Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )
Showing posts with label berita/politik/siasah;propaganda. Show all posts
Showing posts with label berita/politik/siasah;propaganda. Show all posts

Friday, September 4, 2009

Seputar Politik Sabah:Orang USNO Sertai KEADILAN

LEBIH 5,000 EX-USNO AKAN SERTAI PKR?

Oleh: RIJALUL RIZAL

AKIBAT tidak mendapat layanan saksama, lebih 5,000 bekas ahli USNO yang pernah berjumpa Mantan Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 13 September 2009 sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke Semporna.

Menurut sumber terdekat, kumpulan tersebut tidak menyertai UMNO dan selama ini berusaha untuk menubuhkan Kelab Ex-USNO sebagai NGO yang akan bekerjasama dengan UMNO bagi memupuk perpaduan Bumiputera Islam di Sabah, namun Kementerian Dalam Negeri melalui Pendaftar Pertubuhan telah menolak permohonan mereka pada 26 Februari 2009.

Sumber rapat juga menyebut, kemasukan beramai-ramai Ahli Ex-USNO akan diketuai oleh seorang pemimpin kanan yang bergelar datuk.
“Kita rasa tidak ada gunanya lagi mengharap. Kita sudah tahu tembelang pemimpin UMNO yang tidak mahu bekerjasama dengan kita. Dalam perjuangan membela nasib dan masa hadapan ahli Ex-USNO, kita perlukan wadah. Setelah menilai, PKR sesuai dan serasi dengan perjuangan kita,” ujar salah seorang pemimpin yang hanya mahu disebut sebagai Abdul.

Abdul masih mahu menyembunyikan maklumat jumlah sebenar yang akan menyertai PKR sempena kunjungan Najib ke Semporna kerana kebanyakan ahli Ex-USNO berada di Semporna.

“Kita mahu PM dan Presiden UMNO tahu, bahawa pemimpin UMNO Sabah melayan ahli EX-USNO sebagai ‘pendatang asing’ sedangkan kami adalah pewaris pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan Sabah,” ujar Abdul yang menjadi mangsa permainan politik Tun Sakaran dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dengan penyertaan mereka ke dalam PKR, nasib dan masa hadapan ahli EX-USNO akan lebih terbela kerana PKR lebih menghayati perjuangan EX-USNO yang mahu hak Sabah dikembalikan berbanding UMNO yang mengikis hak rakyat Sabah yang dijadikan ‘barter trade’ dengan pemimpin Pusat semata-mata untuk survival politik mereka.

Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan ketika dihubungi Sabahkini.net berkata beliau belum menerima sebarang maklumat kerana kemungkinan besar pemimpin EX-USNO menemui pemimpin PKR peringkat Pusat.

“Kita ada dengar dan kita alu-alukan hasrat mereka untuk bersatu di dalam PKR. Kita akan susul dengan pemimpin Pusat,” ujar Jeffrey yang menyifatkan kemasukan Ex-USNO ke dalam PKR sebagai perkembangan menggalakkan kerana ianya ombak politik yang akan menggulung menjadi Tsunami pada pilihanraya umum ke 13 kelak.

Tidak dapat dipastikan sama ada anak Allahyarham Tun Mustapha, Datuk Amir Kahar yang disingkirkan Ketua Menteri Sabah pada pilihanraya umum lalu akan turut serta adiknya, Datu Badaruddin dan pejuang Ex-USNO kerana beliau tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan.

*Sumber:http://www.sabahkini.net

Tuesday, September 1, 2009

Berita Dari MalaysianInsider

Kepala lembu: Salahguna Islam dan perkauman Melayu

Oleh Zukri Aksah

TEMERLOH, 1 September – Pada Jumaat lepas, 28 Ogos 2009, sekumpulan demonstran yang menggelarkan diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam telah mengadakan demonstrasi selepas sembahyang Jumaat dengan berarak ke Pejabat SUK Selangor sambil membawa kepala lembu yang masih berdarah.
Demonstrasi ini dakwa mereka adalah sebagai bantahan kepada keputusan Kerajaan Negeri Selangor memindahkan sebuah kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.
Mengulas tindakan demonstran yang menggunakan pentas Melayu — Islam dalam bantahan mereka ini, Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang menyifatkan tindakan kumpulan ini yang menggunakan nama Islam dan Allah untuk tujuan yang nyata bertentangan dengan ajaran Islam.
Ia samalah seperti perbuatan bomoh sesat yang menghabisi mantera sesat mereka dengan kalimah, “dengan berkat lailahaillallah”, katanya yang juga Pemangku Ketua PKR Cabang Temerloh.
Tambah Nizam lagi, tindakan kumpulan ini yang mempergunakan pula nama Melayu bagi mewajarkan tindakan dan provokasi mereka yang hanyir dengan perkauman hanya akan memalu dan menjatuhkan maruah orang Melayu sendiri di kacamata kaum lain.
Nizam dalam komentarnya sempat menurunkan pesan Nabi Muhammad s.a.w kepada panglima perangnya yang antara lain menyatakan bahawa jangan menceroboh, menyerang, merosak, memusnah dan memperlakukan secara tidak hormat kepada orang tua, wanita, kanak-kanak; orang sakit, terlantar dan lemah; ternakan dan haiwan; tanaman dan tumbuhan, serta; tempat-tempat ibadat.
Tegas Nizam, dalam perang sekalipun, Islam menuntut supaya rumah ibadat penganut agama lain tidak diganggu, apalagi dalam suasana aman seperti di Malaysia.
Bahkan jelas Nizam, perbuatan yang dilakukan oleh penduduk Seksyen 23 Shah Alam itu ternyata dilarang dalam Islam, sesuai dengan firman Allah dalam al-Quran, ayat 108, surah Al-An’am yang maksudnya, “Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan.”
Nizam mempersoalkan, siapakah sebenarnya kumpulan demonstran ini, pejuang Islam atau pendekar Melayu? Mereka menjerit atas nama Islam, kemudiannya meraung pula atas nama Melayu. Mana satu topeng yang mereka pakai? Tingkah Nizam.

Bagi Nizam, kumpulan manusia seperti ini hanya menganggap Islam seperti “camouflage” dan kaum adalah lalang tempat bersembunyi dari wajah sebenar. Tanpa sedar, mereka menjadi bidak-bidak catur yang disusun-atur oleh tangan-tangan yang sentiasa gila kuasa dan takhta.

Tuesday, August 18, 2009

Berita Dari Malaysiakini:Pemimpin UMNO Temerloh Sertai KEADILAN




Datuk Alimudin Syawal sertai PKR

Abdul Rahim Sabri Ogos 17, 09

Bekas ketua cawangan Umno Bukit Bendera Mentakab, Pahang, Datuk Alimudin Syawal mengesahkan beliau telah keluar dari Umno untuk menyertai PKR.


Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Alimudin berkata beliau membuat keputusan Sabtu di hadapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan kenyataan dalam blog bekas timbalan perdana menteri mengenai perkara itu hari ini.


Blog tersebut menyatakan Alimudin telah mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno dan mengumumkan menyertai PKR."Pengumuman itu dibuat oleh beliau sendiri di hadapan Datuk Seri Anwar Sabtu lalu di Mentakab, Pahang," tulis blog tersebut.


Menurut Alimuddin beliau membuat pengumuman tersebut di Taman Saga Mentakab dalam satu majlis yang dihadiri oleh Anwar di situ.Katanya, beliau bertindak keluar Umno kerana "tidak wujud ruang demokrasi dalam Umno"."Saya dukacita, kebebasan bersuara tidak ada dalam Umno. Kalau dikongkong, (maka) tidak guna jadi ahli," katanya.



Dato Alimudin menerima ucapan tahniah dari Pengerusi KEADILAN Cabang Temerloh setelah beliau mengumumkan keluar dari UMNO
Menurutnya, beliau telah menghadiri mesyuarat perwakilan bahagian Temerloh pada pagi Sabtu lalu untuk membentangkan satu usul meminta perdana menteri mewartakan hari Jumaat sebagai hari cuti umum."Sudah dua kali - tahun lalu dan tahun ini - bahagian tidak memberi peluang kepada ahli berucap (dalam mesyuarat bahagian). Ahli sepatutnya mengusulkan apa yang mereka tidak puas hati."Oleh kerana tidak ada peluang, apa guna saya berjuang dalam Umno. Nak bersuara tak boleh, apa gunanya," tambahnya.


Bagaimanapun, kata Alimudin, beliau tidak ada sebarang masalah dengan Umno bahagian."Tetapi, Umno bahagian mesti memberi peluang (kepada ahli) memberi idea baru. Sindrom 'angguk, kipas' tak ke mana," katanya.