Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Tuesday, August 25, 2009

PRK Permatang Pasir:Indorsement Rakyat Kepada Pakatan


Alhamdulillah pengundi Permatang Pasir telah membuat pilihan dengan bijak.Buat kesekian kalinya PAS/Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kemenangan di dalam PRK sesudah PRU tahun lalu.



Buat kesekian kalinya PR dapat mengekang kemaraan dan penguasaan UMNO/BN di dalam PRK.Jika suatu ketika dahulu setiap kali PRK berlangsung UMNO/BN senantiasa mensapat upperhand (kecuali PRK Lunas) tetapi mutakhir ini PRK sudah menjadi mimpi ngeri buat UMNO/BN.



Saya melihat PRK Permatang Pasir ini dan kesemua PRK lain yang telamg berlangsung sebagai suatu bentuk referundum bukan sahaja terhadap pemerintahan Dato Seri Najib Razak malah boleh sahaja di lihat sebagai indorsment kepada PR.Ertinya rakyat/pengundi telah menghantar isyarat jelas,terang benderang tanpa perlu bersuluh bahawa ada yang sangat tidak kena dengan kepimpinanan negara hari ini.



Dari perlbagai isu dan skandal yang jauh dari diselesaikan seperti misteri kematian mendiang Altantuya Shaaribu,PKFZ,Bahasa Melayu,rasuah dan salahguna kuasa,konspirasi terhadap Anwar Ibrahim dan banyak lagi yang lain (jika mahu disenaraikan ianya akan menjadi cukup panjang) memperlihatkan kegagalan UMNO/BN mengemudi kepimpinan negara.



Kesemua isu ini yang cuba disembunyikan oleh UMNO/BN nampaknya menjadi semacam jerangkung di dalam almari (skeletons in the closet) yang tidak mampu memadamkan kemarahan rakyat.Walau pelbagai kaedah dan strategi digunakan oleh UMNO seperti cuba mengalihkan isu dan tidak jarang menggunakan alat kekuasaan negara (PDRM,SPRM dan SPR) untuk menutup mulut rakyat namun kesemua pendekatan tersebut gagal membuahkan hasil.



Pada masa yang sama pemimpin UMNO masih lagi dengan ego besar mereka dan tidak langsung mahu merendah diri.Pemimpin UMNO dilihat oleh rakyat sebagai terlalu jauh dari memahami aspirasi rakyat dan berlagak bahawa mereka sahaja yang benar dan betul.



Lihat sahaja layanan diberikan kepada para demostran sewaktu demontrasi menuntut ISA di mansuhkan pada 1.8.2009 yang lalu atau demontrasi menuntut PPSMI dimansuhkan sebelum daripada itu,jika pemimpin UMNO dapat berfikir di luar dari kepompong kekuasaan dan memahami aspirasi rakyat,maka tidak perlu kekerasan digunakan untuk menyurai perhimpunan aman tersebut.



Tetapi sebaliknya yang berlaku.UMNO dengan gelojoh mengarahkan polis untuk mengambil pendekatan yang sedemikian rupa guna untuk mebungkam suara rakyat.Sekiranya perhimpunan tersebut dibiarkan berjalan dengan aman dalam kawalan pihak keselamatan yang minimum,saya percaya imej UMNO sedikitsebanyak akan dapat dilihat sebagai people friendly.



Berbalik kepada keputusan PRK Permatang Pasir,saya menyempatkan diri sebentar untuk mendengar analisis daripada beberapa tokoh yang diundang oleh stesen TV.Yang menjadi lelucon ialah hampir kesemua penganalisis menyebut undi yang diperolehi oleh PAS berkurangan dari PRU bulan Mac tahun lalu.



Apa yang ingin disampaikan kepada khalayak ialah walaupun menang tapi PAS menang sikit berbanding PRU terdahulu atau dengan kata lain,PAS tidak 'seterer' mana sebab undi tak sama dengan PRU dulu.Maknanya kecenderungan untuk memperlekehkan kemenangan tersebut (serupa juga sewaktu keputusan PRK Manik Urai Julai lalu) yang saya kira tidak lebih untuk memujuk hati sendiri,kononnya.



Sungguhpun kita berhak meraikan kemenangan PRK Permatang Pasir namun jangan pula kemenangan (dan kemenangan-kemenangan sebelum ini) mengalpakan kita khususnya dengan perancangan dan strategi yang tidak berhemah dilakukan oleh UMNO/BN.Saya percaya selepas daripada ini juak-juak dan pencacai UMNO akan menambahgiatkan usaha terancang mereka termasuk menggunakan alat kekuasaan negara untuk menindas negeri-negeri Pakatan.



Kita tidak boleh lupa walau seketika bagaimana UMNO dengan rakus memperlakukan Kerajaan Perak dibawah PR dengan coup membelakangkan prinsip demokrasi dan dengan mengunakan PDRM,SPRM,SPR serta state apparatus yang lain.



Dan dendangan berbau perkauman akan terus dimainkan oleh pencacai khususnya Utusan Malaysia sebagai cubaan memberikan imej yang jelek kepada PR.Gambaran yang diberikan ialah kepentingan dan hak orang Melayu serta Islam di kompromi oleh PR dan pada masa yang sama diperlihatkan bahawa UMNO satu-satunya yang membela kepentingan Melayu.

Kesemua ini dan banyak lagi memerlukan pemahaman jitu dari setiap aktivis parti.Upaya berterusan perlu dilakukan untuk mendekati rakyat.InsyaAllah,diatas keyakinan untuk membina Malaysia yang lebih baik kita yakin semua kalangan akan dapat memainkan peranan masing-masing untuk mencapai tekad ini.

*Foto dan jadual diatas diambil dari Malaysiakini.

No comments: