Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Saturday, May 21, 2011

Berita Dari Malaysiakini


Ex-aide of Selangor MB freed of cheating charge

Hafiz Yatim May 20, 11 4:27pm

A former aide to the Selangor menteri besar, Mohd Yahya Mat Sahri, has been acquitted of a cheating charge by the sessions court in Shah Alam.Judge Azhaniz Teh Azman Teh ruled at the end of submissions by the defence that some doubts have been successfully raised against the prosecution's case."Following this, the court acquits the accused of the charge," he said.


Eight defence witnesses, including Seri Setia assemblyperson Nik Nazmi Nik Ahmad, had testified in the trial. Others included PAS and DAP supporters, while a total of 28 prosecution witnesses had testified.


Yahya (with red necktie), 44, was charged with deceiving the chairperson of Selangor state subsidiary Kumpulan Darul Ehsan Bhd, Abdul Karim Munisar, into giving him RM50,000 on June 4, 2008, as a donation to celebrate Pakatan Rakyat's 100 days in office.

On Dec 1 last year, Azhaniz Teh had acquitted Yahya on a charge of using a false document to open a bank account for the Selangor PKR at the Bandar Sungai Way Maybank branch on May 14, 2008.

In today's proceedings, the prosecution was represented by Roziza Sidek from the Malaysian Anti-Corruption Commission, while Ahmad Nizam Hamid and T Suresh appeared for Yahya.

Yahya was initially suspended when claims of alleged graft surfaced following the then Anti-Corruption Agency probe.His suspension by Khalid had created a furore among his supporters, as they had protested at Khalid's official residence in Section 7 Shah Alam.


However, Yahya, who was then the Selangor PKR secretary, took the immediate step to resign from his post in order to avoid an outright confrontation with the MB.Yahya has been an Anwar Ibrahim loyalist since the early days of reformasi.




Bekas pegawai MB bebas tuduhan menipu
Mei 20, 11 4:14pm

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini membebaskan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri daripada tuduhan menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).


Peguamnya Ahmad Nizam Hamid (kiri) mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini sebentar tadi.Banyak pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan itu di laman-laman Twitter dan Facebook.


Pada 2 Disember tahun lalu, mahkamah memerintahkan Mohd Yahya membela diri atas tuduhan menipu presiden KDEB berhubung Majlis Sambutan 100 hari Pakatan dua tahun sebelum itu.Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.


Mohd Yahya, 44, dituduh menipu Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa sekretariat Pakatan memohon sumbangan bagi membiayai majlis sambutan itu di Gardenia Coffee House, Quality Hotel di Shah Alam pada 4 Jun 2008.


Pengikut marah


Tertuduh selaku pengarah program acara itu, dituduh dengan curangnya mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada beliau sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat dan boleh juga didenda.


Bagaimanapun, Azhaniz Teh melepas dan membebaskan Mohd Yahya daripada pertuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu Resolusi Pembukaan Akaun untuk PKR di Maybank Berhad cawangan Bandar Sunway pada 14 Mei 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie ke atas tertuduh.


Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.Azhaniz Teh membuat keputusan itu setelah mendengar keterangan yang diberikan oleh 28 saksi pendakwaan, termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Sebelum itu, Mohd Yahya yang juga pemimpin kuat PKR Selangor digantung kerja oleh Khalid, menyebabkan pengikutnya marah dan cuba mengheret campurtangan Anwar sekali dalam kes itu.Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Mohd Yahya meletakkan jawatan selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Anwar.

No comments: