Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Tuesday, August 4, 2009

Sasterawan Proletar,Pak Dharmala NS Uzur



Saya telah dimaklumkan oleh Sdr.L ManKadir Samsi bahawa Sasterawan Pak Dharmala NS telah di masukkan ke Wad CCU Hospital Selayang Kuala Lumpur pada hari semalam.
Menurut Sdr.ManKadir,Pak Dharmala NS di kejarkan ke hospital setelah mengadu sakit dada dan sukar bernafas.
Dharmala NS atau nama sebenar beliau Abdul Muluk Daud merupakan sasterawan dan penulis yang prolifiks.Karya-karya beliau pernah memenangi beberapa anugerah sastera seperti Hadiah Sastera Nasional dan Sayembara Penulisan Novel Yayasan Sabah serta beberapa anugerah yang lain.
Blog beliau boleh di lawati: http://abdulmulukdaud.blogspot.com (Pustaka Adimul) dan http://adimul.blogspot.com (Suara PRIMA).
Saya sekeluarga dan seluruh warga KEADILAN Temerloh memanjatkan doa agar Pak Dharmala NS segera sembuh,amin.

No comments: