Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Wednesday, May 19, 2010

Dari HarakahDaily:SIBU:PR PAHANG BUAT LAPORAN SPRM


Oleh:Hashim Abdullah

TEMERLOH, 19 Mei: Pakatan Rakyat (PR) Pahang telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuat penyiasatan terhadap perlakuan rasuah berbentuk ugutan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sarawak.
Laporan dibuat berhubung satu kenyataan Najib dalam kempen pilihanraya kecil Sibu yang didakwa melakukan ugutan rasuah dalam isu membabitkan kononnya untuk kelulusan membina mitigasi banjir bernilai RM5 juta sekiranya calon BN diberikan kemenangan oleh pengundi.
Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai pimpinan PR tiba ke Pejabat SPRM Cawangan Temerloh petang tadi bersama Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah-Ngah dan Pengerusi Cabang PKR Temerloh, Ahmad Nizam Abdul Hamid.
Turut mengiringi Setiausaha DAP Pahang, Choong Siew Onn, Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar dan 50 penyokong PR.
Tuan Ibrahim dalam laporannya mahu SPRM menyiasat secara telus tanpa rasa takut kepada kedudukan Najib walau pun beliau berjawatan Perdana Menteri bagi memastikan ketelusan demokrasi dipelihara dan menyelamat dana awam dari di selewengkan pemimpin Umno BN.
“Kami ingin membuat aduan atas suatu pendedahan yang disiarkan Malaysiakini bertarikh 13 Mei 2010 jam 6:37 yang kami sifatkan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan secara jelas sebagai Perdana Menteri bagi menawarkan peruntukan untuk membina mitigasi bernilai RM5 juta sekiranya rakyat di Sibu memenangkan calon BN.

“Apa yang mendukacitakan kami ialah pada setiap kali pilihan raya terutama pilihan raya kecil pemimpin Umno BN telah membudayakan anasir rasuah melalui berbagai cara termasuk ugutan sehingga mencemarkan amalan ketelusan demokrasi di negara ini.
“Sebagai pemimpin politik yang sah kami amat perihatin dan bertanggung-jawab atas perjalanan dana awam agar ianya diurus secara telus dan berintegriti. Kami mohon suatu bentuk penyiasatan yang terperinci dilakukana bagi menjaga kepentingan rakyat dan kewangan Negara,” katanya dalam laporan yang ditangani ketiga-tiga pemimpin PR Pahang.

No comments: