PEMBELOTAN SEJARAH;RAKYAT TELAH KEHILANGAN ROH MERDEKA
Seorang teman memberitahu bahawa kita telahkehilangan roh kemerdekaan.Bukan sahaja sejarah kemerdekaan dimanipulasi mengikut citarasa regim yangmemerintah tetapi juga pengisian kemerdekaan dalam upaya membina sebuah negara bangsa yang demokratik jauh dari yang diharapkan.
Barangkali kenyataan ini boleh dianggap sebagai bernada keras tetapi hakikat yang perlu dihadamkan bahawa kenyataan sebegini ada kebenarannya.Lihatsahaja buku teks sejarah di sekolah yang menengahkan peranan UMNO vis a vis Perikatan sahaja yangmemperjuangkan kemerdekaan.
Peranan kelompok lain yangpada period-period tertentu jauh lebih penting daripada UMNO dalam memperjuangkan kemerdekaan seperti KMM,PKMM,API,PUTERA-AMCJA (sekadar meyebut beberapa nama) langsung tidak ditonjolkan. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh golongan agama, para wartawan dan penulis telah dinafikan peranannya.
Sejarah telah mencatatkan bibit-bibit kesedaran bernegara dan merdeka yang tumbuh khususnya selepas Perang Dunia Pertama disemai oleh para cendiakawan islam melalui apa yang digelar GerakanPan-Islamisme.Era tersebut yang disebut oleh sesetengah pengkaji sebagai pertentangan di antara "Kaum Muda versus Kaum Tua" selalu ditinjau oleh para pengkaji dengan sekadar melihat dari sudut bahasa dan kesusateraan serta emansipasi wanita semata-mata tanpa menilai sumbangan era tersebut dari sudut menyemaikan cita-cita merdeka.
Perlu disinggung di sini bahawa gKaum Muda pada ketika itu bukannya cuba untuk memberikan interpretasi baru terhadap agama yakni mereka tidak seperti hari ini dimana ada golongan yang secara lantang mahu Al-Quran ditafsirkan semula atas alasan antaranya untuk disesuaikan dengan zaman sains dan teknologi.Kaum Muda mempertegaskan agar kembali kepada agama sebagai ajaran yang syumul dan sekaligus menolak apa yang dikatakan sebagai amalan bidaah dan khurafat yang melanda masyarakat dan sekaligus menanamkan jati diri sebagai seorang muslim sejati yang perlu bangkit menentang kolonialisme.
Para cendiakawan Islam samaada mereka yang kembali dari Timur Tengah mahupun yang dilahirkan dari pesantren-pesantren Indonesia seperti lulusan Bukit Tinggi,Minangkabau antara yang mempelopori aliran pemikiran Kaum Muda ini.Mereka ini yang merupakan cendikiawan Melayu yang begitu hampir dengan masyarakat mula menanamkan kesedaran bernegara dan peripentingnya untuk membebaskan diri dri cengkaman penjajahan.
Mereka melihat bahawa Islam boleh menjadisuatu `force' yang ampuh dalam menanamkan kesedaran dikalangan orang Melayu.Pada masa yang sama pengaruh dari gerakan Turki Muda (The Young Turk) juga memberikan impaks di Semenanjung pada ketika itu. Pengaruh pan islamisme dan gerakan islah melalui pemikiran Jamaludin al Afghani dicerakinkan oleh golongan ini yang mula menanamkan semangat untuk bermandiri.Kerana itulah kita melihat Inggeris begitu mencurigai kaum Muda ini sehingga Inggeris mengarahkan ulama-ulama yang pro mereka dan mempergunakan pemerintah tempatan untuk menentang Gerakan Kaum Muda ini.
saya percaya ada peranan penting yang turutdimainkan oleh para Tok guru pondok pada period ini dalam menyemaikan semangat patriotisme dan bibit-bibit kemerdekaan.malangnya sepanjang yang saya ketahui tidak ada kajian ilmiah yang menyeluruh dibukukan mengenai isu ini.peripentingnya peranan golongan ulama pondok ini boleh disokong melalui amaran Dato Onn Jaafar akan `bahaya dari gunung' yang tentunya merujuk kepada institusi agama Maahad II Ihya Assyarif GunungSemanggul pimpinan Al-marhum Ustaz Abu Bakar al-Bakhir(perlu disentuh bahawa suatu badan yang ulungditubuhkan yang berjaya menghimpunkan seluruh kekuatan golongan Islam seluruh Semenanjung buat pertamakalinya iaitu Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA)dijayakan di Madrasah ini pada bulan Mac 1947 dan telah mengemukakan resolusi-resolusi penting bagi kepentingan umat Islam;malah pada ketika itu,al-MarhumUstaz Abu Bakar al-Bakhir telah menganggap bahawa kepentingan Islam tidak akan dibela oleh UMNO yang bersifat sekular).
Suatu insiden yang menjadi tragedi hitam tanahair yang memperlihatkan citra UMNO patut dicatat disini.Peristiwa Natrah,seorang gadis Belanda yang dipelihara oleh keluarga muslim,Aminah binti Mohamed dan dikahwinkan dengan Mansor Adabi yang kemudiannya pengadilan putih Inggeris telah membatalkanperkahwinan tersebut dan menyerahkan kembali Natrah kepada keluarga Kristiannya serta dihantar pulang keBelanda telah menimbulkan keberangan umat Islam.
Kemarahan umat Islam dan orang Melayu yang begitu berkait rapat dengan soal akidah telahmengakibatkan rusuhan tercetus di Singapura pada 11-15Disember 1950.Para pemimpin PKMM dan golongan agama telah mengambil sikap keras menentang keputusan mahkamah Inggeris tersebut dengan cara memobilisasirakyat untuk memprotes.
Manakala di pihak UMNO,pemimpin mereka seperti Dato Onn Jaafar,bukan sahaja mengambil sikap berdiam diri tetapi kemudiannya mengutuk protes dan rusuhan yang berlaku bagi membela Natrah.PendirianUMNO ini tidaklah menghairankan kerana UMNO mempunyai perhubungan yang amat erat dan sentiasa berkerjasama dengan British.Maka mereka menganggap kes Natrah yangmembabitkan akidah sorang gadis muslim sebagai perkara enteng yang tidak perlu menjadi landasan perjuanganmereka.
Daripada tragedi Natrah ini dapat dibuatkesimpulan bahawa yang sanggup membela nasib umatserta akidah orang Islam adalah golongan yang diluar dari elit memerintah yakni UMNO!.
Sumpah Pemuda Indonesia dalam tahun 1928 juga telah memberikan pengaruh yang besar kepada gerakan nasionalisme melayu di Semenanjung. Bertolak dari sini ada pendapat bahawa penubuhan Kesatuan Melayu Muda mendapat inspirasi daripada gerakan nasionalisme diIndonesia.
Dalam konteks ini, seperkara yang selalu ditonjolkan oleh para pemimpin UMNO ialah kononnya UMNO yang ditubuhkan dalam tahun 1946 itu ( bukan UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1987) sebagai wadah ulung yang menyatukan umat Melayu, walhal hakikatnya KMMlah pada ketika itu yang mula-mula dapat menyatukan orang Melayu di seluruh Semenanjung dalam satu wadah.Perlu diingatkan sungguhpun pada period tersebut telah wujud persatuan-persatuan Melayu tetapi persatuan-persatuan tersebut bersifat kenegerian atau kedaerahan atau mengikut suku seperti Persatuan Melayu Selangor,Persatuan Melayu Pahang dan sebagainya.
Sejarah membuktikan jauh sebelum UMNO berbicara untuk merdeka, KMM telah seawal 1942 telah mula menuntut agar Tanah Melayu diberi kemerdekaan dari penjajahan Jepun dan seterusnya perjuangan KMM ini disambung oleh PKMM yang begitu lantang menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.
Sesiapapuntidak boleh melupakan kandungan Manifesto politik API yang dilaungkan oleh Ahmad Boestamam-Merdeka Dengan Darah!-yang menunjukkan iltizam golongan ini untuk menuntut kemerdekaan. Dan mereka ini yang begitu gigih menyemaikan dan memperjuangkan kemerdekaan terpaksa membayar dengan harga yang mahal;sebahagian besar dari pemimpin-pemimpin golongan ini (yang juga disebutgolongan kiri atau radikal Melayu) ditangkap secara borong oleh Inggeris dan ditahan tanpa bicara.
Apakahdosa mereka?Jawabannnya tak lain tak bukan kerana begitu lantang menuntut kemerdekaan dengan apa yang disebut oleh Boestamam sebagai `kemerdekaan total.Tidak ada walau seorang pun dari kalangan pemimpin UMNO yang dijemput oleh special Branch Inggeris untuk menjadi tetamu di khemah tahanan samaada di Batu Gajah,Melaka mahupun di Bruas Perak.
Inggeris begitu takut kepentingan mereka akanterancam sekiranya golongan ini berjaya menghalau mereka keluar sedangkan UMNO dilihat sebagai kucing jinak Inggeris yang boleh mempertahankan kepentingan mereka (dasar pro-British ini sedikit sebanyak berubah diawal pemerintahan Dr.Mahathir sebagai PerdanaMenteri dengan polisi `buy British last' yang boleh dilihat melalui apa yang disebut `serangan waktu fajar' melalui pengambilalihan kepentingan syarikat Guthrie dan pengembalian Carcosa Seri Negara kepadaMalaysia diera Anwar Ibrahim sebagai Ketua PemudaUMNO).
Ertinya tatkala UMNO yang hanya sekadar melaungkan slogan Hidup Melayu, PKMM dan partai-partaipolitik progresif yang lain yang dikepalai oleh DrBurhanuddin Helmi, Ishak Hj Muhammad, Ahmad Bostamam,Shamsiah Fakeh, Asiah Ghani telah lebih terkehadapan dalam memperjuangkan kemerdekaan.Menarik untuk disinggung disini,jauh sebelum Perikatan ditubuhkan,telah ujud perseakatan dan kerjasama diantara parti politik kiri Melayu melalui PUTERA dengan parti dan pertubuhan Bukan Melayu yang bergabung di bawahAMCJA yang kemudiannya melahirkan Perlembagaan Rakyat 10 Perkara yang dianggap sebagai asas Perlembagaan Malaya Merdeka yang dicita-citakan.
Tanpa menafikan peranan dan jasa besar TunkuAbdul Rahman dalam memperjuangkan kemerdekaan namun yang dikesalkan adalah penafian jasa dan peranan sertapengorbanan tokoh-tokoh progresif, parti-parti politik yang tidak senada dengan kepentingan kolonial disamping peranan golongan cerdik pandai agama serta para pengarang yang jasa dan peranan mereka tidak dimartabatkan di tempat sepatutnya di persada sejarah kemerdekaan tanahair.
Kita memahami keadaan ini berlaku kerana UMNO mahu menunjukkan bahawa merekalah kononnyayang paling ulung memperjuangkan kemerdekaan dan sekaligus telah membohongi sejarah.mungkin benar sepertimana kata-kata cerdik pandai, "History was written by the winner".
Begitulah sedikit sebanyak seputar perjuangankemerdekaan.Kegagalan yang disengajakan UMNO dan juak-juak mereka untuk memberikan kredits kepada parti politik lain selain dari UMNO sangat dikesalkan danimpks langsungnya adalah kita telah kehilangan roh merdeka.Malah acara yang memenuhi kalendar BulanMerdeka saban tahun yang hanya menjurus kepada hiburan melulu semata-mata kelihatannya tidak memberikanmanfaat dalam membina `roh' merdeka dihati sanubari rakyat khususnya dikalangan anak-anak muda.
Dan disatu sudut yang lain,pengisian kemerdekaan oleh kerajaanUMNO/BN selama hampir setengah abad ini juga disangsikan dengan demokrasi yang makin terhakis,korupsi yang telah menjadi budaya dan mendarahdaging,nepotisme dan seribu kekalutan lain yang menyesakkan nafas rakyat.Maka mungkin kita perlu merenung bait-bait puisi penyair tersohor Indonesia,WSRendra:'Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata'.Nota kaki;Antara sebahagian buku-buku berikut disarankan untukdibaca: 1.Gerakan Radikalisme Di Malaysia (1938-1965) Ramlah Adam,DBP 2.Dato Onn Jaafar,Pengasas Kemerdekaan Ramlah Adam,DBP 3.Ahmad Boestamam:Suatu Biografi Politik Ramlah Adam,DBP 4.Politik Melayu dan Islam Kamarudin Jaafar,Yayasan Anda 5.Malay Nationalism Before UMNO Insun Sony Mustapha & Jomo KS 6.Memoir Ahmad Boestamam:Merdeka dengan Darah dalam API 7.Biografi Dato Onn;Hidup Melayu Anwar Abdullah,UKM 8.Memoir Pak Sako:Putera Gunung Tahan 9.Memoir Shamsiah Fakeh:Dari AWAS ke Rejimen Ke-10 11.Dr.Burhanuddin Putera Setia Melayu Raya. 12.Memoir Abdul Majid Salleh:Dalam PKMM dan Kesatuan Buruh 13.The Origins of Malay Nationalism WR Roff.
No comments:
Post a Comment