Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )
Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Thursday, August 20, 2009

Sekadar Catatan


Seusai makan tengahari,terasa diri terlalu letih.Kepala sakit seperti ada orang buat kerja 'piling' dan tekak jadi pahit.Singgah sebentar di pejabat,tandangani beberapa dokumen,memberi arahan kepada Wardah berkenaan fail-fail kes esok dan temujanji di penjara minggu hadapan.


Kepala terus berpusing,tetapi kena tunggu Pak Bidin dari Paya Besar (mantan pemangku Pengerusi Cabang Paya Besar) untuk membincangkan kesnya minggu hadapan.Pak Bidin di tuduh menghalang penjawat awam sewaktu pilihanraya umum tahun lalu;Pak Bidin menegur pegawai MPK yang sedang menurunkan bendera PAS atas alasan PAS tidak bertanding tetapi KEADILAN.Apabila Pak Bidin bertanyakan kenapa bendera UMNO tidak di turunkan sama kerana UMNO tidak bertanding tetapi BN,pegawai berkenaan jadi salah tingkah.Akibatnya,sekali lagi undang-undang di gunakan dengan semberono,Pak Bidin di dakwa pula di Mahkamah.


3 minggu kebelakangan ini memang 'hectics'-tuntutan tugas dan jadual ketat kes di Mahkamah (Mahkamah Tinggi,Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di Temerloh dan Maran) selain persiapan Majlis Ngeteh bersama DSAI-benar-benar menguras tenaga.Tidak jarang terpaksa meninggalkan pejabat setelah lewat malam bagi research dan menyediakan kes.


Demam+batuk+flu 2-3 hari kelmarin seakan kebah,tetapi siang tadi selesai kes di Mahkamah,suhu badan kembali naik dan hidung kembali sebak-tersumbat.Alhasil kena berehat di rumah setelah menelan berbiji-biji pil.


Program malam ini bersama Dato Fauzi Rahman dan Hj Suhaimi Said di FELDA Gelangi 2 terpaksa sembah mohon derhaka menguzurkan diri.


Semoga esok,insyaAllah tubuh akan kembali segar kerana banyak yang perlu di kerjakan.

Tuesday, August 18, 2009

Doa menghindari Wabak




Bismillahirrahmanirrahim - Aku membenteng diri dengan nama tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan,aku berpegang teguh pada tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib,aku bertawakal kepada tuhan yang hidup dan yang tidak mati selam-lamanya.Semoga kiranya ENGKAU hindarkan kami Ya ALLAH dari bala dan wabak.Sesungguhnya ENGKAU Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
*Di petik dari blog Kamarudin Suhaimi (http://kamarudinsuhaimi.blogspot.com)
DEMAM+FLU+BATUK...Mudah-mudahan barang dijauhkan Allah dari H1N1

Banyak buku yang hendak dihadham antaranya buku-buku Tan Malaka.Mudah-mudahan tidak melarat kerana kurang nikmat bercinta dengan buku jika badan kurang sihat!