Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Sunday, April 19, 2009

Consensus Ad Idem*

Satu daripada perangai saya ialah suka berkenalan dengan ramai orang.Dimana sahaja,malah di luar negara sewaktu bercuti pun,saya suka bertemu dan berkenalan.Bukan sekadar berkenalan,lebih dari itu berdiskusi,bertukar fikiran atau lampas otak.Saya tidak mengira siapa,dari orang professional sehinggalah ke Tukang Ojek di Kota Jakarta,saya akan bertaaruf dan kemudian sama-sama berlebon.




Kalau semasa Kongres Keadilan,saya akan menyelinap ke tempat Bahagian-bahagian lain yang datang dari seluruh negara untuk berkenalan merapatkan silaturrahim dan bertukar fikiran tentang perjuangan.Saya gemar mendengar fikiran,idea dan lontaran pandangan,pokoknya,samada saya bersetuju atau sebaliknya tidak menjadi soal,bukankah kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju.Yang penting perlu hormat dan menghormati pandangan selain dari pandangan sendiri.


Malam minggu lalu,seusai ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim,saya diperkenalkan oleh Alang seorang anak muda.Anak muda ini seorang Doktor lulusan dari Universiti Australia yang sedang menyiapkan dirinya untuk diangkat sebagai seorang Doktor Pakar.Dia juga peramah dan kami segera mesra.Anak muda ini cukup hebat,kesedaran untuk membela nasib bangsa dan kepekaannya terhadap lingkungan membanggakan.Doktor Muda ini punya keberanian.


Kami berbual tentang politik,tentang Anwar,tentang healthcare,tentang nasib rakyat,tentang korupsi dan kronisme yang bermaharaja lela,tentang impian membina Malaysia yang adil dan mendengar keluhan Doktor Muda ini tentang hambatan dan cabaran seorang Doktor selain 'nasib' rakyat kecil-wong cilik-yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Hospital Kerajaan.


Saya berkongsi sentimen dengan Doktor Muda ini.Ada pertemuan fikiran yang selari serta secocok.Kepedulian rakyat tercermin dari tutur kata dan lontaran buah fikirannya.


Saya bangga berkenalan dengan beliau.Saya yakin Doktor Muda ini tentunya akan menjadi aset negara yang tentunya bukan sekadar menyembuhkan pesakit tetapi juga menyembuhkan masyarakat vis-a-vis menyembuhkan negara yang sedang tenat.


Saya teringat kepada seorang lagi Doktor yang sepanjang hayatnya menyerahkan jiwa raganya kepada perjuangan rakyat,Almarhum Doktor Burhanuddin Al-Helmi.Juga bukankah ikon terkenal anak-anak muda seluruh dunia juga seorang Doktor Perubatan yang meninggalkan praktisnya berjuang menentang imperialisme tajaan Amerika,Dr.Ernesto "Che" Guevara.


Dan lewat magnum opus Pramoedya Ananta Toer,Bumi Manusia,dilakarkan watak seorang calon Doktor Jawa zaman penjajahan Belanda,Minke.yang turun padang berjuang menanamkan kesedaran dihati sanubari masyarakatnya.


Saya yakin,sahabat saya Doktor Muda ini akan terus berbakti menyembuhkan pesakitnya dan terus berbakti menyembuhkan bangsanya dari momokan dan illusi songsang.Saya cukup berbangga berkenalan dengan Saudara.




*Concensus ad idem dari bahasa Latin,secara harfiahnya memberi maksud "pertemuan dua fikiran".




Foto Helang Laut diatas sempat saya rakamkan sewaktu berkempen di kg.nelayan,Kuala Sepetang (Port Weld) semasa PRK Bukit Gantang.Sedikit terkilan saya tidak membawa lensa tele,kerana itu "hasil"nya tidak seberapa;foto tersebut dirakamkan melalui lensa 18-70 mm.

4 comments:

Anonymous said...

