Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )
Showing posts with label politik/siasah. Show all posts
Showing posts with label politik/siasah. Show all posts

Monday, August 31, 2009

MERDEHEKA!MERDEHEKA!MERDEHEKA!

Saban tahun semenjak lebih setengah abad kita menyambut Hari Kemerdekaan (Persekutuan Tanah Melayu/Malaya) dari British.Dan selama 52 tahun ini,alhamdulillah telah banyak yang kita capai dilihat dari sudut pembangunan material sekurang-kurangnya.

Namun disebalik bangunan yang tinggi-agam berdiri (kelihatannya banyak dan pesat di bahagian Pantai Barat Semenanjung berbanding di Pantai Timur) masih ada sisi penting yang seakan sengaja di pinggirkan oleh pemerintah.Akan tetapi yang lebih penting dari itu ialah pembinaan sebuah negarabangsa khususnya membentuk jiwa bangsa yang benar-benar merdeka jauh dari dapat dibanggakan.


Sekadar menyentuh sedikit-kerana jika mahu disenaraikan ianya akan menjadi begitu panjang-undang-undang tinggalan penjajah seperti ISA dan Akta Hasutan masih dikuatkuasakan,malah diperketatkan atas alasan keselamatan.Yang malangnya undang-undang ini disasarkan kepada pemimpin ParPol yang halal dari fraksi oposisi.


Kita selalu disajikan dengan ungkapan bahawa kita negara yang masih muda (young nation) dan didalam proses mematangkan diri.Itu antara khutbah samada yang terkeleluar dari mulut pemimpin mahupun para sarjana.

Soalnya apakah tempohmasa lebih setengah abad ini belum cukup untuk mematang dan mendewasakan negarabangsa kita?Saya melihat tidak ada upaya yang bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk menuju kearah mendewasakan kerana kerangka yang digunakan bukan sekadar lapuk malah dilihat dibuat untuk mengekalkan status quo kekuasaan UMNO/BN.


Dan ini sebenarnya tragedi negara kita.Acuan yang digunakan hanya untuk mempertahankan kelestrasian kekuasaan UMNO tanpa mengambilkira bahawa rakyat sebenarnya sudah cukup matang dan dengan tahap pendidikan serta ledakan revolusi maklumat dengan dunia tanpa sempadan seperti hari ini,tentunya mentiliti rakyat juga turut berubah sekurang-kurangnya tidak lagi seperti 40 tahun lampau.



Tetapi apakah mereka diatas sana memahami dan mengarifi tuntutan zaman ini?Saya fikir para pendekar politik UMNO masih lagi menilai rakyat hari ini dari kacamata lama yang sudah semakin kabur.Polong dan jerangkung perkauman atas nama Ketuanan Melayu di jadikan battle-cry guna untuk mengolah pemikiran orang Melayu (baca:ahli-ahli UMNO bawahan) setiap kali mereka tersepit dan diasak ke dinding.



Yang menyedihkan mereka (ahli-ahli UMNO) termakan dengan propaganda mereka sendiri tanpa sanggup keluar dari kepompong perkauman yang sengaja diada-adakan demi untuk mengekalkan kuasa atau kerusi pemimpin mereka.Dan mungkin inilah yang selalu disebut oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang memetik kata-kata Malek Bennabi sebagai 'penjajahan fikiran dan jiwa' (istima'u al-fikr wal ruh).Mereka terjebak didalam perang propaganda yang dicipta oleh UMNO sendiri.


Dan saya sentiasa memanjatkan doa ke hadratNYA agar tanahair tercinta ini-dari Perlis hingga ke Sabah- bukan sekadar aman sentosa malah mendapat berkat dan perlindunganNYA agar menjadi negara yang baik dan mendapat keredhaanNYA.Dan doa kita kelak suatu hari nanti anak dan cucucicit kita benar-benar menikmati kemerdekaan negara sebagai rakyat yang bermaruah punya hak dan harkat serta menikmati kekayaan negara dengan adil.Amin.


DI GARHAYU NEGARA KU YANG TERCINTA!

Tuesday, August 25, 2009

PRK Permatang Pasir:Indorsement Rakyat Kepada Pakatan


Alhamdulillah pengundi Permatang Pasir telah membuat pilihan dengan bijak.Buat kesekian kalinya PAS/Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kemenangan di dalam PRK sesudah PRU tahun lalu.



Buat kesekian kalinya PR dapat mengekang kemaraan dan penguasaan UMNO/BN di dalam PRK.Jika suatu ketika dahulu setiap kali PRK berlangsung UMNO/BN senantiasa mensapat upperhand (kecuali PRK Lunas) tetapi mutakhir ini PRK sudah menjadi mimpi ngeri buat UMNO/BN.



Saya melihat PRK Permatang Pasir ini dan kesemua PRK lain yang telamg berlangsung sebagai suatu bentuk referundum bukan sahaja terhadap pemerintahan Dato Seri Najib Razak malah boleh sahaja di lihat sebagai indorsment kepada PR.Ertinya rakyat/pengundi telah menghantar isyarat jelas,terang benderang tanpa perlu bersuluh bahawa ada yang sangat tidak kena dengan kepimpinanan negara hari ini.



Dari perlbagai isu dan skandal yang jauh dari diselesaikan seperti misteri kematian mendiang Altantuya Shaaribu,PKFZ,Bahasa Melayu,rasuah dan salahguna kuasa,konspirasi terhadap Anwar Ibrahim dan banyak lagi yang lain (jika mahu disenaraikan ianya akan menjadi cukup panjang) memperlihatkan kegagalan UMNO/BN mengemudi kepimpinan negara.



Kesemua isu ini yang cuba disembunyikan oleh UMNO/BN nampaknya menjadi semacam jerangkung di dalam almari (skeletons in the closet) yang tidak mampu memadamkan kemarahan rakyat.Walau pelbagai kaedah dan strategi digunakan oleh UMNO seperti cuba mengalihkan isu dan tidak jarang menggunakan alat kekuasaan negara (PDRM,SPRM dan SPR) untuk menutup mulut rakyat namun kesemua pendekatan tersebut gagal membuahkan hasil.



Pada masa yang sama pemimpin UMNO masih lagi dengan ego besar mereka dan tidak langsung mahu merendah diri.Pemimpin UMNO dilihat oleh rakyat sebagai terlalu jauh dari memahami aspirasi rakyat dan berlagak bahawa mereka sahaja yang benar dan betul.



Lihat sahaja layanan diberikan kepada para demostran sewaktu demontrasi menuntut ISA di mansuhkan pada 1.8.2009 yang lalu atau demontrasi menuntut PPSMI dimansuhkan sebelum daripada itu,jika pemimpin UMNO dapat berfikir di luar dari kepompong kekuasaan dan memahami aspirasi rakyat,maka tidak perlu kekerasan digunakan untuk menyurai perhimpunan aman tersebut.



Tetapi sebaliknya yang berlaku.UMNO dengan gelojoh mengarahkan polis untuk mengambil pendekatan yang sedemikian rupa guna untuk mebungkam suara rakyat.Sekiranya perhimpunan tersebut dibiarkan berjalan dengan aman dalam kawalan pihak keselamatan yang minimum,saya percaya imej UMNO sedikitsebanyak akan dapat dilihat sebagai people friendly.



Berbalik kepada keputusan PRK Permatang Pasir,saya menyempatkan diri sebentar untuk mendengar analisis daripada beberapa tokoh yang diundang oleh stesen TV.Yang menjadi lelucon ialah hampir kesemua penganalisis menyebut undi yang diperolehi oleh PAS berkurangan dari PRU bulan Mac tahun lalu.



Apa yang ingin disampaikan kepada khalayak ialah walaupun menang tapi PAS menang sikit berbanding PRU terdahulu atau dengan kata lain,PAS tidak 'seterer' mana sebab undi tak sama dengan PRU dulu.Maknanya kecenderungan untuk memperlekehkan kemenangan tersebut (serupa juga sewaktu keputusan PRK Manik Urai Julai lalu) yang saya kira tidak lebih untuk memujuk hati sendiri,kononnya.



Sungguhpun kita berhak meraikan kemenangan PRK Permatang Pasir namun jangan pula kemenangan (dan kemenangan-kemenangan sebelum ini) mengalpakan kita khususnya dengan perancangan dan strategi yang tidak berhemah dilakukan oleh UMNO/BN.Saya percaya selepas daripada ini juak-juak dan pencacai UMNO akan menambahgiatkan usaha terancang mereka termasuk menggunakan alat kekuasaan negara untuk menindas negeri-negeri Pakatan.



Kita tidak boleh lupa walau seketika bagaimana UMNO dengan rakus memperlakukan Kerajaan Perak dibawah PR dengan coup membelakangkan prinsip demokrasi dan dengan mengunakan PDRM,SPRM,SPR serta state apparatus yang lain.



Dan dendangan berbau perkauman akan terus dimainkan oleh pencacai khususnya Utusan Malaysia sebagai cubaan memberikan imej yang jelek kepada PR.Gambaran yang diberikan ialah kepentingan dan hak orang Melayu serta Islam di kompromi oleh PR dan pada masa yang sama diperlihatkan bahawa UMNO satu-satunya yang membela kepentingan Melayu.

Kesemua ini dan banyak lagi memerlukan pemahaman jitu dari setiap aktivis parti.Upaya berterusan perlu dilakukan untuk mendekati rakyat.InsyaAllah,diatas keyakinan untuk membina Malaysia yang lebih baik kita yakin semua kalangan akan dapat memainkan peranan masing-masing untuk mencapai tekad ini.

*Foto dan jadual diatas diambil dari Malaysiakini.

Friday, August 21, 2009

Inkues Teoh Beng Hock:Kemunculan Surat Misteri


Semalam sewaktu inkues kenatian mendiang Beng Hock berlangsung,peguam Gobind Singh Deo telah merujuk suatu surat rahsia kepada koroner.Berikutan dari itu Mahkamah Koroner telah mengarahkan kes di tangguh sehingga ke hari Isnin hadapan bagi membolehkan siasatan lanjut di buat oleh polis.

Berikut adalah salinan surat misteri tersebut yang disiarkan oleh Raja Petra kamarudin di dalam laman beliau,MalaysiaToday.Pendedahan didalam surat ini mengejutkan walaupun tidaklah beberapa terperanjat kerana mengetahui betapa bobroknya Malaysia di bawah UMNO/BN.

Saya juga melihat dengan skeptikal dan sinis berita tentang kenderaan SPRM di Kelang terbakar oleh molotov cocktail.Jika pernah menonton filem Hollywood,Wag The Dog,tentu akan dapat memahami sentimen saya ini.

KEGIATAN RASUAH, SALAHLAKU DAN PENYELEWENGAN PEGAWAI ATASAN SPRM SELANGOR.


Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa kami pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rasa terpanggil untuk mendedahkan tentang salahlaku dan amalan rasuah seorang Pegawai Atasan SPRM iaitu TIMBALAN PENGARAH (TP) SPRM Selangor yang bernama PKPj I HISHAMUDDIN BIN HASHIM yang mana ianya adalah bersangkutan dengan kes TEOH BENG HOCK dan kes yang melibatkan pemilikan rumah banglo DATO’ SERI DR MOHAMAD KHIR BIN TOYO di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.


2. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP sememangnya terlibat secara langsung dengan siasatan kes penyelewengan dana Kerajaan Negeri Selangor bagi peruntukan YB Ean (Adun Seri Kembangan).


Penglibatan beliau bukan hanya untuk arahan rasmi sahaja, bahkan beliau juga memberikan arahan kepada pegawai bawahan untuk mencari sedaya mungkin tentang kesalahan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Beliau bertindak sedemikian adalah kerana beliau ada membuat pakatan dengan Khir Toyo untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor sekarang.


Ekoran daripada tindakan beliau yang gelojoh, maka kematian Teoh Beng Hock telah terjadi. Timbul beberapa persoalan yang mencurigakan kepada kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia tentang macammana Teoh Beng Hock boleh mati.


Kami semua mengesyaki TP yang bertanggungjawab dengan kematian Teoh Beng Hock berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

i) TP telah memberikan arahan kepada semua pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi itu, untuk tidak melibatkan beliau langsung dalam kes ini. Sebenarnya beliaulah yang memberikan semua arahan di dalam operasi ini dan juga operasi-operasi lain di SPRM Selangor.


Sebenarnya beliau takut untuk dikaitkan kerana ini boleh merungkaikan komplot beliau dengan Khir Toyo.


ii) Pihak kimia telah menjumpai kesan cap jari dan DNA lelaki misteri pada sebelah depan di bahagian 2 sisi tali pinggang Teoh Beng Hock. Mengikut pada pengetahuan kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia, TP mempunyai teknik soalsiasat yang tersendiri iaitu beliau selalu menyoalsiasat seseorang dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang individu dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya.


iii) Proses pengambilan DNA ke atas pegawai-pegawai SPRM Selangor telah dilakukan sebanyak 2 sesi. Pada sesi pertama pengambilan sampel DNA dibuat, TP telah bergegas melarikan diri untuk tidak memberikan sampel DNAnya. Walaubagaimanapun, TP dikatakan telah memberikan sampel DNAnya semasa sesi yang kedua tetapi keraguan yang timbul ialah TP telah memberikan sampel DNAnya di dalam bilik pejabatnya, sedangkan semua pegawai SPRM termasuk pengarah SPRM sendiri telah memberikan sampel DNA masing-masing di dalam bilik mesyuarat secara beramai-ramai.


Kenapa TP memberikan sampel DNA secara tersembunyi? Adakah DNA yang diberi itu adalah DNA beliau? Kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia merasa pelik kerana tiada seorang pun sampel DNA yang berpadanan dengan DNA lelaki misteri? Kami mengesyorkan supaya ujian DNA terhadap TP mestilah dilakukan sekali lagi dengan disaksikan oleh orang-orang yang boleh dipercayai.


iv) Kami mendapat maklumat mengatakan bahawa TP telah mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengelap / mengesat kesan cap cari pada tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh. Ini terbukti apabila pihak polis tidak menjumpai apa-apa kesan cap jari baru atau lama pada tingkap tersebut. Persoalannya, kenapa TP mengarahkan untuk bertindak sedemikian?

v) Kami mengesyaki berdasarkan maklumat yang diperolehi bahawa TP tidak mengetuk kad perakam waktunya (punch-card) semasa beliau hendak balik daripada pejabat pada 16hb Julai 2009, jam 6.10 pagi.


Ini penting kerana ia boleh membuktikan bahawa TP adalah orang yang terakhir melihat Teoh. Persoalannya, kenapa beliau tidak mengetuk kad perakamnya sedangkan beliau adalah seorang yang selalu mengetuk kadnya. Untuk rekod, beliau adalah seorang yang teliti dengan kad perakamnya.
3. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP berkenaan adalah sangat berkuasa dalam menjalankan operasi siasatan di Sekitar Selangor, mahupun seluruh Malaysia.


Di SPRM Selangor sahaja, beliau adalah orang yang paling penting untuk membuat keputusan samada sesuatu kes dituduh ataupun tidak walaupun kuasa tersebut sepatutnya dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP). Keputusan yang dibuat oleh beliau itu cenderung kepada kepentingan peribadi dan konco-konconya.


Jadi tidak hairanlah jika beliau meneraju Unit Siasatan SPRM / BPR Selangor sejak belasan tahun lagi iaitu semenjak daripada kerajaan Negeri Selangor diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional (Khir Toyo) dan sehingga Kerajaan Negeri Selangor sekarang.


Beliau telah dinaikkan pangkat dengan begitu cepat sekali iaitu daripada Gred 41 hingga Gred 54 dengan hanya memakan masa lebih kurang 16 tahun sahaja tanpa bertukar ke tempat lain dan kekal di SPRM Selangor sehingga sekarang. Jika diikutkan kepada dasar jabatan SPRM / BPR, setiap pegawai yang dinaikkan pangkat atau bertugas melebihi 5 tahun di suatu negeri, pegawai tersebut akan ditukarkan ke tempat lain bagi mengelakkan pegawai tersebut terjerumus dengan masalah rasuah setempat.


Salah satu sebab beliau tidak ditukarkan ke mana-mana adalah kerana beliau ditugaskan untuk "menjaga" kepentingan Dato" Seri Dr Khir Toyo di Selangor. Oleh yang demikian, sebagai balasan, Khir Toyo juga perlu "menjaga" kepentingan beliau di Selangor.


4. Kesan daripada keadaan beliau yang selesa di BPR / SPRM Selangor dari dulu hingga sekarang, beliau telah terlibat dengan pelbagai perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Antara perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa TP yang dapat kami kesan / siasat adalah seperti berikut:

i) Menutup kes Khir Toyo berkenaan dengan keluluskan projek pembinaan jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hamper disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan ialah Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, iaitu tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang member keuntungan minimum RM20 juta.


ii) Memiliki aset yang melebihi emolumennya seperti:
a. Mempunyai beberapa buah rumah sewa yang mana salah satunya adalah Rumah Teres 2 tingkat (Mewah) yang dibeli dengan harga istimewa daripada Pemaju Kumpulan Lebar Daun Development Sdn Bhd, hasil daripada penutupan kes yang disiasat ke atas Group Executive Chairman, Dato' Noor Azman @ Noor Hizam bin Mohd Nurdin.


Kes tersebut disiasat oleh BPR Selangor dalam beberapa tahun yang lepas serta beberapa buah rumah lagi yang beliau miliki. Untuk mengaburi mata awam dan pegawai-pegawai bawahan, beliau hanya tinggal di Kuarters Kerajaan di Kg. Atap, Kuala Lumpur.


b. Mempunyai sebuah stesen Minyak Petronas di sebelah kiri Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) KM 8.6 – KM 8.7, Seksyen 1, Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam, 40000 Selangor berdekatan dengan Bulatan Melati, yang menghala dari Shah Alam ke Klang, didaftarkan diatas nama abang beliau. Stesen minyak tersebut adalah baru beroperasi pada tahun ini (2009) yang mana ianya dibina di atas (sebahagian daripada) kawasan perkuburan cina. Beliau berjaya mendapat tapak bagi membina stesen minyak tersebut hasil daripada kuasa yang beliau ada dan juga daripada zaman pemerintahan Khir Toyo di Selangor.


c. Mempunyai beberapa bidang tanah di sekitar Shah Alam, yang mana salah satunya dipercayai di sebelah SACC Mall yang baru yang mana ianya didaftarkan di atas nama isteri kepada seorang pemandu di SPRM Selangor bernama Abdullah b Azim, seorang suri rumah sepenuh masa dan berumur lewat 30-an.

iii) Pernah ditangkap berkhalwat dengan Pegawai Bawahan berpangkat Penyiasat bernama Nor Azlina bt Mustafa di tepi Tasik Shah Alam pada awal tahun 2009 oleh 2 orang anggota polis, sebaliknya beliau menunjukkan kad kuasa beliau dan memaklumkan kepada anggota polis berkenaan bahawa beliau dan pegawai tersebut sedang menjalankan operasi dan mereka telah dilepaskan.


Setelah beberapa siri ‘keintiman’ beliau bersama dengan Penyiasat tersebut telah diketahui oleh banyak pihak termasuklah isterinya sendiri. Tindakan yang diambil oleh Jabatan hanyalah menukarkan penyiasat tersebut ke SPRM Ibu Pejabat, Putrajaya. Tindakan ini tidaklah berkesan kerana Azlina masih lagi selalu bersama dengan TP di pejabat Selangor.


5. Tujuan Surat ini dibuat adalah untuk menegakkan keadilan dan mencegah penganiayaan khususnya di dalam SPRM dan amnya di Malaysia. Kami di SPRM sudah tidak tahan melihat kerenah beliau yang mendapat restu daripada pihak atasan seperti kata pepatah “beraja dimata, bersultan dihati”.


Kami di SPRM sendiri sudah hilang punca untuk mencari jabatan / institusi / NGO yang boleh mengenegahkan isu ini agar tindakan yang sepatutnya dapat diambil.


6. Kami pegawai-pegawai SPRM amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak Y. Bhg. Dato’ / tuan / puan yang boleh mewar-warkan perkara ini kepada rakyat dan pihak yang bertanggungjawab agar ada satu organasasi / NGO yang boleh mengambil tindakan yang sepatutnya atau independent investigation sehingga perkara ini boleh dibawa ke kabinet.


Perkara ini sangat penting kerana ia melibatkan integriti seorang pegawai yang berkhidmat di sebuah jabatan yang menguatkuasa undang-undang tentang kesalahan integriti manusia. TP sekarang cenderung dan berusaha sedaya upaya dengan mengerahkan pegawai bawahannya untuk mencari kesalahan PKR yang memerintah negeri Selangor sekarang dengan harapan PKR akan tumbang di Selangor dan rahsianya akan selamat.


Untuk pengetahuan pihak Y. Bhg. Dato’ / tuan / puan juga, TP sekarang takut apabila berita tentang Dato’ Seri Khir Toyo telah keluar di media dan beliau amat takut jika kes tersebut akan membongkarkan tentang kesnya.


7. Harapan kami adalah, ada pihak yang berani menyuarakan maklumat kami agar tindakan kami ini mendapat perhatian daripada pihak yang berwibawa dan tindakan yang adil dapat dikenakan kepada beliau dan dihadapkan ke muka pengadilan.


Kami sendiri sudah tidak mampu untuk mengambil tindakan ke atas beliau kerana beliau mempunyai “cable” dengan pihak atasan.


8. Kerjasama daripada pihak Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ / tuan / puan amatlah dihargai dan diharapkan daripada tindakan Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ / tuan / puan ini, banyak lagi maklumat-maklumat yang boleh membongkarkan manusia-manusia yang tidak berintegriti disalurkan agar SPRM dan pegawai-pegawainya bersih daripada rasuah.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK SPRM/NEGARA YANG DICINTAI"

Kami yang menurut perintah,PEGAWAI-PEGAWAI SPRM MALAYSIA

Sunday, August 16, 2009

Wajib Baca:Surat Terbuka Sasterawan Azizi Hj.Abdullah



Datuk Seri,


Apabila angin ribut kuat di tengah laut, Datuk Seri tak terasa sejukkah ketika Datuk Seri sedang memancing jerung. Ketika badai melanda, Datuk Seri tak kecewakah apabila kail hanya lekat anak gelama tengkerong?


Arus politik di daratan barangkali lebih dari angin ribut di lautan. Datuk Seri baliklah cepat dan lihat di sebuah negeri ehsan mengehsan, yang kaya dengan pucuk batubata.


Menurut khabar, seperti yang saya pernah tulis berkali-kali, anak buah Datuk Seri ini gila dan ketagih sangat nak bercakap atau membuat kenyataan akhbar. Kononnya ‘press confren’. Hasilnya selalu jadi bola tanggung. Orang ‘kelepup’ kepala kita balik.


Apa yang terjadi di negeri ehsan mengehsan itu? Dalam sidang akhbar dan TV (kedua-duanya media tak sebulu dengan PAS) kononnya seorang yang bertaraf Pesuruhjaya tidak akan tunduk kepada ugutan rakan sepemerintahnya yang menggesa pucuk pemimpin kerajaan mengambil tindakan disiplin ke atas dirinya berhubung isu arak.


Tuan Guru Datuk Seri,


Betulkah status atau pangkat PESURUHJAYA setiap negeri itu adalah status atau pangkat MENTERI BESAR kalau Pas memerintah? Maaf Datuk Seri, terlupa pula saya. Datuk Seri juga Pesuruhjaya kemudian jadi MB dulu. Di Kedah, Datuk Seri Azizan, Pesuruhjaya, kini MB juga.Begitulah bla...bla...bla...


Maka telah sekian lama hengar bingar, kecuh hebuh tentang Ronnie Liu dari DAP dengan seorang pesuruhjaya di negeri ehsan mengehsan ini belum reda lagi. Semua orang tahu. Isunya bukan pasal arak sangat. Isunya isu yang ada main acilut di belakang tabir.


Tapi yang jelas kita nampak sekarang, ianya seperti satu perjuangan MAHA SUCI, MAHA JUJUR dan maha-maha demi prinsip, dasar dan kewajipan konon. Saya tak berapa faham tentang ini Datuk Seri tapi saya fikir sia-sia jika kita nak minta berdamai atas nama pakatan, perkongsian dan lain-lain, kerana ada sebahagian mereka bukan ini perjuangan mereka, walaupun dikatakan sebagai ahli Pas yang tidak gila pangkat dan darjat.


Apa yang dihebuh sebenarnya bukan isu itu. Datuk Seri pasti faham. Inilah satu penyakit yang saya sangat-sangat takut Datuk Seri, apabila melanda ke atas pemimpin dan perjuangan Pas. Siang malam menjeri mengatakan kerana Allah, jihad, demi Islam tetapi sebenarnya tingkah laku, gerak dan feel, malah kelip mata pun orang tahu, yang dikejar bukan itu. Kata ulama, inilah ‘hubbun dunya.’Betulkah?


Datuk Seri, maafkan saya.Bagaimana kalau kita buat bacaan begini dalam situasi sekarang:

PKR sekarang ada 15 kerusi

DAP sekarang ada 13 kerusi

Umno sekarang ada 20 kerusi

PAS sekarang ada 8 kerusi


Yang peliknya, 8 kerusi ini, parti yang Datuk Seri terajui, hingar bising, kelupur melenting lebih dari 15 kerusi atau lebih dari 20 kerusi. Mereka menaruh impian yang sangat tinggi, melaram yang tak menasabah. Bercita-cita tak kesampaian. Bagi mereka walaupun 8 kerusi, mereka boleh perintah.


Kalau yang 20 kerusi melenting dan kacau, tidak menghairankan. Kan itu pembangkang. Tapi yang 8 ini, apa jadahnya?


Kalau hanya 8 kerusi berimpian boleh memerintah, formulanya apa?


Saya nak peringatkan Datuk Seri, Nasaruddin, Salehuddin Ayub, Datuk Mahfuz dan Setiausaha dan lain-lain diperingkat pusat ini, hubaya-hubayalah dengan melenting dan menggelupur mereka yang bertaraf pesuruhjaya ini kerana pesuruhjaya memungkinkan terus melompat menjadi Menteri Besar.


Formulanya sangat senang:


Bersusik-suksik, berbisik, mengenyit mata dan keremot hidung dengan hidung mancung berkilat merlit, maka akan terjadi 8 kerusi menduduki bersama dengan 20 kerusi. Akan jadi 28 kerusi.


28 kerusi akan sama dengan PKR dan DAP: 15+ 13= 28.


Apabila seimbang begini, berlakulah beli membeli untuk melebihi hanya satu jari kelingking, maka pihak itulah yang akan jadi kerajaan. Atas muslihat busuk dan khianat yang dirancang sekian lama, maka apakah tidak mustahil seorang dari yang 8 ini menjadi MB dan ia tentulah dipilih dari kalangan Pesuruhjaya kerana itulah tarafnya pun.


Bukan mustahil Datuk Seri. Ketika itu Datuk Seri akan melihat terpelantingnya prinsip Islam, perjuangan Islam, Lillahita`ala, jihad demi hanya gilakan sedikit kuasa. Katika itu Datuk Seri akan menangis kerana begitu jadinya setelah berpuluh tahun tarbiah dan usrah Tuan Guru tidak menjadi.


Jadi Datuk Seri, maafkan saya kerana saya tak percaya apa yang bergolak sekarang hanya kononnya nak mempertahankan prinsip, demi Islam dan demi maruah. Yang sebenarnya formula seperti di ataslah yang menjadi kegilaan. Kemungkinan akan berlaku. Jangan tidak percaya dan jangan terkejut kalau ada ‘press confren’: kami 8 orang mengisytiharkan keluar dari pakatan dan menyertai Umno.


Bukankah politik itu seribu kemungkinan Datuk Seri.Wallahu aklam. Maaf.
*Tulisan ini dipetik dari http://aziziabdullah.blogspot.com

Saturday, August 15, 2009

Moh Kita Ngeteh-Foto-Foto Sekitar Acara Pada 15.8.2009











































































Alhamdulillah Majlis Minum Petang Bersama Datok' Seri Anwar Ibrahim berjalan dengan jayanya.Dianggarkan lebihkurang 1000 orang warga yang hadir di majlis tersebut.Warga yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum.





Hujan lebat diikuti angin kuat diawal kira-kira jam 3.30 petang pada mulanya menggusarkan.Namun menjelang jam 5.00 petang cuaca kembali membaik.




Hujan lebat dan angin kuat telah menyebabkan khemah yang dipasang terbang di tiup angin dan menimpa bumbung kedai bersebelahan serta rumah Sdr.Jamil,Ketua AMK Temerloh dan rumah jiran beliau.Kerugian dan kerosakan yang dialami belum dinilai lagi;KEADILAN Temerloh mengambil tanggungjawab untuk membaiki semula kerosakan yang berlaku.





Majlis Ngeteh turut di hadiri oleh Tan Sri Khalid Ibrahim,MB Selangor serta teman-teman pimpinan dari Pakatan Rakyat Temerloh.Tan Sri Khalid di dalam ucapannya antara lain menyebut Kerajaan Selangor dengan dasar Merakyatkan Ekonomi mengambil inisiatif berkesan untuk membantu dan membangunkan rakyat.
Dengan mengambil pemberian air percuma kepada rakyat sebagai contoh,Tan Sri Khalid menyebut selama lebih 50 tahun di bawah pemerintahan BN,kebajikan rakyat telah diabaikan.Kini di bawah kerajaan Pakatan Rakyat,kebajikan dan pembangunan rakyat di utamakan tanpa mengira kaum.



Tan Sri Khalid juga sempat menyindir SPRM yang di lihat menjadikan Kerajaan Selangor sebagai sasaran sedangkan pada masa yang sama membutakan mata terhadap perlakuan rasuah pemimpin UMNO.





Di majlis yang sama,Dato Alimudin Syawal,AJK UMNO Bahagian Temerloh dan Ketua Cawangan UMNO Bukit Bendera telah membuat pengumuman keluar dari UMNO kerana hilang kepercayaan kepada pimpinan UMNO sekarang.KEADILAN Temerloh mengalu-alukan pengumuman beliau dan mengucapkan tahniah disamping mengundang beliau untuk menyertai KEADILAN.Kami percaya dengan kreadibiliti beliau akan dapat menyumbang dan memperkasakan perjuangan bukan sahaja di Temerloh tetapi juga di seluruh Pahang.





Dato' Seri Anwar yang hadir bersama-sama Presiden Dato' Seri Dr.Wan Azizah Ismail turut sempat meluangkan masa menghulurkan bantuan kepada warga yang memerlukan terutamanya menjelang bulan ramadhan.15 keluarga menerima bantuan berupa bahan makanan yang disampaikan oleh Dato Seri Dr.Wan Azizah Ismail.



Manakala Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapannya menyelar sikap hipokrit pemimpin UMNO yang memainkan isu perkauman serta sekadar berani menuduh beliau sebagai pengkhianat.Sementara beliau menyebut tidak berhajat untuk menjawab tohmahan UMNO,Dato Seri Anwar sempat menempelak sikap hipokrit pemimpin UMNO yang berterusan cuba untuk mengelirukan rakyat.



