Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Saturday, January 31, 2009

Berita Dari SIASAH.


Aktivis PAS dituduh maki polis menang kes di mahkamah


Akhirnya kes yang berlanjutan selama lima tahun selesai apabila Majistret Ida Rahayu Sharif, pagi ini (22 Januari) telah melepas dan membebaskan aktivis PAS Amiruslan Manaf setelah didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Majistret Temerloh atas tuduhan memaki hamun polis dalam satu program ceramah PAS lima tahun lalu.


Menurut peguam beliau, Ahmad Nizam Hamid, tuduhan yang dikenakan kepada Amiruslan ialah pada 18 Februari 2004, kira-kira jam 8.45 malam, bertempat di Jalan Kampung Berkat di hadapan Sekolah Menengah maran, beliau dituduh menggunakan bahasa atau perkataan yang kurang sopan, aib dan menghinakan kepada Chief Inspektor Kamarudin bin Mat Repah, pegawai kanan PDRM iaitu perkataan “babi polis”.


Perbicaraan dilakukan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalan Kecil 1955 (Akta 336) di mana jika didapati bersalah, akan didenda tidak melebihi RM100.
Sementara itu, Amiruslan ketika ditemui dalam keadaan gembira melahirkan syukur yang tidak terhingga kerana kes yang panjang ini sudahpun berakhir.


“Saya bukanlah suka sangat dengan perbicaraan kes di mahkamah, tapi yang membuatkan saya tak puas hati dan lawan kes ini ialah kerana kesalahan kecil ini saya telah digari dan dilokapkan semalaman. Saya menuntut kebenaran ke atas diri saya,” jelasnya.


Tuduhan dan perbicaraan tersebut ekoran satu ceramah di Maran menjelang pilihan raya umum 2004 yang melibatkan Hj Mohd Sabu dan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
Perbicaraan bermula pada 2005.

1 comment:

afna said...

Tahniah saudara. Lepas ni kes Ustaz Ramlang lah pulak...