Harap Dr muda yg sdr ceritakan tadi kukuh dlm perjuangan dan tidak gentar dgn segala cabaran. Saya percaya masih ramai di kalangan professional yg menyokong perjuangan PR cuma hati mereka kecil dan tidak seberani yg lain.

Mereka juga mungkin masih tidak nampak akan kejituan pakatan dalam PR. Dan juga mereka belum nampak kemantapan organisasi terutama di dalam PKR di mana kebanyakannya seperti tidak 'bergerak'.

Tapi bila berada dlm politik, kita tidak boleh 'under estimate' ahli2 kita yang pada pandangan sesetengah pihak tidak berilmu atau bukan di kalangan 'professional'(pada pandangan golongan yg berijazah') kerana mungkin mereka tidak berjaya ke menara gading tapi mereka juga 'professional' dlm kerjaya mereka. Samaada mereka berkerja sebagai welder, penoreh getah, budak pejabat, di situ kemahiran mereka yg mungkin tidak ada pada golongan professional.

Golongan ini kita tidak boleh sisihkan. Kadang2 idea mereka juga agak ke depan atau lebeh bernas dari kita. Semangat mereka kadang kala lebeh kental dan jitu kerana mereka biasa dengan cabaran2 kehidupan berbanding dengan golongan2 professional. Corret me if i'm wrong!

Di sini juga, saya ingin menyampaikan rasa gembira saya dengan bakal kembalinya Sdr Zakaria Abdul Hamid ke Bahagian Temerloh. Semoga dengan kembalinya beliau, maka PKR Temerloh semakin mantap. Salam perjuangan.

ahmadnizamhamid said...

Saya bersetuju dengan pandangan sdr.Parti tidak boleh menjadi elitist tetapi harus mendakap semua segmen masyarakat.Malah pandangan dan idea dari siapa sahaja bukan sahaja perlu didengar malah kewajarannya untuk dihargai dan dilaksanakan.
Saya melihat,insyaAllah Keadilan tidak akan menjadi parti elitist kerana sepertimana yang digariskan oleh DSAI bahawa parti bertunjangkan kepada Ketuanan Rakyat.
Manakala tentang Dr.muda sahabat saya itu,saya kagum dengan kepekaan beliau terhadap lingkungan.Tidak ramai kalangan profesional spt Dr.,peguam,engineer dll yang punya fikrah dan punya keberanian;sebab utama saya kira,mereka sudah berada di zon selesa (comfort zone)walaupun,dari pemerhatian saya terhadap teman-teman peguam,mereka cukup kritikal.
Manakala tentang sahabat saya Sdr.Zakaria,beliau pemimpin hebat dan tentunya keberadaan beliau ke Bahagian Temerloh sangat-sangat dialu-alukan.Spt Sdr,saya turut percaya,beliau mampu memperkasakan parti bukan sahaja di Temerloh tetapi juga di Pahang keseluruhannya.

Jingga Studies said...

saya setuju. sebenarnya ramai rakyat kita on PR side including professionals..tetapi mereka masih sukar utk meninggal comfort zone mereka dan mengambil sikap berapa di tepi garisan sahaja...tetapi trend ini nampaknye semakin berubah..sekarang sudah ada civil servents yg bersuara..arus perubahan sedang berlaku didepan mata tanpa disedari..Ini semua rancangan Tuhan yg Maha Adil!!

Mat Amin said...

Salam semua buat bangsaku Melayu

Sudah tiba masanya untuk kita bertindak
Sudah tiba masanya untuk kita membina jati diri bangsa
Sudah tiba masanya untuk kita membebaskan diri bangsa

Cukup sudah sengsara 300 tahun lebih di bawah payung penjajah
Cukup sudah derita 50 tahun lebih di bawah payung UMNO
yang hanya membela segelintir manusia nafsu serakah

Marilah kita merdekakan bangsa kita
Mari kita merdekakan ekonomi kita
Mari kita merdekakan bahasa dan budaya kita
Biar semua lapisan rakyat kita menghirup nikmat
Kemerdekaan sejati