Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Wednesday, January 28, 2009

Catatan Kecil Tentang Iraq



Memang apa yang terjadi kepada negara Iraq memilukan.Dari sebuah negara merdeka dan berdaulat Iraq kini hilang kebebasannya.Memang ada hujjah mengatakan Iraq sekarang ini lebih baik berbanding era Saddam Hussien.Hujjah ini,jika di lihat di permukaan kelihatan ada kebenarannya;Amerika dan Sekutu kononnya membawa demokrasi sejati yang sekali gus membawa obor kebebasan.

Hakikatnya kehadiran Amerika di bumi Iraq untuk meneruskan agenda neo-colonialism,menjarah hasil petroleum yang dibelakangtabirkan melalui propaganda Kebebasan.Ini juga boleh dilihat dari sudut `Islamic Bashing',yang menjadi agenda tersembunyi Amerika dan sekutunya.

Catatan kecil ini tidak bertujuan untuk memberikan analisis atau justifikasi penjarahan Amerika di Iraq.Manakala yang ingin di ketengahkan adalah dari perspektif historis Iraq itu sendiri.Sepanjang sejarah Iraq,bumi Baghdad ini silih berganti di serang dan di jajah.Sesungguhnya Iraq pernah di kenali sebagai `cradle of civilization' dengan berkembangnya Tamaddun Mesopotamia;siapakah yang tidak terpegun dengan Taman Tergantung Babylon yang gah itu.

Akan tetapi Iraq atau di sebut Parsi pada suatu ketika dahulu menjadi agung dan besar setelah kedatangan Islam di abad ketujuh masihi.Bagi pencinta tawarikh Islam tentu dapat mengingati bagaimana tentera Islam bawah Panglima Khalid ibn al-Walid berjaya menundukkan tentera Parsi yang terkenal sebagai pasukan yang ampuh lagi kuat yang di pimpin Panglimanya yang mashyur dan bengis,Rustam.Tunduknya tentera Parsi yang jauh lebih ramai bilangannya serta dengan persenjataan yang canggih ketika itu memberi ruang kepada penyebaran Islam melalui upaya dakwah dan tarbiyyah selain memperkenal sistem pentadbiran yang adil.Malah peri pentingnya bumi Iraq ini sehinggakan Khalifah Ke-Empat,Saidina Ali bin Abi Talib memindahkan pusat pentadbirannya ke Kufah.Islam di bumi Iraq berkembang pesat dan menjadi katalis kepada pembinaan tamaddun dan peradaban yang tersohor dan pusat ilmu pengetahuan.

Kemakmuran Iraq sebagai pusat peradaban dan ilmu menimbulkan rangsangan kepada musuh-musuh Islam untuk menawan dan menghancurkan.Maka dalam tahun 1257 M,dibawah pimpinan Hulagu Khan,tentera-tentera Monggol telah melanggar dan menawan kota Baghdad.Hulagu Khan seorang panglima yang kejam dan tidak berperikemanusiaan;penjarahan kota Baghdad telah menyebabkan hampir mencecah jutaan nyawa orang Islam terkorban di bunuh dengan kejamnya oleh tentera Monggol.Mungkin agaknya inilah pembersihan etniks (ethnics cleansing) yang pertama dalam sejarah ketamadunan manusia.Bukan sekadar nyawa umat Islam menjadi korban,kerakusan Monggol turut mengorbankan khutub khanah,Bayt al-Hikmah,yang menyimpan jutaan koleksi kitab-kitab serta penulisan di dalam beberapa disiplin ilmu.Dikatakan air Sungai Tigris dan Euphrates menjadi hitam warnanya dek dakwat dari kitab-kitab yang di humbankan kedalam kedua-dua sungai tersebut.

Dalam tahun 1401 M,bumi Iraq sekali lagi di godam oleh Monggol.Kali ini dikepalai oleh Timur Leng (Tamerlane).Timur Leng tidak kurang kejamnya,tragedi pembersihan etniks berulang kembali,umat Islam sekali lagi menjadi mangsa pembunuhan kejam bangsa Monggol.Penting di sebut disini para sejarawan menyebut bahawa bangsa Monggol ini bermula dari Gengis Khan bukanlah bangsa `pembina' kerana tidak ada suatu pun peradaban yang mereka terajui;malah ramai dari kalangan sarjana merumuskan Monggol adalah bangsa pemusnah,setiap kota yang mereka jarah akan di hancurkan!(apakah pembunuhan mendiang Altantuya Sharibuu manifestasi dari sejarah itu sendiri?).

Namun umat Islam tetap bangkit dan apa yang nyata dari kedua-dua episod penjarahan Monggol ini,dari runtuhan kota Baghdad Islam kembali bangkit;kebangkitan ini kemudiannya disetai oleh keturunan Monggol.Monggol sebagai bangsa penjajah di Iraq akhirnya memeluk Islam.Bermula dari kalangan tentera biasa sehingga para panglima dan bangsawan memeluk agama Islam.

Dari bumi Iraq ini Monggol yang telah menjadi muslim meneruskan pula misi penyebaran Islam ke bumi India.Di India,dinasti Mughal lahir yang mencorakkan pemerintahan Islam di sana.Beberapa maharaja dari dinasti Mughal seperti Aurengzeb,Akhbar,Shah Jahan dan lain-lain lagi telah membina peradaban dan tamaddun Islam di India.Daripada binaan hinggalah kepada kemajuan ilmu pengetahuan telah memungkinkan Dinasti Mughal di India menjadi empayar Islam yang kuat sehinggalah di kalahkan oleh Imperialis Barat.

Apakah teladan yang boleh di pelajari?Sepanjang sejarah Iraq,bumi ini silih berganti diserang,di jarah dan di jajah oleh kuasa-kuasa luar.Namun Islam tetap menjadi faktor yang dominan dan tahan di uji.Islam tetap menjadi `a force to be reckon with' tatkala bumi dan warga Iraq di bantai.Dan hari ini,kebimbangan telah timbul di Pentagon dan Washington apabila meningkatnya jumlah tentera Amerika dan Sekutu yang memeluk Islam.Tentera-tentera yang bertugas di Iraq mengenali Islam yang suci dan dalam keadaan mereka ini sebenarnya hidup tanpa pedoman,tiada pengisian rohani dan jasmani,mereka melihat ajaran Islam sebagai yang terbaik,teragung dan dapat memenuhi keperluan jiwa mereka mencari ketenangan.Mereka ini yang diawalnya sceptical dan memusuhi Islam akibat propaganda dan salah faham mula memahami erti sebenar Islam.Tanpa ragu-ragu mereka memilih untuk menjadi seorang muslim.

Soalnya,apakah sejarah akan berulang?Monggol yang zalim akhirnya di jinakkan oleh Islam dan apakah tidak mungkin episod ini berulang kembali ketika mana tentera-tentera Sekutu menerima Islam sebagai addin yang kelak akan menjadi katalis kebangkitan Islam sepenuhnya.Waktu dan ketika yang mampu menjawabnya.wallahua`allam.








Ahead of Iraq Deployment, 37 Korean Troops Revert to Islam

I became a Muslim because I felt Islam was more humanistic and peaceful than other religions.And if you can religiously connect with the locals, I think it could be a big help in carrying out our peace reconstruction mission." So said on Friday those Korean soldiers who converted to Islam ahead of their late July deployment to the Kurdish city of Irbil in northern Iraq. At noon Friday, 37 members of the Iraq-bound "Zaitun Unit," including Lieutenant Son Hyeon-ju of the Special Forces 11th Brigade, made their way to a mosque in Hannam-dong, Seoul and held a conversion ceremony.
The soldiers, who cleansed their entire bodies in accordance with Islamic tradition, made their conversion during the Friday group prayers at the mosque, with the assistance of the "imam," or prayer leader. With the exception of the imam, all the Muslims and the Korean soldiers stood in a straight line to symbolize how all are equal before God and took a profession on faith. They had memorized the Arabic confession, " Ashadu an La ilaha il Allah, Muhammad-ur-Rasool-Allah," which means, "I testify that there is no god but God (Arabic: Allah), and Muhammad is the Messenger of God."
Moreover, as the faithful face the "Kaaba," the Islamic holy place in Mecca, Saudi Arabia, all Muslims confirm that they are brothers. For those Korean soldiers who entered the Islamic faith, recent chances provided by the Zaitun Unit to come into contact with Islam proved decisive. Taking into consideration the fact that most of the inhabitants of Irbil are Muslims, the unit sent its unreligious members to the Hannam-dong mosque so that they could come to understand Islam. Some of those who participated in the program were entranced by Islam and decided to convert. A unit official said the soldiers were inspired by how important religious homogeneity was considered in the Muslim World; if you share religion, you are treated not as a foreigner, but as a local, and Muslims do not attack Muslim women even in war.


Zaitun Unit Corporal Paek Seong-uk (22) of the Army's 11th Division said, "I majored in Arabic in college and upon coming across the Quran, I had much interest in Islam, and I made up my mind to become a Muslim during this religious experience period [provided by the Zaitun Unit]." He expressed his aspirations. "If we are sent to Iraq, I want to participate in religious ceremonies with the locals so that they can feel brotherly love and convince them that the Korean troops are not an army of occupation but a force deployed to provide humanitarian support."




1 comment:

afna said...

good one bro..keep it up.