Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Monday, August 31, 2009

MERDEHEKA!MERDEHEKA!MERDEHEKA!

Saban tahun semenjak lebih setengah abad kita menyambut Hari Kemerdekaan (Persekutuan Tanah Melayu/Malaya) dari British.Dan selama 52 tahun ini,alhamdulillah telah banyak yang kita capai dilihat dari sudut pembangunan material sekurang-kurangnya.

Namun disebalik bangunan yang tinggi-agam berdiri (kelihatannya banyak dan pesat di bahagian Pantai Barat Semenanjung berbanding di Pantai Timur) masih ada sisi penting yang seakan sengaja di pinggirkan oleh pemerintah.Akan tetapi yang lebih penting dari itu ialah pembinaan sebuah negarabangsa khususnya membentuk jiwa bangsa yang benar-benar merdeka jauh dari dapat dibanggakan.


Sekadar menyentuh sedikit-kerana jika mahu disenaraikan ianya akan menjadi begitu panjang-undang-undang tinggalan penjajah seperti ISA dan Akta Hasutan masih dikuatkuasakan,malah diperketatkan atas alasan keselamatan.Yang malangnya undang-undang ini disasarkan kepada pemimpin ParPol yang halal dari fraksi oposisi.


Kita selalu disajikan dengan ungkapan bahawa kita negara yang masih muda (young nation) dan didalam proses mematangkan diri.Itu antara khutbah samada yang terkeleluar dari mulut pemimpin mahupun para sarjana.

Soalnya apakah tempohmasa lebih setengah abad ini belum cukup untuk mematang dan mendewasakan negarabangsa kita?Saya melihat tidak ada upaya yang bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk menuju kearah mendewasakan kerana kerangka yang digunakan bukan sekadar lapuk malah dilihat dibuat untuk mengekalkan status quo kekuasaan UMNO/BN.


Dan ini sebenarnya tragedi negara kita.Acuan yang digunakan hanya untuk mempertahankan kelestrasian kekuasaan UMNO tanpa mengambilkira bahawa rakyat sebenarnya sudah cukup matang dan dengan tahap pendidikan serta ledakan revolusi maklumat dengan dunia tanpa sempadan seperti hari ini,tentunya mentiliti rakyat juga turut berubah sekurang-kurangnya tidak lagi seperti 40 tahun lampau.



Tetapi apakah mereka diatas sana memahami dan mengarifi tuntutan zaman ini?Saya fikir para pendekar politik UMNO masih lagi menilai rakyat hari ini dari kacamata lama yang sudah semakin kabur.Polong dan jerangkung perkauman atas nama Ketuanan Melayu di jadikan battle-cry guna untuk mengolah pemikiran orang Melayu (baca:ahli-ahli UMNO bawahan) setiap kali mereka tersepit dan diasak ke dinding.



Yang menyedihkan mereka (ahli-ahli UMNO) termakan dengan propaganda mereka sendiri tanpa sanggup keluar dari kepompong perkauman yang sengaja diada-adakan demi untuk mengekalkan kuasa atau kerusi pemimpin mereka.Dan mungkin inilah yang selalu disebut oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang memetik kata-kata Malek Bennabi sebagai 'penjajahan fikiran dan jiwa' (istima'u al-fikr wal ruh).Mereka terjebak didalam perang propaganda yang dicipta oleh UMNO sendiri.


Dan saya sentiasa memanjatkan doa ke hadratNYA agar tanahair tercinta ini-dari Perlis hingga ke Sabah- bukan sekadar aman sentosa malah mendapat berkat dan perlindunganNYA agar menjadi negara yang baik dan mendapat keredhaanNYA.Dan doa kita kelak suatu hari nanti anak dan cucucicit kita benar-benar menikmati kemerdekaan negara sebagai rakyat yang bermaruah punya hak dan harkat serta menikmati kekayaan negara dengan adil.Amin.


DI GARHAYU NEGARA KU YANG TERCINTA!

No comments: