Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Wednesday, December 23, 2009

Amanat Dari Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

Isu Qazaf: Sheikh Yusuf Al-Qaradawi bela Anwar


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.
Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.
Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009

Intermission:Secangkir Kopi Luwak,Royalti Minyak Dan Husam Musa

Kembali dari ziarah ke Kampung Perdamaian Chulaborn Patana 12,kami menuju ke Kota Bahru.Sdr.AmirRuslan memberitahu saya bahawa YB Dato Husam Musa.Exco Kerajaan Negeri Kelantan mengajak makan tengahari bersama beliau.Kami diminta untuk terus ke Salor,ke sebuah rumah makan selepas jambatan Salor sebelah kiri jalan menghala ke KB.


Rumah makan tersebut memang hebat.Penuh dengan pelanggan yang bersesak sehingga terpaksa menunggu meja kosong.Menjenguk kaunter lauk-pauk,berjenis-jenis juadah tersaji (tidak sempat ambil gambar kerana pelanggan yang memilih lauk-pauk ramai);patutlah penuh dengan pelanggan lauk-pauknya pelbagai,bisik hati kecil saya.



Sambil menikmati makan tengahari yang enak,sesudah 'overdosed' tomyam,dengan air tuak yang menyegarkan kami bersembang,tentunya,seputar politik tanahair dan perjuangan beliau bagi menuntut royalti minyak diberikan kepada Negeri Kelantan.

(Foto) Makan tengahari di Salor.Kelihatan Sdr.AmirRuslan sedang bercanda dengan Dato Husam Musa





Saya sempat juga menceritakan tentang pengalaman di Kampung Perdamaian kepada beliau.Husam tertarik dengan cerita kami dan tentunya ada pengalaman yang boleh diteladani khususnya semangat juang yang kental.

Sesudah menyantap hidangan tengahari,Husam menjemput kami singgah ke rumahnya,lebihkurang 15 minit perjalanan dari Rumah Makan.Rumah Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berupa banglo sederhana di kawasan kampung yang di payungi pohon buah-buahan.



Di rumah beliau kami disuguh dengan kopi luwak yang panas dan harum.Sambil menghirup kopi luwak panas dengan santai,saya mengambil kesempatan bertanya tentang isu royalti minyak yang beliau perjuangkan.









(Foto) Dirumah YB Husam Musa,sedang tekun mendengar penjelasan isu royalti minyak.






Ternyata Husam begitu passionate memperjuangkan hak rakyat Kelantan ke atas royalti minyak.Husam menyentuh tentang Perjanjian Negeri-negeri dengan Petronas dalam tahun 1974,kajian yang telah dijalankan oleh beliau dan team-nya,sikap pemimpin UMNO dari Kelantan sendiri dan peranan Najib selaku PM.


Menurut beliau lagi Kelantan berhak kepada bebarapa billion ringgit dari royalti hasil petroleum yang dijarah oleh Petronas (baca:UMNO/BN) selama ini.Kawasan perairan dan pelantar benua sepanjang Pantai Timur Semenanjung,menurut Husam sememangnya kaya dengan hasil petroleum terutamanya gas.Kawasan atau pelantar benua ini dikalangan 'Orang Minyak' dikenali sebagai The Malay Basin.


Husam nampak begitu optimis bahawa Kerajaan Persekutuan akhirnya akan bersetuju untuk membayar royalti petroleum kepada rakyat Kelantan kerana tidak ada sebab untuk menafikan hak Kelantan.Rakyat Kelantan tidak akan menerima apa yang disebut sebagai Wang Ehsan.

"Nothing less than royalty,"demikian tegas Husam.


Husam turut menarik perhatian saya bahawa Pahang juga berhak keatas royalti minyak.Sambil menyatakan persetujuannya dengan ucapan YB Dato Abdul Rahman Mohamad,ADUN Padang Tengku Lips sewaktu persidangan DUN Negeri Pahang baru-baru ini yang meminta Kerajaan Persekutuan/Petronas membayar kepada Kerajaan Pahang wang royalti petroleum.Menurut Husam,gesaan tersebut ada asas yang kuat dan Petronas sebenarnya wajib membayar royalti kepada Pahang.


Husam memberitahu,berdasarkan kajian mendalam yang dibuat oleh beliau,terdapat tiga telaga minyak yang sedang beroperasi samada berada didalam sempadan Pahang mahupun sebahagian daripada telaga atau pelantar tersebut berada ditengah-tengah sempadan Pahang-Trengganu.Malah terdapat kemungkinan besar pelantar-pelantar minyak yang berada di luar sempadan Pahang menyedut minyak dari bawah tanah kepunyaan Pahang.Ada undang-undang dan peraturan tentang hasil petroleum didalam keadaan sedemikian.(Saya teringat antara penyebab Perang antara Iraq-Iran di tahun 1980-an dan penaklukan Iraq keatas Kuwait ialah kerana pertikaian minyak Iraq disedut dengan cara haram melalui bawah tanah).




Masalahnya,menurut Husam lagi,Petronas membuat persempadanan dengan semberono,tanpa mengikut kaedah yang sepatutnya.Mungkin Petronas hanya menggunakan 'pencil and ruler' semata-mata untuk melakar peta sempadan bagi telaga minyak mahupun kawasan ekplorasi.Ini menyebabkan hak rakyat dinafikan.


(Foto) Saya tekun dan teruja mendengar penjelasan YB Dato Husam Musa sambil mencatatkannya kedalam BlackBerry






Tiga pelantar minyak Petronas yang samaada beroperasi di dalam sempadan Pahang ataupun berada di tengah-tengah sempadan Trengganu-Pahang ialah Sotong,Malong dan Andong.Royalti bagi ketiga-tiga telaga minyak ini dibayar kepada negeri Trengganu sejak sekian lama.


Berdasarkan kepada penjelasan Dato Husam Musa tersebut,saya berpandangan bahawa Petronas bertanggungjawab membayar royalti petroleum kepada Negeri Pahang bukan sahaja yang terkini tetapi juga 'back dated'.Petronas perlu mengambil pendekatan professional dan telus didalam isu ini;apa yang menjadi hak kepada mana-mana Negeri maka hak tersebut perlu diberikan.Perjanjian 1974 wajib di patuhi sepenuhnya dan bukan sekadar berlindung dibawah perkara teknikal dan remeh seperti sempadan dan seumpamanya.
Didalam hal ini,saya bersetuju dan menyokong sepenuhnya gesaan dan tuntutan YB Dato Abdul Rahman tempohari agar Petronas/Kerajaan Persekutuan membayar royalti kepada Negeri Pahang dan juga Kelantan tentunya.Petronas perlu berani untuk keluar dari tanggapan bahawa mereka mengikut telunjuk UMNO semata-mata.
Dapat difahami UMNO begitu berat untuk membayar royalti kepada Kerajaan Kelantan diatas pertimbangan politik kepartian yang sempit.Dengan penghasilan yang tidak bergantung kepada petroleum Kerajaan Kelantan diterajui PAS berjaya membangunkan Negeri Kelantan berbanding dengan dengan negeri-negeri waima yang dibawah UMNO/BN.Tidak ada projek mega yang membazirkan wang rakyat mahupun ketirisan didalam mengendalikan khazanah negeri.
Kerana itulah UMNO takut;bayangkan jika wang royalti petroleum diperolehi oleh Kerajaan Kelantan,tentunya pembangunan-yang berbentuk fizikal mahupun kerohanian-akan menjadi lebih rancak,pesat dan lebih membangun.Malah saya percaya dengan fikrah pimpinan Kerajaan Kelantan,akan tiada pembaziran serta benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat ramai.Ini antara sebab UMNO enggan memberikan royalti minyak kepada Kelantan;takut negeri Kelantan akan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain (baca:pengundi) yang melihat walaupun tidak di perintah oleh UMNO/BN tetapi pembangunan lebih pesat.
Selain dari itu,pemikiran feudal dan terkebelakang pemimpin UMNO turut menjadi sebab utama.UMNO ingin sentiasa dilihat sebagai Tuan Besar kepada rakyat,ingin di lihat sebagai Santa Claus,mana-mana yang disukai maka akan diberikan manfaat manakala yang sebaliknya tidak akan dilayan.Kepada UMNO keterbergantungan ini bermakna rakyat akan sentiasa terikat dengan mereka dan (kononnya) akan berterusan menyokong mereka.Itu mitos yang sentiasa dipahat didalam minda rakyat khususnya orang Melayu-hanya UMNO yang pandai memerintah,hanya UMNO sahaja yang paling baik,hanya UMNO yang memperjuangkan agama,bangsa dan negara dan tanpa UMNO negara akan hancur-akan tetapi mitos ini tentunya hari ini sudah berkecai.Namun UMNO masih lagi dengan sindrom-penafian (denial-syndrome) mereka.
Kecenderungan UMNO untuk menganggap harta rakyat dan khazanah negara serta sumber asli sebagai harta sendiri,sebagai harta peribadi,seolah-olah harta makbapak mereka yang boleh difaraidh sesuka hati.Kerana itulah mereka tanpa segan silu mencipta 1001 alasan yang tidak masuk akal untuk menafikan hak rakyat Kelantan (sebelum ini Trengganu) dari menikmati apa yang sesungguhnya menjadi hak mereka.
Maka itu seperti yang dilakukan oleh Pimpinan Negeri Kelantan,Menteri Besar,exco dan kesemua ADUN Pahang samaada dari BN mahupun PR perlu bergerak seiring menuntut agar royalti petroleum dibayar kepada Negeri Pahang.Cuma saya sedikit musykil,apakah Adnan Yaacob dan anak buahnya punya keberanian dan kepedulian seperti rakan sejawat mereka di Kelantan untuk memperjuangkan isu ini?
Sementalahan pula Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab secara langsung terhadap Petronas orang Pahang;seharusnya pembayaran royalti ini dapat di permudahkan!Itupun jika Najib ikhlas,telus dan prihatin yang,malangnya, saya gagal melihat ada ciri-ciri ini didalam diri Najib!
Pilihan yang paling tepat ialah untuk rakyat Pahang memperjuangkannya.Suatu task force yang melangkaui politik kepartian dengan diturutsertakan oleh NGO perlu segera di tubuhkan.Segala data,kajian dan masukan-masukan yang tuntas perlu diberikan perhatian untuk mendesak dan menuntut royalti petroleum diberikan kepada Pahang (dan tentunya Negeri Kelantan juga).Dalam hal ini,pada hemat saya YB Dato Abdul Rahman boleh mengepalai task force ini.Parti Keadilan Rakyat dan saya percaya PAS juga bersedia memberikan kerjasama kepada beliau.
Dan seperti yang dikatakan oleh Husam Musa,Kelantan insyaAllah boleh menjadi pengeluar gas asli terbesar di Asia Tenggara sekiranya Kerajaan Persekutuan benar-benar ikhlas menjunjung prinsip Federalisme serta menghormati hak rakyat Kelantan di bawah Perjanjian 1974.
Ketika itu,tentunya saya akan lebih menikmati keenakkan kopi luwak yang berperisa itu.

Tuesday, December 22, 2009

TravelLog:Catatan Ringkas Ziarah Ke Kampung Perdamaian Chulaborn Patana 12 Di Sukhirin Thailand.

Apabila Sdr AmirRuslan mengajak saya untuk ikut serta kembara ke Selatan Thailand bagi menziarahi Kg.Perdamaian disana,tanpa bertangguh saya menyatakan persetujuan saya.Sebenarnya sudah lama saya merancang untuk kesana,cuti sekolah bulan Mac sepatutnya saya ke sana tetapi oleh kerana orang tua uzur,maka terpaksa di tangguhkan.Manakala bulan Jun,pihak penanggungjawab terpaksa meminta saya membuat jadual semula memandangkan terlalu ramai rombongan kesana.



Memang saya berkeinginan besar ke sana,mungkin darah Pahang/Temerloh yang mengalir disegenap urat nadi saya menggamit untuk melihat sendiri dengan mata dan mata batin 'para pengganas komunis' ini seperti laungan perang saraf sejak lebih 50 tahun (dan masih berterusan).Juga tentunya sebagai peminat sejarah saya perlu membuat sedikit 'research' sekurang-kurangnya untuk manfaat diri sendiri dan jika boleh,meluruskan persepsi sejarah yang songsang dek kerana propaganda setengah abad.


Dan rombongan kami turut disertai oleh Sdr.Mat Sabu,pemimpin dan pejuang PAS yang saya kira,begitu progresif.



Berikut adalah catatan ringkas perjalanan kami.Cerita dan catatan terperinci akan disiarkan kemudian:




13.12.2009




Menjelang jam 9 pagi kami sudah berkumpul di rumah tol Paya Keladan Temerloh.Dari 5 buah kenderaan 4x4 hanya 3 buah sahaja yang jadi pergi.Saya mengingatkan teman-teman agar membuat pemeriksaan terakhir semua dokumen berkaitan-passport dan juga dokumen kenderaan.



Dari Temerloh kami bergerak ke Kuala Lumpur untuk mengambil Abang Mat dan Sdr Ali Maideen di Pejabat Agung PAS.Abang Mat menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.



Selesai solat zuhur di Masjid Kg.Baru kami bertolak ke Bentong kira-kira jam 2.30 petang.Dari Bentong kenderaan meluru hala ke Kuala Lipis untuk mengambil laluan Merapoh-Gua Musang ke Kota Bahru.



Kami sampai di Kota Bharu sekitar jam 10 malam dan bermalam di Sutera Inn Hotel KB.







14.12.2009


Selesai sarapan pagi kami meneruskan perjalanan ke sempadan melalui pekan Rantau Panjang.Segala urusan insurans kenderaan ke Thailand diselesaikan terlebih dahulu.



Urusan dengan pihak imigresen Malaysia dan Thailand berjalan lancar.Kami diarahkan untuk menyediakan dokumen kenderaan di booth kastam Thai dan disini masalah timbul.Kesemua dokumen lain lengkap tetapi pihak kastam meminta salinan pendaftaran perniagaan bagi kenderaan syarikat.Malangnya dokumen tersebut tidak dibawa sekali.






Akibatnya kenderaan terpaksa ditinggalkan di Pekan Golok dan dengan bantuan Pak Yaakob sebuah bas (van) pelancong di sewa dengan harga 1500 baht.





(Foto)Bersama orang kanan Abdullah CD,Pak Yaakob yang menanti kami di Pekan Golok.











Perjalanan dari Pekan Golok ke Kampung Perdamaian memakan masa lebihkurang 2 jam.Sepanjang perjalanan terdapat berbelas check point tentera Thailand;kubu karung pasir dibina di lokasi tertentu dan kelihatan senjata berat berupa machine gun diletakkan bersekali.Malah Pekan Golok turut dipenuhi askar bersenjata lengkap meronda setiap lorong.



Kami makan tengahari di sebuah warung selepas pekan Sukhirin,perjalanan diteruskan memasuki jalan kampung.Jalan ke Kampung Perdamaian bertar tetapi tidak sudah banyak yang rosak dan jika hujan lebat hanya kenderaan 4X4 sahaja yang boleh melaluinya.















(Foto)Jalan menuju ke Kampung.Kehijauan dan udara segar begitu membuaikan.







Kami sampai ke destinasi kira-kira jam 3 petang waktu Malaysia dan di tunjukkan Rumah Tetamu yang menjadi tempat 'landing'.Saya terus menuju ke Masjid berhampiran yang dimana kelihatan 2-3 orang sedang bersembang.














(Foto) Comrade-at-arm,Pak Hassan dan Pak Awang.Mereka anak Semantan yang mempertaruhkan jiwa demi kepercayaan terhadap perjuangan.




Kami bersalaman dan daripada ulas butir percakapan yang keluar dari mulut,terus saya mengesani kedua Bapa ini orang Temerloh.Telahan saya ternyata tepat.Kedua mereka-Pak Hassan Hj Salleh dan Pak Awang Yaakob,masing-masing berasal dari Kampung Sungai Buluh Mentakab dan Kampung Tualang Temerloh-ternyata sangat gembira dengan kedatangan kami.
















(Foto) Resepsi minum petang di rumah Abdullah CD meraikan kami.Saya menerima naskah buku tulisan beliau.



Kemudiannya kami diraikan oleh Pak Abdullah CD dan keluarga beliau di rumahnya.Sambil menikmati minum petang,sempat mendengar cerita dan nasihat daripada Pengerusi Partai Komunis Malaya disamping tentunya,mengambil kesempatan berfoto dengan beliau dan Ibu Suriani.Pak Abdullah CD nampak ceria menyambut kedatangan kami;tentunya Sdr Mat Sabu diberikan tumpuan berikutan kenyataan beliau bahawa patut berterimakasih kepada Chin Peng dan rakan-rakan/PKM kerana berjaya membunuh Henry Gurney.










(F0to) Pak Abdullah CD,Sdr.Mat Sabu dan Abang Aziz Kuantan





Pak Abdullah CD nampak masih sihat dan 'alert',cuma angkara terkena racun yang menyebabkan beliau agak sukar untuk melontarkan buah fikirannya.Manakala Ibu Suriani kelihatan fragile dan uzur.Seorang teman dari Temerloh membisikkan kepada saya tanggapan didalam mindanya Abdullah CD seorang yang nampak cengel (bengis) dan kasar,maklumlah menjadi ketua kepada 'Pengganas Komunis',tetapi apabila berjumpa ternyata beliau seorang yang lemah lembut tutur bahasanya dan 'very friendly',tidak sebagaimana didalam imaginasi teman ini.Saya ketawa besar.




(Foto)Pasangan revolusioner,Ibu Suriani dan Pak Abdullah CD

Kami dihadiahkan dengan buku-buku tulisan Pak Abdullah CD dan bagi pihak rombongan,Sdr Mat Sabu pula menghadiahkan beberapa naskah tafsir al-Quran.



(Foto)Rombongan dari Temerloh berfoto kenang-kenangan bersama Ibu Suriani dan Pak Abdullah CD.










Sempat juga berbual panjang dengan Pak Hassan dan Pak Awang (entri berikutnya akan dipaparkan) sebelum kami ziarah ke perkuburan kampung.Sememangnya menjadi agenda saya sejak dari mula untuk ziarah pusara Pak Kamaruzaman Teh yang disemadikan disana.



(Foto) Sedekah al-Fatihah di Pusara Kamaruzaman Teh dan buat mereka yang telah mendahului kita di Tanah Perkuburan Kg.Perdamaian.Ketika itu hujan rintik-rintik membasahi bumi yang menimbulkan kesyahduan tersendiri.


Sekembali dari perkuburan saya mengajak Pak Hassan menemani saya untuk berjalan berkeliling kampung sambil berta'aruf dengan penduduk.Saya diajak kerumah Mak We Mariam @ Atom (Siti Mariam binti Idris),berasal dari Lubuk Kawah,Temerloh,kakak sepupu kepada Tuan Haji Suhaimi Said,Pengerusi Cabang KEADILAN Kuala Krau dan pejuang rakyat tersohor.









(Foto) Perempuan Revolusioner Sejati,Siti Mariam Idris @ Atom.Puteri Sungai Pahang yang bersemangat waja











Sambutan yang diberikan sungguh mengharukan.Mak We atau Wan Mariam memeluk saya apabila diketahui saya dari Temerloh dan rapat dengan Haji Suhaimi Said.Kami berbual panjang dan kemudian sama-sama menapak menuju ke tempat makan malam.


(Foto) Menikmati juadah makan malam bersama Pak Abdullah CD.Udara pergunungan yang segar benar-benar membuka selera kami


Makan malam diraikan oleh Pak Abdullah CD sendiri dengan hidangan yang cukup menyelerakan.Mungkin udara pergunungan yang segar dan dingin membangkitkan selera masing-masing makan dengan lahapnya.













(Foto) Sebahagian dari artifaks yang di pamerkan di Muzium,senjatapi iaitu bren-gun yang dirampas semasa pertempuran di Jalan Chenor Lama,senapang dan meriam katak buatan sendiri.Juga dipamerkan beberapa penerbitan Parti seperti pamflet (foto kanan)



Sempat juga berkunjung ke Muzium Sejarah Rejimen Ke-10 sesudah makan malam dan selepas itu diikuti dengan tayangan video sejarah jatuh bangun perjuangan Rejimen Ke-10 sehinggalah Perjanjian Damai di meterai.



(Foto) Pak Awang B.Ismail @ Shukor,anak kelahiran Kampung Berhala Gantang sedang menceritakan sejarah perjuangan beliau dan teman-teman yang bermula dari API.Beliau menjadi ketua kompeni Rejimen Ke-10 sehinggalah Perjanjian Damai dimeterai.Abang Mat Sabu khusyuk mendengar pengkisahan beliau.






Sementara teman-teman lain berbual dan mendengar pengkisahan dari bekas anggota Rejimen Ke-10,saya dan Sdr Mat Sabu pula mendapat peluang untuk 'private audience' dengan Pak Abdullah CD di rumah beliau.Kami mendengar penjelasan dan pandangan beliau disamping berkesempatan bertukar-tukar fikiran diatas beberapa isu mutakhir serta pengalaman silam beliau.




(Foto) Pak Abdullah CD sedang berwejang.Saya dan Mat Sabu berkesempatan bertukarfikiran dengan beliau.Selain membicarakan sejarah silam,beliau rupa-rupanya tetap mengikuti perkembangan politik tanahair.Saya mengesani hormat besar beliau kepada Almarhum Dr.Burhanudin al-Helmy.Pengamatan beliau masih tajam.










Saya bertanya kepada Pak Abdullah CD,sekiranya Setiausaha Agung PKM,Lai Teck tidak khianat selepas Jepun kalah dan kemerdekaan di istiharkan (perancangannya bersekali dengan Indonesia),siapakah yang akan menjadi Kepala Negara (Perdana Menteri) ketika itu?Jawaban yang di berikan ialah samaada Ibrahim Hj Yakob ataupun Dr.Burhanudin al-Helmy yang akan menjadi pemimpin negara (entri berikutnya akan dicatatkan tentang perbualan kami dengan Pak Abdullah CD).


Hampir jam 1 dinihari waktu Malaysia,barulah kami berpamitan dari rumah Pak Abdullah CD.Kembali ke Rumah Tetamu,teman-teman lain sudah diulit mimpi dan bunyi dengkuran masing-masing begitu gegak gempita bersahut-sahutan.Secara bergurau saya memberitahu Abang Mat Sabu,tidak ada seorang pun dari kalangan ahli rombongan boleh menjadi pejuang gerila kerana dengan bunyi dengkuran yang bermacam ragam,tentu mudah di kesan musuh.Kami ketawa besar.



(Foto) Wan Mariam @ Atom berpotret bersama 'cucu' barunya,Didie @ Natrah.













(Foto) Tiga sahabat seperjuangan.Ketiga-tiga mereka berasal dari Temerloh.Pak Awang Idris terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak setelah terkena sakit lumpuh namun semangat juang di dadanya tetap membara.Kelihatan juga Pak Hassan Hj Salleh dan sahabat mereka yang saya terlupa namanya.










15.12.2009




Seusai solat subuh berjemaah saya menahan diri dari berguling diatas katil.Pagi yang dingin dengan udara pergunungan yang segar,kicau burung serta deru air sungai yang mengalir bagai menggamit saya untuk tidak kembali tidur.Saya ingin menikmati alam yang indah ini serta ingin menyelami kehidupan para pejuang di kampung yang permai ini.







(Foto) Kak Yatie,isteri Sdr AmirRuslan sedang menikmati sarapan pagi bersama Wan Siti Mariam







Sarapan pagi menyelerakan.Saya makan nasi kerabu bersama teman-teman dan Pak Hassan.Wan Mariam turut serta setelah beliau beriadah dengan berjalan 1000 langkah setiap pagi.Pak Abdullah CD turut mempunyai rutin yang sama,iaitu morning walk,sekeliling kampung sambil mengambil kesempatan bertanyakan khabar anak buahnya.Walaupun sudah menggunakan tongkat namun langkah beliau masih tegap.

(Foto) Morning walk.Sudah menjadi rutin Abdullah CD dan Ibu Suriani untuk berjalan kaki,riadhah setiap pagi disekeliling kampung.


Selesai sarapan saya mengajak teman-teman untuk mengziarah rumah Ibu Norkiah Mahmood Baginda,balu kepada Allahyarham Abu Samah Mohd Kasim,putera Lancang.Ibu Norkiah nampak lemah dan 'fragile'.Menurut beliau kesihatannya merudum setelah suami tercinta,Abu Samah (orang Lancang memanggil dengan gelaran Pak Lang Samah),meninggal dunia.Ibu Norkiah juga sedang menjalani rawatan mata di Kuala Lumpur.






