Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Wednesday, March 11, 2009

Lembu Yang Di Kasikan!


Ketua polis negara dan peguam negara didapati tidak terlibat dalam kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.(Malaysiakini,11.3.2009)


Maka sekali lagi para Dewa telah bersabda dan menurunkan titah mereka.Dewa-dewa yang bergentanyangan di kayangan ini punya kuasa sakti yang maha hebat.Lidah mereka berapi dan tutur kata mereka adalah perintah dan kata pemutus yang tidak boleh di persoalkan.


Dewa-dewa ini punya kuasa keramat;merekalah penentu hidup-mati dan salah-benarnya seseorang.Tidak ada kuasa lain yang boleh menandingi keramat para Dewa dan jika ada yang berani membantah maka dengan kesaktian lidah api si polan itu akan 'diamankan'.Kesaktian lidah berapi ini di kanunkan menjadi kitab undang-undang yang wajib ditaatkan tanpa soal.

Maka Dewa-dewa yang bergentanyan di kayangan itu bagi mereka kekuasaan adalah mereka.

Maka mereka jadi lupa sepanjang sejarah dan riwayat dunia,para Dewa yang jahat angkuh dan zalim akhirnya tersungkur jua.


Maka,SPRM tidak lebih dari lembu;cuma bukan sekadar lembu biasa tetapi lembu yang telah di kasikan oleh para Dewa yang bergentayangan menyamun harta negara dan menzalimi rakyat.
Maka begitulah sehingga ketentuan dari rakyat menentukan!

1 comment:

Seladang said...

Para dewa yang mengkasikan si lembu SPRM, SPR, Polis dan mahkamah ialah Sang Dewa Najib Rosmah al- Tantuyya di kayangan bernama Monggolia.

Kerana itu jangan percaya spesis berikut:

1) Umno/Bn
2) Najib Rosmah.
3) SPRM
4) Polis
5) SPR
6) Peguam Negara
7) Mahkamah Malaysia.

Semuanya kerja mencari makan untuk kenyangkan tembolok masing-masing. Keadilan rakyat pergi mampus!

Berjuanglah untuk menumbangkan Kerajaan Umno/Bn melalui Pilihanraya kecil atau Umum. Sedarkan rakyat tentang bencana ketidak adilan yang dilakukan oleh pemimpin Umno/Bn.

Selamatkan rakyat melalui Pakatan Rakyat!