Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Friday, June 5, 2009

MEREFORMASIKAN INSTITUSI ZAKAT


Memasuki Abad Ke-21 ini tampaknya masalah asas sejak sekian lama masih belum dapat diselesaikan dengan tuntas.Yang dimaksudkan ialah kemiskinan dan keciciran dikalangan umat/warga.Dengan segala macam perkembangan teknologi dan dan kemajuan yang dicapai-samada dilihat secara sejagat mahu pun in situ-tampaknya kemiskinan terus menjadi hambatan serta isu yang berwenang.

Saya melihat,tentunya dengan begitu sinis,bahawa kemiskinan dan peminggiran umat dewasa ini mungkin baik sedikit dari yang digambarkan oleh Charles Dicken dalam karyanya Oliver Twist yang memperikan kemiskinan di England sewaktu Revolusi Industri sedang meledak.Atau sebagaimana yabng digambarkan oleh pengarang dari Pahang,Ibrahim Omar dalam novel klasik,Desa Pingitan.

Apakah yang menjadi penyebab kepada gagalnya mebasmi kemiskinan?Apakah disebabkan oleh dasar yang salah?apakah berpunca dari anutan falsafah ekonomi dan politik yang terkehel dan cacamarba?Atau mungkinkah disebabkan oleh sikap warga itu sendiri yang menyebabkan mereka kekal tinggal didalam kemiskinan dan terpinggir?

Saya tidak berhajat untuk menganilisis punca dan sebab dan akibat (`cause and effect’) isu ini kerana sudah ramai para sarjana dan cerdik pandai yang mengkaji,menulis dan menyiarkan pandangan serta teori mereka sejak sekian lama.Cukup sekadar saya menyebut antara tokoh awal ialah Pendita Za`ba yang menulis tentang kemiskinan orang Melayu;Profesor Ungku Aziz,kira-kira 40 tahun selepas Za`ba menulis tentang kemiskinan orang Melayu melontarkan pandangan beliau bahawa kemiskinan berpunca dari pengabaian pemerintah,produktiviti yang rendah dan eksploitasi.

Apa pun teori dan tesis yang dikemukakan hakikatnya selepas lebih dari setengah abad kita medeka isu kemiskinan dan terpinggir ini masih lagi belum dapat diselesaikan dengan berkesan dan tuntas.

Masih ada warga yang makan sekali sehari.Masih ada warga yang makan berkuahkan air rebusan pucuk ubi atau sisa minyak goreng ikan atau sekadar dengan garam.Dan ini bukannya berlaku ditahun 60-an tetapi realiti hari ini.Kenyataan hidup mereka yang terpinggir dan dipinggirkan samada di kampung mahupun peneroka bandar yang malang.

Saya bersetuju statistiks mereka mungkin kecil namun demikian walaupun mereka ini mewakili segmen masyarakat yang minoriti,hakikat yang terpaksa ditelan ialah masih ada warga yang tentunya bersaudara dengan kita hidup diselimuti kemiskinan dan kedaifan.

Didalam hal ini,saya melihat,selain dari bantuan atau program yang dibuat oleh pemerintah,ada suatu lagi wahana yang amat penting yang sepatutnya boleh digunakan sebaik mungkin untuk membasmi kemiskinan.Kepada orang Islam,institusi zakat sewajarnya digembeling untuk mencapai cita-cita mengeluarkan umat dari kemiskinan dan terpinggir.

Namun demikian maaf jika saya jadi skeptikal bagaimana zakat ini difungsikan?Kenapakah kelihatannya tidak ada ketelusan dipihak mereka yang berwenang menguruskan zakat untuk memperikan bagaimana wang zakat ini diagihkan,apakah semua asnaf yang berhak itu diberikan haknya.Saya kira dan saya percaya bahawa zakat seharusnya dijadikan wahana penting untuk membasmi kemiskinan dan sekaligus membasmi kebuluran atau kekurangan gizi makanan.

Saya percaya wang kutipan atau penghasilan dari zakat jumlahnya mencecah ratusan juta.Tinjauan di laman web Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan mencatatkan jumlah pungutan zakat dari bulan Januari sehingga April tahun ini mencecah RM62,668,393.18 manakala bagi Negeri Pahang,dari tahun 2000 sehingga 2008 amaun pungutan lebih dari RM220 juta dengan pungutan tertinggi dalam tahun 2008 iaitu berjumlah RM50.6 juta.

Data rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang bagi tahun 2007 misalnya menunjukkan dari jumlah kutipan RM37.2 juta, hanya RM21,312,696 juta sahaja dibelanjakan atau diagihkan kepada 6 kategori asnaf (yang tidak menerima ialah asnaf riqab (hamba sahaya ) dan gharimin (orang yang berhutang)).Daripada data tersebut dapat dilihat ada surplus sejumlah RM15,887,304 bagi tahun 2007.