(Foto) Ibu Norkiah Mahmood Baginda,balu kepada Allahyarham Pak Lang Abu Samah





















(Foto) Perempuan Revolusioner Sejati








Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal/pamitan daripada Pak Abdullah CD sekeluarga sebelum kami berlepas pulang.







(Foto) Saya berpamitan dengan Ibu Suriani dan Pak Abdullah CD.












Perjalanan dari Temerloh ke Kampung Perdamaian mengambil masa kuranglebih 9-10 jam sahaja;manakala Long March Rejimen Ke-10 dalam tahun 1953 dari basis Temerloh ke Thailand mengambil jangkawaktu Satu Tahun Empat Bulan lamanya.
Bagi pihak teman-teman dari Temerloh kami menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Pak Yaakob dan rakan-rakan beliau yang melayan kami dengan mesra malah seperti keluarga sendiri.InsyaAllah kami akan bertandang lagi.
Post scriptum:
Saya menerima banyak sms,panggilan,emel dan komen dari teman-teman,kebanyakkannya bertanyakan saya bila lagi akan dianjurkan xpdc ziarah sebegini.Saya menjelaskan bahawa memang ada hajat dan perancangan untuk kembali sekali lagi ke Kampung Perdamaian ini pada tahun hadapan.Tarikhnya akan ditentukan kemudian.
Saya turut mengesani kecenderungan teman-teman anak muda yang begitu ghairah bertanyakan saya tentang xpdc dan sejarah perjuangan Rejimen Ke-10 TRM ketimbang sejarah perjuangan kemerdekaan dan nasionalisme Melayu.Sementara saya mengakui bahawa saya bukanlah orang yang berautoriti untuk menjelaskan namun berdasarkan pembacaan,pengamatan dan pandangan saya maka saya berwejang juga.
Trend ini kepada saya cukup membanggakan dan konstruktif sekali.Kelihatannya mereka-anak-anak muda- tidak lagi cenderung untuk menerima sejarah dan tafsirannya seadanya seperti tercatat di dalam buku teks sekolah dan seperti yang dipaksakan oleh UMNO.Apabila anak muda mula membuka mata dan minda untuk menyerap,menilai dan memahami,saya cukup yakin mitos dan propaganda UMNO/BN sejak sekian lama tidak lagi berkesan.Anak-anak muda tentunya perlu berfikiran kritis dan punya keberanian merungkai kepalsuan.
Apabila saya bercerita (dan bagi yang membaca blog ini) tentang masjid,ramai yang terkejut!Dakyah songsang UMNO selama ini melakarkan anggota Rejimen Ke-10 sebagai atheist dan pembenci agama telah berkecai.Dari sudut ini ada kepuasan di jiwa saya kerana sekurang-kurangnya saya berjaya membuka mata khalayak dan sekali gus membetulkan persepsi.
Manakala teman-teman yang menganjurkan untuk di buat kutipan dana bagi menyumbang membaiki masjid tersebut,saya begitu menghargainya dan akan berbincang dengan teman-teman di Kampung Perdamaian.Pada asasnya Sdr Mat Sabu telah bersetuju untuk kita memikirkan mencari dana sebagai sumbangan menyiapkan masjid.Kepada mereka yang ingin menyumbang terus,saya sarankan untuk berhubung dengan pengendali blog KINI DAN SILAM (http://matamin02.blogspot.com/) bagi menguruskannya.
Dan kepada mereka yang leceh mindanya,maaf komen-komen anda tidak akan saya siarkan.Saya bersedia untuk berhujjah dengan anda atau sesiapa sahaja berkaitan Rejimen Ke-10 atau tentang gerakan kemerdekaan Tanahair secara berhemah dan bijaksana.Menggunakan bahasa-bahasa kesat dan biadap,saya tidak dapat berkompromi.Hakikat yang perlu kita sedari bahawa para anggota/pejuang Rejimen Ke-10 adalah sebahagian dari mata rantai sejarah yang tidak boleh di nafikan peranan dan sumbangan mereka.




*Sebahagian daripada foto yang dipaparkan adalah dengan ihsan Sdr.Fadzil Baharum,AJK Dewan Pemuda PAS Kedah yang turut sama menyertai rombongan.Terima kasih kepada beliau.Juga frasa Perempuan Revolusioner Sejati saya 'pinjam' dari senikata lagu Sdr.Meor dari album Dari Rakyat Untuk Rakyat.Frasa tersebut ditujukan oleh Sdr.Meor bagi menggambarkan kekagumannya kepada Allahyarham Shamsiah Fakeh.





























.

Monday, December 21, 2009

TravelLog:Laungan Azan Dikampung Komunis





Sesampai kami ke Kampung Perdamaian Sukhirin Chulaborn Patana 12,penempatan bekas anggota Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya,perkara pertama yang menambat mata saya ialah sebuah bangunan yang begitu sederhana berkubah kuning.Dihadapan bangunan berkubah kuning itu kelihatan 3-4 orang lelaki sedang duduk berehat dan berbual.





Ya,setelah melalui jalan bertar dari muka kampung menuju ke rumah tetamu,kita akan bertemu dengan bangunan Masjid Kampung Perdamaian yang terletak berhampiran Rumah Tetamu dan saya kira lebihkurang 200 meter daripada rumah Abdullah CD.Bangunan Masjid ini begitu sederhana malah,belum siap sepenuhnya terletak di tebing anak sungai yakni di bahagian belakang masjid tersebut.Masjid di tebing kali dan sungai yang mengalir deras serta jernih dan dingin serta deruan air yang mengalir itu tentunya mencipta suatu pemandangan yang bertaut dan tentunya menjadi begitu kontras dengan propaganda songsang lagi jelek terhadap para pejuang Rejimen Ke-10.









(Foto)Rumah Tetamu yang selesa dan bersih

Sejak sekian lama konotasi yang diberikan kepada Rejimen Ke-10 ialah mereka orang Komunis yang tidak percayakan Tuhan dan tidak beragama.Propaganda songsang dan jelek ini dilabelkan terhadap mereka bertujuan untuk mengdiskredits kreadibiliti dan sekali gus guna untuk mengolah persetujuan bahawa mereka ini sememangnya golongan yang memusuhi agama.





Memang benar Karl Marx menyebut agama adalah candu yang mengkhayalkan rakyat.Hipotesis Marx ini seharusnya tidak dibaca atau di interpretasikan secara harfiah semata-mata tetapi perlu dilihat dari keseluruhan suasana yang membentuk pandangan Marx pada ketika itu vis-a-vis realiti hari ini.Jika saya boleh membawa pandangan Almarhum Pramoedya Ananta Toer,yang mengkritik golongan agama yang disifatkannya lebih berpihak kepada mereka yang kaya dan menindas sedangkan golongan yang miskin dan terpinggir sekadar dianjurkan untuk mengucapkan syukur diatas nikmat yang dianugerahi dan berserah semata-semata kerana demikianlah ketentuan dari Tuhan.Rakyat jembel atau 'wong cilik',menurut Pramoedya,sekadar saban waktu diminta bersyukur sedangkan mereka yang kaya berterusan menindas dan memperlakukan rakyat yang terpinggir itu.





Kritikan Pramoedya mahupun Marx,kepada saya harus dilihat dari sisi sedemikian.Memang Marx melihat letusan Revolusi Industri di Britain menyebabkan ujudnya jurang kelas antara masyarakat yang luas-antara peasants dan landlord,antara serfs dan lords/barons,antara buruh yang tertindas dan kaum pemodal yang mengekploitasi dan menjadi lintah darat menghisap keringat-yang oleh pengarang tersohor,Charles Dickens menggambarkan suasana tersebut didalam karyanya yang terkenal,Oliver Twist.Ketika itu gereja dilihat memihak kepada golongan bangsawan dan kapitalis.Dan hari ini apakah situasi seumpama ini tidak berlaku lagi?















(Foto) Dihadapan pintu Masjid.Kelihatan Pak Hasan Hj Salleh dan Pak Awang Yaakob,kedua-duanya berasal dari Temerloh.









Berbalik kepada Masjid di Kampung Perdamaian,azan dilaungkan 5 kali sehari,menyeru umatnya untuk mengerjakan solat.Penduduk kampung-para Komunis yang kononnya tidak beragama dan tidak percayakan Tuhan-berbondong menuju ke Masjid ini.Semua ini jelas membuktikan betapa tidak benarnya propaganda songsang pemerintah selama ini (seorang teman yang turut serta ziarah kesana menyebut,tidak perlu untuk menjadi komunis untuk tidak percayakan Tuhan!).




Daripada maklumbalas yang saya terima,Masjid ini dijadikan prioriti pembinaannya setelah Perjanjian Damai 1989 di meterai.Abdullah CD dan Ibrahim Chik antara yang mengambil inisiatif mengusahakan pembinaan masjid tersebut termasuk mendapatkan kelulusan dari pihak Jabatan Agama setempat.Dari cerita yang saya perolehi Ibrahim Chik menjadi Tok Khatib pertama setelah Perjanjian Damai sebelum beliau mengambil keputusan kembali ke Temerloh.







(Foto)Keadaan lantai dewan solat yang masih belum siap














Rata-rata bekas anggota Rejimen Ke-10 TRM,yang saya sempat jumpa,khususnya mereka yang berasal dari Temerloh,mendapat pendidikan agama yang mendalam.Mereka ini merupakan bekas pelajar pondok samaada di Lubuk Kawah/Temerloh mahupun pernah belajar di Kelantan.Ertinya mereka yang berjuang melawan British bukanlah yang dangkal ilmu agama tetapi pernah mendapat pendidikan agama walaupun secara pondok.Mereka ini,seperti Pak Awang umpamanya,berkemampuan membaca dan mentelaah kitab-kitab kuning dimana graduan Timur Tengah pun belum tentu berkemampuan untuk membacanya.





(Foto)Keadaan dalam Masjid yang belum siap sepenuhnya.Lantai masih simen kasar.








Masjid di Kampung tersebut belum siap sepenuhnya.Masih banyak yang perlu disiapkan dan di perbaikki.Lantai ruang solat,hanya separuh sempurna sedangkan bahagian lantai lain masih berupa simen kasar sahaja.Manakala pintu dan tingkap juga masih belum berpasang.Atap juga tiris,jika hujan lebat ada kebocoran berlaku.Dinding Masjid juga tidak berucap dan sudah mula pudar serta berlumut.





Dan di subuh hari itu,laungan azan kembali bergema di perkampungan yang damai itu.Kami segera menuju ke Masjid untuk sama-sama dengan 'orang-orang Komunis' mengerjakan solat subuh,sama-sama sujud menyembah Tuhan Yang Esa.


Sesungguhnya segala propaganda songsang dan fitnah terhadap mereka terungkai jua akhirnya.Bukankah perkara pertama yang di buat Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW ketika hijrah dan tiba di Madinah ialah membina Masjid?












































































.

Thursday, December 17, 2009

Bersama Pejuang























Sebahagian gambar program ke Kg Perdamaian di Sukhirin Thailand.Gambar dan catatan akan menyusul kemudian.








Dan terimakasih kepada Pak Yaakob serta teman-teman lain disana yang sudi menerima dan melayan kami seperti keluarga sendiri.








Kepada teman-teman yang menghantar e mail dan pesan lewat facebook,harap bersabar untuk membaca catatan seterusnya.





Chin Peng dan patriotisme yang kabur

Oleh:Zukri Akashah (Harakahdaily)

Kenapa tajuk tulisan saya kali ini begini? Ya, sebab saya pernah menulis tentang Chin Peng dengan tajuk yang serupa bila dahulu terbitnya memoir tentang beliau. Nama Chin Peng dan komunis telah sedari kecil diajar kepada kita sebagai sesuatu yang bangsat, padahal pada waktu yang sama negara kita sedang mengukuhkan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa besar komunis dunia seperti China dan Cuba.
Saya boleh memahami geloranya perasaan keluarga askar-askar negara kita yang pernah tercedera atau gugur di medan perang ketika menentang apa yang dipanggil sebagai pemberontakan komunis. Tetapi, ketika kita asyik mengira askar-askar kita ini, terlupakah kita untuk turut mengira berapa ramai pula gerombolan askar British dan Jepun yang menjadi mangsa hujung senapang komunis yang kita sumpah-seranah ini? Tidakkah British dan Jepun pra 1957 ini adalah penjajah yang sememangnya patut dilawan dan ditentang?Andainya selepas ini (walaupun saya minta dijauhkan) ada bangsa lain pula yang datang memerangi dan menjajah negara kita, saya ingin juga bertanya, siapakah di antara kita yang punya keberanian untuk masuk dan hidup di dalam hutan sebagai gerila semata-mata kerana kepercayaan kepada sebuah perjuangan yang tidak tentu masa hadapannya?Chin Peng dan kawan-kawannya, ada yang Cina, ada yang Melayu dan ada yang India pernah melakukannya. Berhakkah kita yang penakut dan pengecut ini mempersoalkannya?
Kita yang hanya berani menjulang keris ke langit, kita yang hanya berani membakar poster, kita yang hanya berani mengheret kepala lembu?Soal Chin Peng dan Parti Komunis Malaya (PKM) meneruskan pemberontakan selepas Malaya merdeka 1957 bagi saya tidak lebih sekadar isu pertembungan ideologi dan kepercayaan. Munkin salah bagi Chin Peng untuk meneruskan aktiviti gerilanya setelah British dan Jepun sudah berundur ke negara masing-masing.
Tetapi ia sudah menjadi sejarah, saya katakan Chin Peng pernah bersalah dengan pendekatannya itu kerana hari ini PKM sudah tiada, PKM sudah meletak senjata, PKM tidak lagi bergerila di rimba-raya negara kita.Tidak bolehkah kita cuba sedikit berlapang dada dan bersikap memaafkan?
Hari ini isu Chin Peng kembali menghiasi dada-dada akhbar kerana beliau mahu pulang ke Malaysia, mahu mati sebagai rakyat Malaysia dan telah memohon maaf akan tindakan-tindakan lalu oleh PKM. Siapakah kita yang mahu mempertikaikan keihklasan niat permohonan maaf beliau itu? Lebih dari itu, apakah kita yang mempertikaikan itu pula ikhlas?Nepal pernah mempunyai gerila-gerila komunis yang bergelandangan di dalam hutan. Mereka kemudiannya keluar dari hutan, bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah dan bertanding dalam pilihanraya, mereka menang!
Ketika mana bekas-bekas gerila ini memerintah Nepal, bukankah askar negara Nepal itu adalah askar yang sama yang memerangi mereka ketika mereka masih berstatus sebagai gerila dahulu? Tidak adakah askar Nepal yang pernah tewas di tangan mereka ini?Mereka bersikap terbuka, mereka ambil sejarah lalu sebagai iktibar di hari muka, bahawa peperangan hanya kerana pertembungan ideologi adalah sesuatu yang tidak memanfaatkan rakyat dan negara, maka mereka pun berubah tanpa menyisihkan sesiapa pun.
Tidak bolehkah kita juga pun begitu? Tutup buku lalu dan membuka lembaran baru?Adalah satu hujah yang dangkal untuk mengatakan bahawa dengan pulangnya Chin Peng ke Malaysia memungkinkan untuk tersebarnya semula fahaman Marxisme-Leninisme di negara ini. Tanpa ada kelibat Chin Peng pun, hari ini kita sudah mempunyai Parti Sosialis Malaysia yang sah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
Asasnya mudah, gerakan sebegini akan muncul dan menjadi kuat bila pekerja-pekerja kelas bawahan merasa mereka ditindas dan tidak dipedulikan, noktah! Bukan kerana Chin Peng.Selagimana kita yakin kita adalah rakyat negara ini dan berbangga dengan kewarganegaraannya, selagimana kita percaya kita walaupun sedikit telah menyumbang dan berbakti untuk kesejahteraan negara ini, selagimana kita bersedia untuk berkorban demi negara ini (walaupun seringkali berhujah “berkorban dengan cara aku sendirilah”), selagi itulah kita masih seorang patriot.Bagi seorang patriot, patriotisme adalah jalannya.
Dalam masa lalu yang menjadi sejarah itu, jalan yang dipilih sesetengah patriot mungkin tidak lurus dan bengkok, maka perjalanan menjadi proses bagi membetul dan meluruskannya. Setelah ia lurus, tidak bolehkah kita bersatu dan bersama kembali?
Tiada satu dosa pun yang tidak terampun.

Thursday, December 10, 2009

TAHNIAH KEPADA PENGENDALI BLOG PKR BERA

KE ARAH BERA YANG LEBIH GEMILANG"
TAHNIAH! BLOG PKR BERA KINI MELEBIHI 50,000 PELAWAT


Hari ini Rabu tepat jam 04.33 petang tadi genaplah 50,000 pengunjung serta pelawat yang memasuki Blog PKR Cabang Bera ini.Sejak ianya dilancarkan secara rasminya oleh Setiausaha PKR Cabang Bera, Sdr Rizan Hj Ali pada 15 OKTOBER 2008 lalu, blog PKR Bera ini tidak putus-putus menerima kehadiran antara 1,500 - 2,500 sehari pengunjung yang melawat blog ini untuk mendapat maklumat terkini aktiviti serta berita yang dilaporkan menerusi blog ini.

Hari ini menjadi bukti bagaimana sudah 50,000 pengunjung memasuki blog ini. Kekuatan blog ini ialah blog ini sentiasa di 'update'kan rekod dan beritanya selama 24 jam sehari tanpa henti oleh pengendalinya.Disamping itu juga blog PKR Bera ini mempunyai rangkaian atau 'link' yang cukup baik bagi 'memasarkan' blog PKR Bera ini apatah lagi blog ini bukan hanya menyiarkan isu-isu nasional sebagai bahan beritanya malahan turut menyiarkan isu-isu setempat di Bera sendiri seperti masalah penduduk, isu bangunan terbengkalai, isu projek membazir sehinggalah memperkenalkan Bera dengan berbagai produk yang ada disini.

Jumlah pengunjung yang sentiasa 'hits' di blog PKR Bera ini juga melebihi jumlah pengunjung yang melawat ke beberapa blog PKR yang lain dan setaraf dengannya di negeri Pahang ini seperti blog PKR Negeri Pahang (sekitar 21,000 lebih) dan juga blog AMK Negeri Pahang sekitar 4,000 lebih serta beberapa blog PKR yang lain juga.Yang pastinya blog PKR Bera bukan sahaja dikunjungi oleh ahli-ahli serta para penyokong Pakatan Rakyat di Bera sahaja malahan sehinggakan ahli-ahli dan pimpinan parti lawan sebelah pun turut melawatnya setiap masa untuk memantau 'kekuatan' PKR Bera kini yang kian meningkat!

Sekali lagi selaku pengendali blog PKR Bera mengucapkan TAHNIAH!50,000 PENGUNJUNG Tepat Jam 4.33 petang!

Sekian,PENGENDALI BLOG PKR BERA

Monday, December 7, 2009

Pahang Akan Mendapat MB Baru?

Beri laluan kepada orang Najib,Adnan Yaakob bakal tersingkir?

oleh:Lau Zi Ern (MerdekaReview.Com)

Defisit belanjawan untuk 10 tahun berturut-turut sekali lagi menggoyah kedudukan Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Negeri Pahang. Sumber maklumat dalaman UMNO menyebarkan khabar bahawa Adnan Yaakob mungkin "dipindah"ke pusat untuk mengosongkan jawatan yang disandangnya lebih daripada satu dekad, lantas diisi oleh calon yang dilantik Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Pada hakikatnya, sudah tiba masanya untuk menukar MB. Pimpinan kerajaan negeri oleh Adnan kini terperangkap dalam kebuntuan. Beliau melihat dasar dirinya sebagai dasar terbaik, malah bermegah dengan dirinya kerana tidak meluluskan lesen pembalakan yang baru.
Namun, beliau bukanlah seorang yang baik dalam pengurusan, bukan sahaja tidak bijak dalam berniaga, malah mengakibatkan defisit belanjawan negeri Pahang untuk 10 tahun berturut-turut.
Pemimpin baru dengan gaya barunya sekurang-kurangnya akan menyuntik sesuatu yang baru untuk negeri Pahang. Dari kaca mata peniaga, MB ini tidak berwawasan, hanya menjaga sumber dan harta yang sedia ada. MB ini juga dilihat gagal memikirkan dasar yang terbuka untuk menarik lebih ramai pelabur.
Sebagaimana yang diketahui, Pahang sebuah negeri yang kaya dengan sumber semulajadi. Seandainya diterokai dan digunakan dengan sebaik-baiknya, maka ia bakal menarik pelaburan, lantas mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan.

Hubungan Najib-Adnan

Hubungan Najib dengan Adnan umpama "mentor" dan "musuh". Adnan diangkat oleh Najib seketika dahulu. Namun, tiada kemestian yang selama-lamanya dalam politik. Semasa zaman Abdullah Ahmad Badawi menjawat PM, Adnan mengalih menjadi pendukung Abdullah sehingga mengabaikan Najib.
Maka, selepas Najib menjawat PM, desas-desus tersebar bahawa kedudukan Adnan akan digantikan pada bila-bila masa. Biarpun begitu, bukan senang untuk menggoyah kedudukan Adnan. Adnan memiliki kelebihan, iaitu hubungannya yang baik dengan Institusi Raja di Pahang. Najib mungkin tidak ingin menimbulkan masalah yang baru buat sementara ini.

Walaupun ini bukan kali pertama tersebarnya khabar bahawa Adnan akan dipindah ke pusat, dan ia mungkin berakhir seperti apa yang berlaku dahulu. Oleh itu, tidak menolak kemungkinan bahawa khabar ini diulangi kerana dua faktor. Pertamanya, ia disebarkan oleh orang UMNO yang tidak berpuas hati dengan Adnan; atau keduanya, ia disebarkan oleh Adnan sendiri untuk menguji siapa yang bermotif untuk mendaki ke atas tangga kuasa untuk menggantikannya, agar beliau boleh memancung kepalanya dengan serta-merta tanpa apa-apa persediaan dari pihak musuh.

Pengganti Adnan

Mereka yang pernah berkesempatan untuk bangkit menggantikan Adnan termasuklah Hasan Arifin dari Rompin, Shahirudin dari Raub, Omar Othman dari Kuala Lipis dan sebagainya. Namun, mereka "ditamatkan" dengan begitu sahaja. Shahirudin gagal mengancam Adnan lagi apabila terlibat dalam politik wang.
Kini, ADUN Lanchang, Mohd Sharkar Shamsudin memiliki peluang yang paling cerah untuk menggantikan Adnan. Mohd Sharkar bukan sahaja seorang EXCO kerajaan negeri, malah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang. Lebih penting, Sharkar adalah orang rapat Najib.
Selain itu, mereka yang berpeluang untuk naik ke mercu kuasa termasuklah Shafik Fauzan Sharif dari Inderapura, Mohd Soffi Abdul Razak dari Benta dan Ishak Muhamad dari Bebar. Demikianlah politik. Walaupun Adnan diangkat naik oleh Najib seketika dahulu, namun "pengkhianatan" terhadap Najib telah menggadaikan kepercayaan Najib terhadap dirinya. Najib tidak lagi melihat Adnan sebagai orang rapatnya. Untuk memperkukuhkan kuasa dirinya di Pahang, Najib perlu meletak orangnya agar boleh dijadikan kubu dirinya di negeri asalnya.
Najib tidak akan menggunakan seorang "pengkhianat", lebih-lebih lagi Adnan bukan satu-satunya orang yang berbakat dalam negeri Pahang. Adnan juga menyedari keadaan sedemikian. Menurut orang dekat Adnan, beliau telah mencari jalan keluar untuk dirinya. Rumah kediamannya yang lama tidak diduduki itu mula dibaiki semula. Ini menjadi bukti bahawa Adnan telah mengandaikan sesuatu yang buruk mungkin menimpa dirinya.

Pancung dengan KPI

Sumber dalaman UMNO berkata, Najib bakal merampas kerusi Adnan dengan alasan bahawa prestasi Adnan sebagai MB selama lebih 10 tahun, bahkan defisit belanjawan untuk 10 tahun berturut-turut gagal menjangkau KPI yang ditetapkan. Ini alasan yang terbaik, malah institusi Raja Pahang mungkin mengangguk kepada pertukaran MB.
Mengikut gaya Adnan,beliau yang selama ini bersikap acuh tak acuh tidak akan memberi penjelasan jikalau keadaan tidak genting. Kali ini, ketika menggulung dalam sidang mesyuarat DUN ketika pembentangan belanjawan, beliau mengumumkan stastistik belanjawan dari tahun 2000 hingga 2008, menjelaskan bahawa kerugian hanya berlaku pada tahun 2008, tetapi membuat keuntungan untuk tahun-tahun selainnya.
Mengapa Adnan memberi penjelasan, malah sekaligus mendedahkan perangkaan 8 tahun yang lalu? Tindakan Adnan boleh dikaitkan dengan spekulasi baru-baru ini, iaitu "masanya sudah sampai".
Satu lagi faktor yang mendorong agar Najib menukar MB adalah kesungguhan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan negeri ini. Sememangnya, Pahang memerlukan pimpinan seseorang yang berpotensi dan berbakat secara menyeluruh, malah direstui institusi Raja. Apakah Adnan bakal dipindah ke pusat? Kita tunggu dan lihat!
*Lau Zi Ern ialah penganalisa politik.


