Pagi-pagi lagi bertubi-tubi sms masuk ke inbox handphone.Hajat untuk menyambung tidur terganggu kerana perlu melayan sms yang bertubi itu.Mesej yang datang semuanya sama-tentang YB Radzhi Salleh ADUN Lunas yang istiharkan diri keluar KEADILAN dan menjadi ADUN Bebas-dan sms teman-teman semuanya melahirkan kebimbangan tentang isu ini dan pada masa yang sama ramai juga yang marah-marah.
Saya tidak kenal Radzhi Salleh malah seingat saya tidak pernah bertemu atau diperkenalkan dengan beliau.Mungkin beliau angkatan baru atau angkatan awal (Saifuddin Nasution menyebut angkatan awal sebagai puak Perang Badar) saya juga tidak punya pengetahuan sungguhpun pada kebiasaannya teman-teman dari tahun 1999 kebanyakkannya dikenali.Jadi saya buat sementara tidak dapat memberikan komentar tentang fikrah dan keperibadiannya.
Sempat juga saya menghubungi teman-teman pimpinan untuk mendapatkan komen serta cerita sebenar.Masih agak kabur namun desas-desus yang bersimpoyangan keputusan Radzhi keluar KEADILAN ada berkaitan dengan fail siasatan SPRM yang dibuka terhadapnya berhubungkait dengan portfolio pelancungan.Maklumat yang di terima ada 'plea-bargain' antara beliau dengan pihak tertentu berkaitan dengan siasatan SPRM tersebut.Wallahu`allam.
Maklumat lain akan bakal menyusul.
No comments:
Post a Comment