Anwar Ibrahim turut mengulangi komitmen KEADILAN yang akan berjuang untuk semua kaum disamping kepentingan orang Melayu bukan sekadar di pertahankan malah akan di perkasakan.Beliau juga menyeru agar rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah UMNO melalui media yang di kuasai mereka disamping rakyat harus lebih cerdik.



KEADILAN Temerloh juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Temerloh yang telah memberikan kerjasama dan mengeluarkan permit.Kami percaya,terlepas dari tekanan politik,kerjasama diantara Pakatan Rakyat dan PDRM di Temerloh ini bukan sahaja di pertahan tetapi boleh di pertingkatkan.



Kami juga merakamkan penghargaan kepada KEADILAN Cabang Kuala Krau khususnya Sdr.Hj.Suhaimi Said yang turut sama membantu menjayakan program ini.



Terakhirnya,kepada mana-mana pihak dan para dermawan yang berhajat untuk membantu mangsa ribut,kami sangat-sangat mengalu-alukan.Mereka yang berhajat untuk membantu bolehlah menghubungi e-mel berikut:lanailestari@gmail.com.Terima kasih.












































































































































































































































































































































































































































































































































Wednesday, August 12, 2009



Umno tergugat punca Anwar diserang, kata Nik Aziz
Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 12 Ogos (Hrkh): Kerana kehebatan dan kejayaannya menggugat Barisan Nasional (BN) khasnya Umno, menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di serang habis-habisan, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik.

Bagi beliau, semuanya berdasarkan satu perkara sahaja iaitu dengki terhadap Ketua Pembangkang itu sehingga beliau dituduh sebagai pengkhianat bangsa.
Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas serangan besar-besaran Umno terhadap Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini.

Ia bermula dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin yang mendakwa Anwar adalah pengkhianat orang Melayu. Namun, tidak ada sebarang kenyataan yang jelas apa dia pengkhianatan yang dibuat Anwar.

Ekoran itu, Anwar menghantar notis peguam kepada Muhyidin dan meminta agar kenyataan itu ditarik balik dan meminta maaf kepadanya.

Namun, ia ditolak oleh Muhyidin bahkan selepas itu, Umno Johor berhimpun di Paguh dan meneriakkan perkataan "Anwar pengkhianat" secara beramai-ramai. Mereka juga mencabar Anwar menyaman mereka.

Menurut Nik Aziz, Umno seharusnya menyerang dasar perjuangan parti PKR dan bukannya individu sekiranya mendapati perjuangan parti itu tidak betul.
Katanya lagi, dalam sejarah ketamadunan manusia, Namrud dan Firaun walaupun berkuasa namun kerana menghianati ajaran Allah, mereka tetap menerima padah serta hukuman dari Allah walaupun berbangsa Arab.

Umno katanya, tidak wajar menyerang individu untuk menarik perhatian masyarakat terhadap mereka dengan memburukkan Anwar Ibrahim, sebaliknya dasar parti yang perlu dikritik atau seumpamanya sekiranya ia tidak betul.

Beliau melahirkan rasa malu terhadap orang politik Malaysia yang menyerang individu secara besar besaran dengan mengatakan Anwar sebagai penghianat bangsa.

Jelasnya, kalau demikian hujjah Umno, Nabi Muhammad saw juga boleh diistilahkan sedemikian kerana baginda turut menentang bapa saudara yang sebangsa dengannya.

"Sejahil-jahil orang Arab Jahiliah pun dia tak kata Nabi Muhammad ni penghianat bangsa, sebaliknya sebagai orang yang memperbodohkan pemimpin kami, itu saja tak ada pun sebut pengkhianat bangsa,�ujarnya lagi.

Sambungnya lagi, masaalah bangsa itu hanya akan timbul setelah masyarakat itu sendiri yang membangga-banggakan bangsanya, sedangkan seruan bangsa di Padang Mahsyar nanti tidak wujud.

Tambahnya, sekiranya bangsa cukup berharga di sisi Allah, tentu sekali bangsa Arab lebih berharga dari Melayu.

Menurutnya, kerana Anwar bersama Pakatan Rakyat dan semakin diterima rakyat, menyebabkan mereka takut dan cara yang difikirkan sesuai bagi mereka ialah menyerang ketua pembangkang itu secara peribadi.

"Kita ni nak naikkan (fahaman) politik, dan bukannya nak menaikkan atau memburukkan individu tertentu, tak betul, itu memalukan kita,"ujarnya.