Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Thursday, October 15, 2009

Berita Duka

Saya baru mendapat perkhabaran seorang rakan seperjuangan telah meninggaldunia pagi ini.Mendiang Yap Thiam Choi dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Temerloh pagi tadi setelah sekian lama mendapat rawatan.Mendiang mengalami beberapa komplikasi termasuk sakit buah pinggang yang serius.

Mendiang Yap Thiam Choi atau dikalangan kami lebih mesra dengan panggilan Mr.Yap dan Orang Tua Yap antara aktivis KEADILAN dan Pakatan Rakyat yang banyak menyumbang kepada perjuangan.Saya mengenali mendiang dengan lebih dekat, jika tidak silap ingatan,semenjak bulan September 1998,setelah Dato Seri Anwar Ibrahim ditangkap dan 'dimata hitamkan' oleh Rahim Nor.

Mendiang menunjukkan komitmen yang cukup besar didalam aktiviti politik dan turut bertungkus lumus bekerja sewaktu pilihanraya umum.Cuma didalam PRU tahun lalu disebabkab masalah kesihatan,beliau agak kurang cergas namun tetap bersemangat.

Terakhir saya berjumpa mendiang ialah sewaktu bulan Ramadan yang lalu di kedai Sdr.Hj Shukur.Mendiang nampak lemah namun tetap mampu bergurausenda.Kami berbincang tentang kes mahkamah beliau;beliau bertanyakan khabar Sdr.Anwar Ibrahim dan bersungguh-sungguh meminta agar Dato Chua Jui Meng di undang ke Temerloh."Kita buat dinner,jual meja," ujar mendiang.

Mungkin kepada sebahagian pemimpin,mendiang Yap hanyalah wajah-wajah tanpa nama.Tetapi keberadaan perjuangan samada di pihak KEADILAN mahupun PAS khususnya di Temerloh,manusia seperti mendiang inilah yang sebenarnya mewarnai dan memberikan budi dan jasa memperkasakan perjuangan dengan kepercayaan bahawa kita semua adalah rakyat negara merdeka yang ingin melihat keadilan dan demokrasi tegak-utuh di bumi bertuah ini.

Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat Temerloh mengucapkan belasungkawa (takziah) kepada keluarga mendiang dan mengharapkan pihak keluarga dapat bersabar.Sesungguhnya pemergian beliau merupakan kerugian kepada perjuangan.Bagi mereka yang ingin melayat,bolehlah berbuat demikian di kediaman beliau di Kampung Baru Temerloh.

No comments: