Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Tuesday, August 18, 2009

Minda Leceh


Sebenarnya saya memang tidak mahu layan komen-komen dari pengunjung yang bacul memaparkan nama (anonymous) atau yang menggunakan perkataan yang tidak sopan atau yang saya kira membayangkan mentaliti-minda-cara berfikir yang menghampiri kobodohan dan kebangangan.Tapi,kali ini saya berkompromi,mungkin kerana saya demam agaknya maka saya bermurah hati untuk memaparkan komen ini:


" bodoh nk hapuskn PPSMi.. Smpai bile pn Melayu xkn ... bodoh nk hapuskn PPSMi.. Smpai bile pn Melayu xkn blh nk bersaing dgn bangsa laen.. smpai bile pn melayu akan ckp omputeh mcm bangang.. korg ingat org melayu kt kampung 2 nk ckp english kt umah?? butuh la.. smpai bile pn angpa xkn ckp omputeh.. terkulat-kulat mengangguk cina ckp omputeh, padahal haram sepatah x faham.. angpa ingat anak anwar tu blajar bahasa melayu ja ka?? dia org kaya blh bg private tuition la sengal.. duduk pn kt tempat mat saleh nk poyo hapuskn ppsmi.. satu kali lg kemenangan buat bangsa laen.. cina dgn india seronok org melayu marah nk blaja inggeris.."


Ini salah satu komen yang saya terima hari ini.Apa reaksi saya?Saya ketawa besar sambil memegang kepala (sakit kepala masih belum reda jadi bila bergoncang bertambah mengilu) tatkala membaca komen dari pengunjung yang takut untuk memaparkan namanya.


Saya ketawa kerana hajat tukang komen ini untuk menghentam kempen anti PPSMI atas alasan yang di paparkannya sendiri-termasuk saya kira gelegak nasionalisme dan patriotisme Melayu yang tinggi-yang melihat gerakan mansuhkan PPSMI itu sebagai yang tidak wajar dan merugikan orang Melayu ketimbang orang Cina dan India.


Pun begitu lihat sahaja laras bahasa,nahu dan tatabahasa yang digunakan oleh tukang komen ini,saya tidak ada perkataan menggambarkan betapa buruknya langgam bahasa yang digunakan dan tukang komen menulis dalam bahasa Melayu (agaknya).Sedangkan untuk melontar kritik dan komen di dalam Bahasa Melayu yang sempurna pun gagal total,inikan pula nak memperjuangkan PPSMI!

Dan komen tersebut membayangkan kejahilan tukang komen tentang isu sebenar seputar PPSMI yang kepada saya membayangkan penyakit tenat tidak mahu berfikir,mengkaji dan membaca.Ini yang meyedihkan kerana tahunya apa yang di sebut oleh pemimpin terus di terima bulat-bulat.Saya klasifikasikan mentaliti sebegini sebagai minda leceh.


Saya tunjukkan komen tersebut diatas kepada isteri saya dan dengan spontan isteri saya menyebut "ini orang UMNO yang tulis".Saya punya tanggapan yang serupa tetapi sengaja memprovokasi isteri dengan bertanya kenapa beliau membuat kesimpulan sedemikian?


"Kalau menulis lintang pukang dan langsung nampak macam lembam,memanglah UMNO",itu jawaban isteri.


Maka kepada pengunjung yang takut untuk paparkan nama sebenar tetapi kononnya perkasa bak Pahlawan,nasihat saya (di dalam bahasa PPSMI) "please get your fact straight.Do not make a fool of yourself".


Bacaan Tambahan:


Sila baca tulisan saya di dalam entry bertarikh 27 april 2009 dibawah tajuk LAWAK PPSMI



1 comment:

afna said...

saudara,
makin dilayan makin menjadi...bak kata org tganu..they're insulting my intelligence.

hehehehe..- drp sahabat yg sampai sekarang terseliuh lidah nak cari makna PPSMI.