Komen

Sesungguhnya ekonomi Pahang sememangnya berada di dalam keadaan yang tenat.Keadaan ini berlaku kerana 'mismanagement' atau ketidakcekapan didalam menguruskan ekonomi.Malah saya curiga samaada MB memahami prinsip asas ekonomi makro didalam kerangka menyediakan Belanjawan.

Eksploitasi berlebihan terhadap sumber alam khususnya balak yang bukan sahaja memberikan impaks besar kepada alamsekitar malah lebih teruk dari itu bagaimana sumber alam itu diperlakukan sebegitu lupa yang tidak memberikan pulangan yang menguntungkan.Korupsi dan nepotisme didalam penganugerahan konsesi balak yang meragukan,saya kira menyebabkan kerugian yang besar.Telah didedahkan kepada umum betapa premium balak dikenakan dengan nilai yang tidak masuk akal.

Dan kepada saya jika benar ada pertukaran didalam pimpinan Pahang,saya tidak percaya ianya akan memberikan impaks positif.Sebarang pertukaran jawatan MB hanyalah perubahan kepada kulit semata-mata sedangkan isinya tetap sama.Ertinya kerangka yang sedia ada akan dipertahankan atau sekurang-kurangnya akan terus diikuti tanpa ada upaya untuk melakukan reformasi menyeluruh.

Yang bertukar hanya individu yang menduduki kerusi MB namun sistem dan kerangka atau status quo sedia ada,nescaya akan dikekalkan seperti dulu,kini dan selamanya.



Saturday, December 5, 2009

Dari Akhbar SIASAH:Pak Sako Pejuang Yang Dilupakan


Pak Sako pejuang yang dilupakanOleh KHAIRIL ABDUL RAHIM
Tanggal 14 November yang baru lalu genaplah 100 tahun (jika masih hidup) usia pejuang kemerdekaan yang digeruni penjajah, reformis bangsa yang mendahului zaman dan genius Melayu yang namanya sentiasa meniti di bibir rakyat, Ishak Haji Muhammad atau lebih dikenali dengan nama Pak Sako.




Tokoh besar dalam sejarah tanah air dan cendekiawan Melayu bertaraf negarawan ini mempunyai sejarah perjuangan yang panjang bermula dengan kerelaannya meninggalkan kehidupan elit sebagai pegawai kerajaan Inggeris demi untuk bergelumang dengan perjuangan memerdekakan bangsanya. Pengorbanannya pula terpaksa ditebus dengan harga yang mahal termasuk ditohmah sebagai berhaluan kiri, komunis dan diperap ke penjara sebanyak tiga kali. Namun begitu sejauh manakah jasa patriot bangsa ini dikenang dan dihargai?Apakah pihak berkuasa jujur dengan beberapa fakta melibatkan tokoh-tokoh tertentu seperti Pak Sako dalam sejarah perjalanan negara ini menuju kemerdekaan?




Bagi adik Pak Sako, Khalid Muhammad, 75, intipati serta sepak terajang perjuangan hero rakyat itu perlu diketengahkan supaya dihayati generasi muda terutama pelajar-pelajar pengajian tinggi. Namun begitu beberapa fakta sejarah yang difahami umum selama ini perlu diperbetulkan kembali.“Betulkan balik fakta sejarah. Kerajaan kena jujur dan adil. Selama ini yang diketengahkan memperjuangkan kemerdekaan hanyalah Umno. Tanpa menolak sumbangan Umno, parti itu lebih berperanan dalam tiga aspek iaitu merundingkan kemerdekaan dengan Inggeris, menandatangani perjanjian kemerdekaan dan seterusnya mengisytiharkan kemerdekaan. Sedangkan mereka yang bergelumang dengan perjuangan menuntut kemerdekaan sebenar terus dilupakan dan dimomok-momokkan pula sebagai berhaluan kiri atau komunis”.




“Dari segi anutan politik mungkinlah Pak Sako tidak sealiran dengan parti pemerintah, tetapi fakta sejarah tidak boleh dilencongkan. Bagaimana dengan tulisan-tulisannya yang membangkitkan kesedaran orang Melayu dulu untuk merdeka daripada belenggu penjajahan? Sepatutnya kajian tentang perjuangan beliau dikembangkan lagi,” katanya.




Khalid berkata, Pak Sako tidak dilayan setimpal dengan jasanya. Dalam masa beliau dipuja ramai, sebenarnya beliau ‘pergi’ begitu sahaja tanpa apa-apa penghargaan setimpal daripada kerajaan sebagai negarawan. Ketika ini bandar kelahirannya sendiri di Temerloh, nama pak Sako hanya diabadikan pada jalan yang tidak penting.“Sebagai contoh, dulu ada exco yang berjanji untuk meletakkan tanda nama pada makam Pak Sako untuk memudahkan pelawat berkunjung. Tapi hingga kini janji tetap tinggal janji. Bayangkan jika datang pelancong dari Barat yang membaca sejarah negara ini. Bagaimana pandangan mereka bila melihat sambil lewa dan tiada penghargaan daripada pihak berkuasa terhadap tokoh tempatan?”, keluh Khalid.




Dari pegawai Inggeris ke bidang penulisan dan politik




Pak Sako diputerakan pada 14 November 1909 di Kampung Buntut Pulau, Temerloh, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung. Tengah, Temerloh bermula tahun 1919 dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipis pada tahun 1924 hingga 1928 dan lulus Sijil Persekolahan Cambridge dalam tahun 1929 di Sekolah Inggeris Raub.Pada tahun 1930 melanjutkan pelajarannya di Maktab Melayu, Kuala Kangsar dan seterusnya memulakan perkhidmatan sebagai pegawai daerah bermula pada tahun 1931.




Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Majistret di Bentong dan Rembau, Negeri Sembilan. Setahun kemudian ditukarkan pula ke Kuala sehinggalah beliau meletakkan jawatan pada tahun 1935 bagi menumpukan usaha menuntut kemerdekaan.Ketika itu negara-negara di rantau Asia sedang bergelut bagi membebaskan diri daripada cengkaman penjajah. Pak Sako mengikutinya dengan penuh minat.




Pada peringkat itu beliau memilih kerjaya kewartawanan bagi merealisasikan cita-citanya dan mula bertugas dengan Warta Malaya, di Singapura sebagai pengarang dan penterjemahan. Dari situ beliau terus meningkatkan kegiatannya dalam bidang penulisan. Pada tahun 1938 beliau menghasilkan novel sulungnya yang berjudul Putera Gunung Tahan.Pak Sako merupakan pengasas penerbitan akhbar Utusan Melayu yang pada waktu itu sangat berpengaruh meniupkan semangat antipenjajah dan berkhidmat bersama Abdul Rahim Kajai dan Yusof Ishak bermula pada tahun 1939 hingga tahun 1941.




Pada tahun tersebut Pak Sako ditangkap penjajah kerana terlibat dengan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan rakannya Ibrahim Yaakob.Setelah dibebaskan apabila Jepun berjaya menakluk Singapura pada tahun yang sama, beliau menjadi Ketua Pengarang Berita Malai.Setelah tamat Perang Dunia Kedua, pada tahun 1945 Pak Sako mengasaskan penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).




Apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948 dan PKMM diharamkan, Pak Sako disumbatkan seklai lagi di Penjara Pudu, Kuala Lumpur bersama Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Aziz Ishak. Beliau kemudiannya telah dibebaskan tanpa syarat dalam bulan Mei 1953.Setelah bebas dari tahanan tidak lama kemudian beliau dilantik Ketua Pengarang akhbar Semenanjung di Singapura. Walau bagaimanapun minatnya terhadap politik tanah air tidak pernah malap terutama apabila beliau dilantik mengetuai Parti Buruh Malaya dan Socialist Front.




Dalam pilihan raya umum (PRU) 1959, Ishak bertanding bagi kawasan Bukit Bintang dan pada tahun 1964 bertanding di Temerloh, namun gagal untuk menang.Sewaktu tercetusnya konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun 1965, Pak Sako telah ditahan sekali lagi. Selepas dibebaskan pada tahun 1966, beliau kembali menulis dengan Utusan Melayu dan penulis ruangan pojok “Pepatah Petitih” dalam majalah Gila-gila.Seperti kebanyakan pengarang sebelum merdeka, Pak Sako menggunakan novel dan cerpen sebagai saluran untuk mengobarkan semangat orang Melayu dan menyedarkan mereka tentang kedudukan mereka yang mundur dalam politik, ekonomi dan sosial.




Sikapnya yang antipenjajah jelas diluahkannya dalam novel dan cerpennya. Beliau menghasilkan tidak kurang daripada 23 buah cerpen pada waktu sebelum Perang Dunia Kedua. Dua buah daripada 17 novelnya Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila adalah antara novelnya yang mendapat sambutan hangat.Selain Utusan Melayu, Berita Malai dan Warta Malaya beliau juga menulis dalam akhbar Watan, Warta Jenaka, Semangat Asia, Pelita Malaya, dan Suluh Asia.




Antara nama pena yang digunakannya ialah Isako San, Anwar, Hantu Raya, Tok Siak, Pak Pandir Moden dan Nenek Kebayan. Penulisannya menarik minat ramai kerana berbentuk sindiran, kritik, seloroh dan jenaka, bertujuan mengkritik, mengajar dan menghibur masyarakat menarik minat massa.Persoalan yang dimainkan dalam penulisannya mempunyai mesej dan bertujuan membimbing rakyat ke arah suatu kehidupan yang aman damai, bekerjasama, makmur, mewah, berbudi bahasa, berkhidmat dan berbakti. Inilah hasil rasa cintanya terhadap bangsa dan negara yang terlalu besar.




Pada 29 Jun 1973, Universiti Malaya telah menganugerahi beliau Ijazah Kehormat Doktor Kesusasteraan dan pada 29 Mei 1976 pula, dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri Malaysia.Pak Sako kembali ke rahmatullah pada 7 November 1991 ketika berusia 82 tahun di rumahnya di Kampung Bukit Raya, Hulu Langat, kerana diserang angin ahmar. Jenazah insan yang banyak berjasa itu diterbangkan dengan helikopter Nuri balik ke kampung asalnya di Buntut Pulau.




Sebagai menghargai jasanya dalam mempelopori bidang kewartawanan, politik dan sastera, beliau dianugerahkan “Tokoh Kewartawanan Negara” pada 24 September 1995.




Pak Sako manusia luar biasa




Seorang pengamal undang-undang, Ahmad Nizam Hamid, 40, kagum dengan pemikiran, perjuangan dan keberanian Pak Sako yang sentiasa mendahului zamannya. Bagi beliau Pak Sako manusia luar biasa yang sanggup meninggalkan kehidupan elit dan terhormat sebagai pegawai daerah dan majistret dalam perkhidmatan kerajaan Inggeris demi menceburi perjuangan membebaskan anak bangsanya yang dibelenggu penjajahan.




Beliau yang pernah membawa Pak Sako berceramah di Asrama Za’ba semasa menuntut di Universiti Malaya pada 1990, Pak Sako mempunyai keperibadian yang tinggi dan idea yang tajam dalam berunding.“Pak Sako seorang hebat, tercatat dalam sejarah selepas Jepun kalah dan Bintang 3 memerintah dengan zalim, beliaulah yang berperanan menjadi pendamai di Temerloh sehingga dapat dielakkan pertumpahan darah dengan orang Melayu tempatan. Ertinya dia berkeperibadian tinggi, pintar dan sangat dikagumi”.




“Pak sako juga tidak memilih establishment di mana beliau tidak menyertai Umno dan sanggup mengorbankan dirinya daripada kesenangan sedangkan beliau boleh memilih untuk kekal hidup mewah seperti pegawai Melayu lain yang berkhidmat dengan kerajaan Inggeris”.“Masyhur ceritanya semasa Pak Sako menjadi majistret di Kuala Pilah, dia bentang tikar untuk rakyat membuat aduan dan melaporkan masalah. Ini bermakna jiwanya sangat dekat dengan rakyat dan tidak pernah memikirkan soal darjat. Itulah Pak Sako yang walaupun berpendidikan Inggeris, tetapi amat kuat berpegang dengan jati diri dan budaya Melayunya”.




Salah seorang rakan rapat semasa hayat Pak Sako, Alang Ahmad Teh, 70, mahukan tokoh politik dan sasterawan terbilang ini dicatat dalam sejarah negara sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan.“Saya masih ingat ketika Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) mencadangkan Sekolah Menengah Seberang Temerloh diberi nama Sekolah Ishak Muhammad, ia mendapat tentangan daripada kalangan penduduk tempatan sendiri,” kata bekas Ketua Biro Utusan Pahang itu.




Menghimbau kenangan bersama Pak Sako apabila ke mana-mana dari Temerloh, ke Kuantan dia akan disambut meriah oleh orang yang dia sendiri tidak mengenalinya. “Apabila Pak Sako pergi ke pekan sari atau masuk kampung beliau selalu dihadiahkan dengan pelbagai barangan. Yang peliknya, semua pemberian orang itu kemudiannya diberikan pula kepada orang lain. Ini membuktikan beliau pemurah, disayangi dan menjadi sanjungan orang ramai”.




Alang juga sempat mengikut Pak Sako berkempen semasa bertanding di Parlimen Temerloh pada PRU tahun 1964 melawan calon Perikatan Yusof Mahmud dia hanya memberikan joran kail. Selepas kalah dalam pilihan raya tersebut seorang penganalisis politik berbangsa Inggeris datang kepadanya melahirkan rasa hairannya dengan mentaliti pengundi Temerloh bagaimana tokoh yang begitu terkenal seluruh dunia hanya dikalahkan oleh calon biasa daripada parti pemerintah.




Seorang lagi pengkagum Pak Sako yang juga pernah membantunya dalam PRU, Suhaimi Said, 65, menganggap beliau sebagai nasionalis tulen yang sanggup berkorban demi masa depan anak bangsanya. Katanya pemikiran Pak sako jauh mendahului zaman dan bersifat global apabila mendokong penyatuan Melayu Raya yang meliputi Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun.Menurut Suhaimi semasa bertanding dalam PRU 1964 di Parlimen Temerloh, Pak Sako tinggal di rumah rakit di Kuala Semantan bersebelahan rakit beliau.




Katanya, perkenalan dengan Pak sako secara tak sengaja apabila semasa tinggal di rumah rakit berhampiran, saya yang semasa itu lebih cenderung kepada Umno selalu membaling batu ke arahnya.“Namun itulah Pak Sako, saya yang pada ketika itu masih berumur lingkungan 14 tahun akhirnya berjaya dilunakkannya dan saya mengambil cuti sekolah selama tiga bulan untuk mengikutnya berkempen.




Pada masa itu kawasan pilihan raya bagi Temerloh luas iaitu dari sempadan Jerantut hingga sempada Kuantan dan Negeri Sembilan dan tempoh berkempen pula selama tiga bulan”. “Saya selalu ikut dia untuk mengangkat bateri untuk pembesar suara. Pada masa itulah saya diperkenalkan dengan barisan pimpinan parti sosialis seperti Lee Siew Choh, Naza Nong, Karam Singh dan lain-lain.




Apabila saya pulang dari menuntut di England, persahabatan kami diteruskan dan saya sering memandu kereta membawanya ke seluruh negara,” katanya yang juga seorang pengamal undang-undang.Suhaimi mencadangkan, pihak yang berautoriti sepatutnya mengambil inisiatif mengkaji pemikiran Pak Sako kerana lazimnya apa sahaja yang diperkatakannya menjadi kenyataan pada masa hadapan.“Saya ambil contoh mudah, satu ketika pada masa kempen dia pernah mengingatkan orang kampung jangan suka menebang pokok jering nanti satu masa harganya melonjak empat biji seringgit. Pada masa itu beliau diketawakan tetapi hakikatnya ingatannya ternyata benar”.“Jadi kalau perkara sekecil inipun boleh diucapkan Pak Sako, maka khazanah pemikirannya sudah tentu lebih banyak lagi hikmah yang terkandaung di dalamnya. Jadi buatlah kajian pemikirannya