Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Wednesday, August 12, 2009

Al-Fatihah:Kembalinya Pak Dharmala NS Di Jemput al-Khalik



Dengan pilu saya menerima perkhabaran duka dari Sdr.L ManKadir Samsi bahawa Sasterawan dan Budayawan tersohor,Dharmala NS atau nama penuhnya Abdul Muluk anak tempatan yang menempa nama gemilang di persada kesusteraan tanahair telah kembali di jemput penciptaNYA pagi tadi.

Jenazah Almarhum akan di sempurnakan pada hari ini di kediaman beliau di Taman Seri Gombak.
Almarhum telah di masukkan ke Hospital Selayang kira-kira 2 minggu yang lalu kerana komplikasi jantung.
Bagi pihak keluarga dan seluruh KEADILAN Temerloh memanjatkan doa agar roh Almarhum di tempatkan di kalangan orang yang soleh dan menyampaikan takziah-belasungkawa kepada keluarga Almarhum;semoga sabar dan tabah menghadapi dugaanNYA.Al-Fatihah.

1 comment:

Mat Amin said...

Kita kehilangan tokoh bahasa yang besar

Semoga Allah meletakkan roh Allahyarham di kalangan orang-orang yang soleh. - alfatihah