Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Wednesday, September 23, 2009

Raya Di Chenor #1

Rumah kami di Chenor.Di sini aku membesar dan berlindung.Tiada yang lebih menggembirakan dari dapat meraikan Aidil Fitri di rumah gadang bertuah ini.
Malam raya,bbq kambing.Raya kali ini semua adikberadik balik ke Chenor.Abah dan Mak makin uzur dan sering sakit,maka semoga dengan semua berkumpul akan dapat membahagiakan.Kelihatan Danial dan Aliff menunjukkan skill mereka memasak.
Main mercun!Tahun ini tokan mercun ialah Uncle Man.Kelihatan Aniq,Danial,Anas dan sepupu mereka yang lain sedang bersiap sedia untuk melancarkan mercun roket.
Suhail bermain bunga api.He really enjoyed himself with all his cousins around
Hari Raya tidak sah jika tidak ada drama!Kak Long Intan dikejarkan ke hospital kerana mata kirinya terkena percikan mercun.Nasib baik abah dia Doktor.Foto Intan sekembalinya dari Hospital Temerloh.

Nota:kebanyakkan foto bukan diambil oleh saya;Alang,Nana,Aliff telah 'merampas' kedua-dua DSLR Nikon dari saya dan Nikon Coolpix juga.



No comments: