Petang tadi sahabat saya seorang anak muda yang berani dan seorang yang setia dengan ilmu datang berkunjung ke rumah saya.Ustaz Ramlang Porigi dan keluarga datang ke rumah untuk berziarah.
Foto saya dan Ustaz Ramlang setahun lalu di Yayasan Aman,Penanti sewaktu PRK Parlimen Permatang Pauh.
Tentunya kehadiran beliau dan keluarga sangat-sangat di alu-alukan.Bahkan kami-Ustaz Ramlang dan keluarga-sudah bagaikan saudara sendiri.Saling berhubungan bertanya khabar dan mengeratkan silaturrahim.Terakhir saya bertemu beliau sewaktu PRK Penanti tidak berapa lama dahulu.
Ramlang pulang ke Penanti bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi DUN berkenaan manakala saya hadir ke sana sebagai petugas pilihanraya membantu sahabat saya Dr.Mansur Osman (sekarang TKM Pulau Pinang) yang bertanding.
Kesempatan berjumpa beliau dari petang sehingga beliau pulang setelah selesai solat sunat terawikh di masjid kampung.Ustaz Ramlang diminta oleh Imam masjid untuk memimpin solat isya terus ke solat terawikh tetapi atas alasan sakit tekak (sore-throat) yang masih belum sembuh,Ramlang hanya sempat mengimamkan sembahyang isya sahaja.
Banyak perkara yang kami bualkan,dari hal bersangkutan ibadah,tentang gerakan Islam sehinggalah-tentunya-politik juga.'Saya masih belum terbuka untuk aktif berpolitik walaupun ramai teman-teman yang mengajak',kata Ramlang lembut.
Setelah di buang kerja oleh JAKIM atas tuduhan memalukan perkhidmatan awam tanpa di beri peluang untuk membela diri melalui domestic inquiry (siasatan dalaman),anak muda berjiwa besar ini aktif sepenuh masa sebagai pendakwah bebas.
'Ada hikmahnya saya di buang JAKIM.Banyak kerja dakwah yang boleh saya buat',jawab Ramlang apabila saya bertanya adakah beliau menyesal di buang JAKIM.'Bumi Allah ini luas.Saya yakin adalah rezeki untuk saya dan anak-anak,'tegas Ramlang lagi.
Menurut Ramlang,beliau yakin membuat keputusan yang betul apabila tampil ke khalayak ramai menjelaskan isu sebenar berkaitan sumpah mubahalah Saiful Azlan Bukhari pada 15.8.2008 yang lalu.Kepada Ramlang tanggungjawabnya untuk membersihkan maruah diri dan memperbetulkan keadaan yang dirasakannya bertentangan dengan syariat Islam disamping membersihkan institusi masjid (dan para pegawai) dari dijadikan alat kepentingan politik sempit.
Ustaz Ramlang Porigi tetap tabah dengan cabaran dan dugaan yang dihadapinya.Anak muda yang berani dan berprinsip ini tetap tenag dan yakin bahawa suatu hari nanti kebenaran dan keadilan akan terserlah jua.
Dan hari ini selain menjadi pendakwah bebas Ustaz Ramlang juga bergiat menganjurkan rombongan umrah dan ziarah ke Tanah Suci Mekah;beliau juga menjadi agen menjual barang-barang dari Timur Tengah termasuk madu Yaman yang masyur itu.
Kepada mereka yang bercadang untuk mengerjakan ibadat umrah dan yang berminat untuk mendapatkan barang-barang dari Timur Tengah khususnya madu Yaman yang penuh berkhasiat (madu adalah antara makanan sunnah Rasulullah S.A.W) bolehlah menghubungi beliau menggunakan emel berikut:lanram79@yahoo.com
No comments:
Post a Comment