bersuara dan berhimpun,akan tetapi jika aksi keterlaluan terhadap pemimpin negara sahabat sehingga mengencingi fotonya,apakah pemerintah Indonesia sekadar memandang tanpa ada upaya menyekatnya?





Kebelakangan ini,apakah mungkin di kobarkan oleh semangat patriotisme yang membuak di pihak Indonesia atau hanya sekadar paranoids,kelihatannya Malaysia-bashing menjadi acara waktu senggang rakyat Indonesia.Hari ini misalnya,didalam press Indonesia di muatkan betapa penduduk Bengkulu bersusahpayah "melestrasikan bunga rafflesia" dari di tuntut (claim atau istilah media Indonesia 'klaim') oleh Malaysia atas alasan mereka sakit hati kerana 'mengetahui Malaysia juga mengklaim bunga rafflesia'.Jika ini bukan paranoid atau patriotisme yang kebabarkan,saya tidak tahu istilah lain yang lebih sesuai!





Itu soal bunga yang di jadikan Allah Taala bisa tumbuh subur di Malaysia,di Indonesia dan merata yang lain.Soal bunga anugerah Tuhan juga sudah turut dijadikan isu besar atas dasar Malaysia-bashing.Tidak pernah saya dengar rakyat Turki misalnya marah-marah kepada Belanda kerana menjadikan bunga Tulip sebagai simbol negara itu sedangkan bunga Tulip bukannya asli Belanda tetapi dibawa dari Turki.





Manakala soal lagu,budaya dan tradisi,walaupun saya bersetuju dengan kejengkelan Indonesia berkaitan isu Tarian Pendet tempohari (lebih kerana 'kepandiran' di pihak pembuat iklan pelancongan Malaysia yang buta budaya) tetapi saya mempercayai bahawa di Nusantara ini bukan sekadar arus budaya yang melampaui tapal batas negara malah terdapat unsur silang-budaya yang berasaskan sejarah,warisan dan imigrasi rakyat semenjak beberapa kurun.





Ertinya,jika untuk mendakwa atau meminjam istilah Indonesia,'mengklaim' seni dan budaya malah cara hidup masyarakat Malaysia sebagai milik mutlak mereka adalah sesuatu yang janggal dan tidak berasas.Pun begitu didalam isu ini,diatas semangat persaudaraan Nusantara,saya mengharapkan agar masing-masing pihak berjiwa besar dan meladeni (melayan) dengan kepala dingin.





Sementara mungkin kita dapat berkompromi dengan semangat nasionalisme dan patriotisme rakyat Indonesia yang meledak,namun kita mengharapkan akan ada akal sihat yang bertunjangkan kepada rasional dan kepentingan bersama.





Dan saya menunggu-nunggu reaksi dari Pemuda UMNO tatkala membaca berita penistaan terhadap Najib ini namun dukacita langsung tidak ada sebarang tanggapan.Nampaknya orang KEADILAN juga yang terkehadapan di dalam membela maruah negara.Mungkinkah mereka sebenarnya bersetuju dengan penistaan terhadap Perdana Menteri Malaysia?





*Berita penistaan terhadap Najib boleh dibaca di bawah:





Aktivis Bendera kencingi foto PM Malaysia Najib Razak





VIVAnews - Sekitar 15 orang dari aktivis Benteng Demokrasi Rakyat atau Bendera melakukan aksi 'penistaan' terhadap foto Perdana Menteri (PM) Malaysia Najib Tun Rajak. Mereka -maaf- mengencingi foto PM Malaysia Najib Tun Rajak.Pantauan VIVAnews aksi itu dilakukan di Posko Bendera, Jalan Diponegoro, Menteng, Jakarta Pusat, Minggu, 25 Oktober 2009.





Ada sekitar delapan foto yang dikencingi demonstran. Usai dikencingi, rencananya foto itu akan dibakar.Untungnya, sekitar 30 polisi yang sudah bersiaga, langsung mengambil foto-foto itu. Kepolisian dari Polsek Menteng, Jakarta Pusat, lalu membawa foto-foto yang usai diperlakukan tidak baik itu.





Tetapi, tidak ada satupun demonstran yang dibawa ke kantor polisi. Polisi yang menjaga sejak tadi juga tidak mengalami perlawanan saat mengambil foto-foto itu.Demonstrasi ini dilakukan sebagai bentuk kekecewaan massa terhadap penyiksaan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia.





TKI asal Surabaya, Mautik Hani, mengalami penyiksaan di Malaysia."Mereka tidak kapok untuk menyiksa. kami mengecam," kata Koordinator Bendera, Mustar Bonaventura, di sela-sela aksi.Ini merupakan aksi kedua yang kontroversial. Aktivis Bendera juga pernah melakukan sweeping terhadap warga Malaysia di sekitar Menteng.

