Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Monday, April 27, 2009

Ulasan Dari Pak Dharmala NS Tentang Kisah Wan Esah Ibu Kepada Manap Jepun


Berikut adalah ulasan yang saya kira cukup menarik dari Sasterawan Proletariat,Pak Dharmala NS.Blog beliau,PRIMA,boleh dilayari di http://adimul.blogspot.com



Siapa berjasa kepada siapa? UMNO berjasa kepada Melayu atau bangsa Melayu berjasa kepada UMNO? Barangkali yang diungkapkan melalui laman blog http://www.matamin.blogspot.com/ hanya sekelumit perjuangan bangsa Melayu. Apalagi yang berkaitan dengan sumbangan Manap Jepun menyelamatkan nyawa Allahyarham Dato' Hussein Taib; iaitu ayahanda Tun Abdul Razak dan datuk kepada Dato' Seri Najib, Perdana Menteri sekarang. Barangkali juga Dato' Najib tak pernah tahu mengenai Manap Jepun (gambar dengan ihsan muzium sejarah Kampung Chulaborn Patana 12, Thailand) dan Wan Ali tokoh gerila Melayu yang berjuang di sekitar Jerantut, Pahang sekitar dekad 1950-an.
Dalam buku 'Askar Melayu 50 Tahun' (Tan Sri A Samad Idris; Pustaka Biduman, KL, 1983) juga menyebut keberangan Brigedear Jeneral Syed Muhammad al-Sagoff kepada Inggeris kerana meletakkan mayat Manap Jepun di bumbung kereta, kemudian diarak di pekan Jerantut. Ketika itu Syed Muhammad al-Sagoff sekadar berpangkat leftenan sahaja. Maknanya, Askar Melayu yang terdahulu telah menghargai pejuang gerila Melayu seperti Manap Jepun, Wan Ali, Abu Samah Kassim, Abdullah CD dan ramai lagi. Tetapi apa sumbangan Najib terhadap pejuang-pejuang bangsa in?

3 comments:

Seladang said...

Najib bukan menyumbang tetapi berkelakuan sumbang!

the dawn said...

Menarik untuk bercerita ttg hero-hero lampau, tetapi telah dilupakan. Perlu dijejak kembali kisah tokoh-tokoh pejuang sebegini.

Unknown said...

bukan saja najib yg buta sejarah tapi yg lebih sedih lagi orang2 yg mendakwa diri nya intelektual dlm kerajaan seperti DR rais yatim yg sanggup menghina pejuang2 tanahair jadi apa lagi nak diharap kpd yg lain2 kerana kepentingan politik yg bersifat sementara mereka rela melacurkan ilmu pengtahwan dan nilai2 sejarah yg abadi bangsa kita.