PENOBATAN Datuk Dr. Anwar Ridhwan sebagai Sasterawan Negara yang ke-10 benar- benar melegakan banyak pihak. Sebelum ini ramai yang berasa bimbang terhadap usaha-usaha pihak tertentu yang melobi individu tertentu bagi mendapatkan gelar tersebut.
Saya kira panel pemilih telah melakukan kerja yang cukup baik. "Naratif Ongoshoto" dan "Hari-hari Terakhir Seorang Seniman" merupakan buah tangan Anwar yang sentiasa menjadi sebutan.Pemilihan Anwar memang tepat.Pemilihan ini juga membuktikan nama 'Anwar' lebih serasi di dunia sastera berbanding dunia yang lain.
Apa yang paling melegakan saya berakhir sudah virus S1N1 ketika negara terus dikepung H1N1. Tahniah Dr. Anwar.
No comments:
Post a Comment