Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Wednesday, August 19, 2009

Tiru Macam Saya,Kata Najib



Dato Seri Najib Tun Razak,sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Bahagian UMNO baru-baru ini menyatakan keazaman UMNO/BN untuk merampas semula Negeri Selangor dari PR.Di dalam ucapan beliau turut menyeru agar pimpinan UMNO mengambil contoh pendekatan dan strategi yang beliau laksanakan di Pekan selepas PilihanRaya 1999.

Tiru macam saya,kata Najib untuk mempastikan kemenangan.Najib menyebut formula yang beliau gunakan sebagai 'Formula Pekan'.Formula inilah yang dibanggakan dan di uar-uarkan oleh Najib sebagai yang paling ampuh lagi brilliants.


Di kalangan teman-teman pimpinan dan aktivis PR malah di kalangan para pengundi Parlimen Pekan sendiri mereka melihat dendangan Najib tentang Formula Pekan sebagai sesuatu lelucon yang menggelikan hati.Kepada mereka Formula Pekan tidak lebih dari kaedah bagaimana mereka yang berkuasa mengekspolitasi undang-undang dan peraturan bagi kepntingan kekuasaan mereka.


Pak Long Ismail Tok Peraih dari Pulau Jawa menyebut apalah hebatnya Formula Pekan jika Najib menggunakan undang-undang dan peraturan persempadanan semula kawasan pilihanraya untuk kepentingan bagi mempastikan kemenangannya.


Selepas pilihanraya 1999 ketika exercise persempadanan semula dibuat,Parlimen Pekan telah di ukir sedemikian rupa dengan memasukkan beberapa kem tentera di jalan Gambang-Kuantan seperti kem Batu 10,TUDM dan lain-lain ke dalam kawasan Parlimen Pekan.Kem-kem tentera ini dari segi lokasi geografinya lebih hampir,malah berada di kawasan atau daerah Kuantan;begitu juga dari segi pentadbiran daerah berada di bawah bidangkuasa Kuantan.


Namun demi untuk mempastikan Najib mendapat tempat yang selamat maka kawasan Parlimen Pekan perlu di ukir sedemikian rupa dan ini tentunya memberikan kelebihan yang bukan sedikit kepada Najib demi mempastikan beliau selesa.


Selain dari persempadan semula,suatu lagi Formula Pekan yang digunakan ialah dengan mengimport orang luar dari Pekan/Pahang ke dalam Parlimen Pekan.Beberapa tahun dahulu,Harakah telah mendedahkan penempatan beberapa keluarga dari Kedah dan juga penempatan yang di berikan kepada orang Kemboja.


Tinjauan yang dibuat terdapat bukti yang nyata orang-orang Kemboja di berikan Kad Pengenalan dan mendapat taraf warganegara.Khabarnya merekaini di berikan kewarganegaraan dengan janji akan mengundi Najib.


Jadinya secara mudah Formula Pekan boleh di terjermahkan sebagai Persempadan Semula dan pemberian Kad Pengenalan.Itu sahaja,tidak lebih dan tidak kurang.Tiru macam saya,dendang Najib dengan ceria.
*Foto diatas ehsan blog Tukar Tiub.

4 comments:

Anonymous said...

alahai best nya formula pekan,utk
pengatahwan tuan furmula ini dah
lama di gunakan di kelantan ,perse
mpadanan semula, tapi yg melucukan dlm bab pemberian kad pengenalan
senjata ini makan tuan di kelantan
sebab nya, kad pengenalan di berik
an kpd orang2 petani ,orang2 petani pula tak buleh di harap, kerana mereka tebal dgn semangat keislaman jadi dari memihak kpd umno bertukar kpd mengundi pas dan
ada yg tidak mengundi langsung.

inderasegara said...

salam..
saya tidak pro kpd mana2 parti..
saya suka kepada kebenaran, keikhlasan, kejujuran dalam apa jua hal atau perkara..
tapi apa yang kurang enak di dalam artikel ini ialah gambar yang dipaparkan..
walaubagaimanapun perangai DS Najib itu, kita sebagai manusia tetap tidak boleh mengaibkan beliau sedemikian..
jika menyebut mengenai Islam, inikah cara Islam?
jika berjuang demi Islam dan keadilan, bagi saya ini bukanlah cara yang baik..
bagi manusia yang mempunyai moral yang tinggi..
cara mengaibkan seseorang dengan gambar sebegitu amatlah menjijikkan..
saya bukan nak berlagak pandai, baik atau alim..
cuma inilah hakikatnya..
berjuanglah pada jalan yang betul..
fitnah menfitnah dan caci mencaci bukanlah cara yang baik dan dianjurkan oleh agama Islam..
sesungguhnya Islam itu mulia dan orang yang mulia itu ialah orang yang membalas kejahatan dengan kebaikan..
wallahualam..

ahmadnizamhamid said...

sdr inderasegara yth,terima kasih diatas pandangan dan teguran dan saya ambil perhatian.cuma di dalam penulisan dan/atau apa-apa genre yang membabitkan imej (tulisan juga suatu bentuk imej) ada yang dikatakan sebagai satira/satire.didalam kesenian Melayu eg.wayang kulit ada watak yang dinamakan pak dogol atau watak raja yang di gambarkan dengan hodoh;malah jika meneliti hikayat klasik seperti Malim Deman atau Anggun Che Tunggal sdr akan berjumpa imejan sebegini-samaada ianya dalam bentuk satira atau kecenderungan memberikan gambaran yang jelek kepada watak.di dalam Al-Quran misalnya gambaran kepada isteri(ummu jamal@ arwah bt harb bin umayyah) abu lahab/abu jahal sebagai 'perempuan pembawa kayu api'.saya mengucapkan terima kasih sekali lagi atas teguran sdr dan besarlah harapan saya sdr melihat imej tersebut sebagai satira atau lelucon.untuk rekod saya pinjam foto tersebut dari blog Tukar Tiub yang di kendalikan oleh Sdr.Isham Rais.tk.jzk

binjidan said...

apakah seorang PM seperti najib ini harus dibangga-banggakan?sudah ternyata memalukan pemimpin islam..tidakkah seorang pemimpin islam itu harus menjaga aib ugamanya.saya yakin foto ini bukan hanya tersebar dimalaysia sahaja tetapi diseluruh dunia..jadi sudah tentu seluruh dunia islam mengutuk kerajaan malaysia yang tiang agamanya adalah islam.

salam ramadhan abg nizam