Melihat kepada data ini,persoalan yang timbul ialah apa yang berlaku kepada wang lebihan kutipan zakat tersebut?Sementara saya meyakini sifat amanah dan ketelusan mereka yang berwenang,saya tidak dapat lari dari memikirkan kenapakah kesemua wang pungutan zakat tidak dibelanjakan keseluruhannya didalam tahun berkenaan?

Suatu perkara yang saya kesani tatkala melayari laman web PPZ negeri-negeri ialah gambaran seolah-olah terlalu sukar untuk mencari mereka yang layak dari kalangan asnaf tersebut untuk menerima agihan zakat.Malah didalam perbualan saya dengan beberapa amil,kesukaran memcari penerima inilah yang dibangkitkan.

Namun saya percaya,kesukaran tersebut boleh diatasi jika pihak berwenang benar-benar proaktif dan cakna.Peranan amil harus dikembalikan bukan sekadar tukang pungut zakat (fitrah) tetapi juga diamanahkan untuk mengagihkan zakat.Rasionalnya,amil-amil yang kebiasaannya adalah orang tempatan lebih mengetahui halkeadaan mereka yang memerlukan didalam qariah mereka.

Disamping itu,karenah birokrasi yang melampau juga menjadi hambatan kepada agihan zakat.Malah sedikit masa dahulu,kerajaan Selangor sewaktu di bawah pemerintahan Barisan Nasional mewajibkan para pelajar jurusan Agama di Timur Tengah mengisi borang keahlian UMNO sebelum boleh “dianggap layak” menerima agihan zakat (dibawah kategori asnaf fisabillillah).Ertinya institusi zakat telah dijadikan alat politik sempit kepartian oleh UMNO.

Saya juga melihat pendekatan yang terlalu rigid didalam menentukan had kifayah (had kelayakan) bagi penerima zakat.Di Wilayah Persekutuan,saya difahamkan had kifayah ini ini sejumlah RM1024 bagi seisi keluarga.

Pada asasnya had kifayah ini ditentukan berdasarkan kos sara hidup masakini yakni berdasarkan kepada keperluas asasi.Lembaga Zakat Selangor misalnya memberikan beberapa takrifan seperti tempat perlindungan,pakaian,makanan,perubatan,pendidikan dan pengankutan didalam menentukan had kifayah sedangkan di negeri-negeri lain kelihatannya takrifan ini tidak dititikberatkan.

Dalam konteks ini jika melihat kepada kepada had kifayah di WP,memang diakui ianya lebih tinggi dari pendapatan garis kemiskinan (PGK) yang ditentukan oleh kerajaan iaitu RM661 bagi seluruh Negara seperti pengiraan dalam tahun 2005 (PGK ini dipertikaikan kejituannya oleh ramai pihak),namun demikian saya kira,berdasarkan kepada pendapatan pungutan zakat yang tinggi dan kos sara hidup yang begitu melonjak pada hari ini,had kifayah tersebut wajar di buat kajian menyeluruh dan saintifiks.

Rasionalnya,zakat yang seharusnya menjadi institusi bagi menyelesaikan masalah kemiskinan sewajarnya dipergunakan sebaiknya sebagai wahana membantu rakyat.Ertinya pendekatan yang benar-benar professional yang berasaskan kepada kajian ilmiah dan saintifiks yang bersandarkan kepada kehendak syarak wajar diberikan perhatian didalam menentukan had kifayah ini.Rangka pemikiran seperti di tahun 1970-an dahulu seharusnya diketepikan dan fungsi zakat ini harus seiring dengan peredaran zaman yang serba mencabar.

Mereka yang berwenang perlu mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan pakar ekonomi misalnya,Suatu pendekatan yang realistiks dan menggambarkan halkeadaan yang sebenar berdasarkan kepada kualiti hidup perlu diambilkira dan tidak hanya melihat kepada keperluan asas semata-mata.Didalam dunia hari ini,adalah tidak realistiks jika indicator yang digunakan hanya melihat kepada keperluan asas semata-mata tanpa mengambilkira tuntutan untuk menimati kualiti hidup yang lebih baik.

Kaedah menentukan had kifayah berdasarkan kepada keperluan asasi saya kira tidak lagi boleh menjadi kayu ukur yang tepat khususnya dengan kedudukan Negara yang makin membangun.Jika PGK dijadikan perbandingan,maka,kaedah yang digunakan oleh Negara-negara maju seperti Singapura misalnya,boleh dijadikan teladan;di Negara-negara maju PGK tidak hanya semata-mata dilihat dari sudut keperluas asas tetapi mengambilkira kualiti kehidupan sebagai petunjuk menentukan garis kemiskinan.

Dan saya melihat,kelihatannya zakat sekadar digunakan untuk membantu mereka yang miskin dengan memberikan bantuan secara periodical dan tidak diupayakan untuk mengeluarkan umat dari belenggu kemiskinan itu sendiri.Kewajarannya zakat ini dieksploitasikan sepenuhnya untuk mempastikan tiada lagi umat Islam hidup didalam kemiskinan dan terpinggir.
Demikian itu,saya yakin bahawa kemiskinan dan keciciran ini boleh diatasi dengan mereformasikan institusi zakat agar benar-benar dapat membantu atau menjadi alat yang ampuh.Dengan pendekatan yang “at par” dengan perubahan zaman yang tentunya menuntut kebijaksanaan baru yang tetap bersandarkan kepada prinsip syarak,institusi zakat harus digembelingkan sedaya mungkin bagi membantu umat Islam bukan sekadar keluar dari kemiskinan tetapi juga bermandiri.

Sejarah telah membuktikan betapa di zaman pemerintahan Khalifah Umar Ibn Abd Aziz,institusi zakat dilaksanakan sedemikan rupa sehingga pada suatu ketika tidak ada dikalangan rakyat yang berhak mendapat zakat kerana kehidupan mereka telah mencukupi.Ketika itu Khalifah Umar memerintah sebuah empayar bukannya sebuah Negara kecil.Saya percaya dengan kebijakkan baru dan idea yang segar,intitusi zakat boleh membantu mereka yang memerlukannya keluar dari kemiskinan dan sekaligus membantu Negara untuk memacu ekonomi serta kesejahteraan warga.

4 comments:

Kekacang said...

Tambah satu asnaf lagi, wajib ahli UMNO.
http://kekacang.blogspot.com

serupasekala said...

Wednesday, June 3, 2009
Usul kepada Muktamar : Cara Mengelak Lompat Parti
Saya menerima satu cadangan daripada penama Ismail bin Daud agar ada perwakilan yang sudi membuat usul tergempar seperti mana berikut bagi mengelak ahli melompat parti dengan sewenang-wenangnya.Cadangan tersebut seperti berikut :
Untuk maklumat saudara .Saya ingin memberi pandangan kepada tuan bahawa pada pendapat saya elok tuan menulis satu artikal yang menunjuk kepincangan yang ada dalam akta tubuh pertubuhan parti politik malaysia.

1. Dalam perlembagaan parti masing masing Umno Be End DAN PR ada tertulis setiap permohonan menjadi ahli hendak ada penyokong dan pencadang dan kelulusan untuk menjadi ahli diputus dalam mesyuarat . sama ada mesyuarat ahli majlis tertinggi atau sebagainya.Status menjadi ahli diluluskan atau tidak bergantung kepada mesyuarat tersebut.AKAN TETAPI

2. Macamana boleh terjadi perlembagaan ( pertubuhan parti politik ) masing masing tidak menyebut status setiap individu yang keluar parti sekadar cakap saja keluar parti sudah sah. sedangkan masa nak menjadi ahli bukan main susah lagi kena ada pencadang ,penyokong dan perlu diluluskan dalam mesyuarat pula tu.

PADA PANDANGAN SAYA SETIAP PERTUBUHAN PARTI POLITIK BERHAK MEMBUAT SATU RESOLUSI DENGAN MENGADAKAN PENAMBAHBAIKAN PERLEMBAGAAN YANG SEDIA ADA DENGAN MEMASUKKAN AGENDA DIMANA SETIAP INDIVIDU YANG NAK KELUAR PARTI MESTILAH ADA PENCADANG DAN PENYOKONG DAN KELULUSAN SESAORANG YANG NAK KELUAR PARTI DIBUAT ATAU PUN DILULUSKAN OLEH MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PARTI TERLEBIH DAHULU UNTUK MELULUSKAN PERMOHONAN TERSEBUT.

Saya berharap benar pendedahan ini dibuat semuga perkara perkara saperti diperak tidak akan berulang lagi.TAKBIR RRRRRRRRRRRR.

ISMAIL BIN DAUD
Kajicuaca ,Temerloh, Pahang.

psychedelicmundo said...

Saya amat setuju dengan point karenah birokrasi dan PGK yang tak munasabah.Saya sendiri selau pelajar Timur Tengah pernah momohon zakat wilayah dan mentah-metah ditolak dek kerana pendapatan ibu dan ayah.Golongan makan gaji di ibu kota dengan sejumlah anak seramai 6 orang yang semuanya masih bersekolah tidak langsung diambil kira oleh BaitulMal.Sesudah saya tiba pula di Jordan,saya cuba pula memohon zakat dari MajlisAgama ISlam Negeri Sembilan (kampung belah ibu saya).Sekali lagi gerak kerja yang cacamerba oleh kakitangan MAINS menyebabkan sebahagian besar dari kami tidak mendapat bantuan dan tahun berikutnya sesudah didesak dan ditanya berulang kali baru bantuan saya di bank in.Saya dapati kakitangan "jabatan agama" ini tidak lah seagama mana pun.Dan dengan pengalaman yang saya alami ini padanlah masih ramai yang umpama anak itik hilang ibunya

psychedelicmundo said...

Cuma kredit harus diberikan kepada Lembaga zakat Selangor.Berurusan dengan mereka sangat mudah dan cepat.Syabas kepada kerajaan negeri am nya dan lembaga zakat Sleangor khususnya yang bisa keluar dari kepompong tinggalan Be-End