6 comments:

tok iskandar said...

x nampak aku pentingnya kita membela najib.
ada wakil BN yang menang dengan undi pos.
ada rakyat didahulukan,lebih kepada kroni adalah.
kalau umno tak kisah,kita apa peduli...
eloklah bloger lanailestari menumpukan kepada aspek memperkasakan pakatan rakyat

ahmadnizamhamid said...

sdr tok iskandar,sewaktu saya menulis entri ini sememangnya terdetik akan ada repercussions dari teman2 pakatan.isunya disini ialah bukan membela Najib tetapi tindakan keterlaluan terhadap pemimpin negara itu yg dipersetujui.
apakah reaksi kita sekiranya DSAI atau TGHH yang menjadi PM misalnya dilayan sedemikian rupa?maka harus difahami bukan sosok najib yang dipertahankan tetapi negara.

tok iskandar said...

Setahu toklah,kita ahli-ahli PR x iktiraf najib sebagai PM.Di Temerloh inipun tanpa undi pos,BN x mungkin menang.
Majoriti ahli akan ingat bloger lanailestari membela najib.
Jika Nik Aziz atau Haji Hadipun kena kritik,bukan jadi masalah atau isu pokok.
rakyat tak dapat memaafkan apa yang dilakukan najib di Perak....
1 Malaysia 2 Perak 3 Katak

tok iskandar said...

Selangor sedang mengalami sedikit ribut dalam cawan apabila adun pelabuhan Klang mengisytiharkan keluar dari PKR setelah didesak MB meletakkan jawatannya kerana gagal berkhidmat untuk rakyat di kawasannya.

Tiba-tiba ada suara sumbang mempertahankan badrul hisham,MB tak boleh paksa adun letak jawatan.

Suara tu tak lain dan tak bukan adalah suara ketua perhubungan umno selangor yang juga PM kita @ 1 Malaysian.

Pakatan Rakyat Selangor kerana pertahankan kerajaan mereka habis-habisan kerana di mana najib jadi ketua perhubungan umno negeri,di situ kerajaan pakatan rakyat tumbang.ambik contoh Perak.

sehari dua lagi mungkin badrul ni masuk umno.tok cadangkan jika ini berlaku eloklah dia dihadapkan ke selcat dan lepas tu digantung setahun.tak payah buat pilihanraya.bazirkan duit je.kita tengok nak ke tak nak najib terima dia lepas tu.

tok iskandar said...

PKR kena adakan pembersihan mulai sekarang.setelah gagal menarik pas dalam isu UG,umno beralih kepada PKR.khabarnya agen-agen umno berkeliaran ke seluruh negara untuk menarik tokoh-tokoh PKR menyertainya atas alasan perpaduan melayu.persoalannya,apakah PKR termakan umpan cacing umno tu.
lagi satu berita ni,suhaimi said kata nak letak jawatan....
tok harap bloger lanailestari tak macam tu.dalam perjuangan tak ada putus asa.cuba kau baca dalam blog suhaimi said

lawyermuda said...

akum. saya tak bersetuju dengan opinion sdr tok iskandar. pemimpin negara adalah tunggak sesuatu negara. lambang kepada sesuatu negara. kebiadapan "segelintir" rakyat Ind dalam menunjukkan kemarahan mereka sepertinya adalah kepada negara kita, dimana kebetulan najib adlh PM (samaada kita akui @ tak). apresiasi mereka (Ind) menunjukkan sikap ketidakhormatan terhadap negara Malaysia walaupun pada hakikatnya kompeni pembuat iklan memalukan kita rakyat malaysia dengan kejahilannya. malaysia dan indonesia adalah serumpun, bagaikan abang-adik, percampuran budaya zaman-berzaman, rasanya sungguh dangkal saling mengklaim hak mutlak seni-budaya. melainkan jika ada dibuat satu kajian terperinci perihal asalnya sesuatu seni/budaya..maka ia boleh dipertimbangkan..tetapi itu hanya pada asalnya, bukan pada milikan mutlak khususnya pabila berlakunya percampuran budaya.

dan untuk mengaitkan memadankan muka najib dengan insiden ini didalam parihal ini, sungguhlah tidak bertepatan dengannya. ibarat bermain 'chess' check-mate apabila raja/pemimpin negara dikalahkan, maka kalahlah game tersebut kerana kekalahan tersebut bermakna kalahlah pasukan/negara. tak kiralah sesiapa pun yg menjadi ketua negara, ia adalah lambang negara, kebiadapan itu turut dtujukan kepada kita jua. wallahualam. inilah pendapat saya. inilah pendapat saya.