Seusai makan tengahari,terasa diri terlalu letih.Kepala sakit seperti ada orang buat kerja 'piling' dan tekak jadi pahit.Singgah sebentar di pejabat,tandangani beberapa dokumen,memberi arahan kepada Wardah berkenaan fail-fail kes esok dan temujanji di penjara minggu hadapan.
Kepala terus berpusing,tetapi kena tunggu Pak Bidin dari Paya Besar (mantan pemangku Pengerusi Cabang Paya Besar) untuk membincangkan kesnya minggu hadapan.Pak Bidin di tuduh menghalang penjawat awam sewaktu pilihanraya umum tahun lalu;Pak Bidin menegur pegawai MPK yang sedang menurunkan bendera PAS atas alasan PAS tidak bertanding tetapi KEADILAN.Apabila Pak Bidin bertanyakan kenapa bendera UMNO tidak di turunkan sama kerana UMNO tidak bertanding tetapi BN,pegawai berkenaan jadi salah tingkah.Akibatnya,sekali lagi undang-undang di gunakan dengan semberono,Pak Bidin di dakwa pula di Mahkamah.
3 minggu kebelakangan ini memang 'hectics'-tuntutan tugas dan jadual ketat kes di Mahkamah (Mahkamah Tinggi,Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di Temerloh dan Maran) selain persiapan Majlis Ngeteh bersama DSAI-benar-benar menguras tenaga.Tidak jarang terpaksa meninggalkan pejabat setelah lewat malam bagi research dan menyediakan kes.
Demam+batuk+flu 2-3 hari kelmarin seakan kebah,tetapi siang tadi selesai kes di Mahkamah,suhu badan kembali naik dan hidung kembali sebak-tersumbat.Alhasil kena berehat di rumah setelah menelan berbiji-biji pil.
Program malam ini bersama Dato Fauzi Rahman dan Hj Suhaimi Said di FELDA Gelangi 2 terpaksa sembah mohon derhaka menguzurkan diri.
Semoga esok,insyaAllah tubuh akan kembali segar kerana banyak yang perlu di kerjakan.
1 comment:
Get well soon bro...
Post a Comment