Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Friday, December 24, 2010

PUBLISITI BLOG

Kepada teman-teman yang punya minat mengetahui tentang perkembangan Islam di bumi Pahang secara informal sangat disarankan untuk melayari blog berikut:

Sejarah Islam Pahang
[http://sejarahislampahang.blogspot.com/]

Wednesday, December 1, 2010

Former Selangor MB aide ordered to make defence
SHAH ALAM, DEC 1 — The Sessions Court here today ordered Mohd Yahya Mat Sahri, former aid to the Selangor Mentri Besar, to make his defence on a charge of cheating.
Judge Azhaniz Teh Azman Teh ruled that the prosecution had established a prima facie case against Yahya who is alleged to have deceived Kumpulan Durul Ehsan Bhd chairman Datuk Abdul Karim Munisar into giving him RM50,000 as donation to celebrate Pakatan Rakyat’s 100 days in office on June 4 2008.
The judge, however, freed the 44-year-old Mohd Yahya of a charge of using a false document to open a bank account for the Selangor Parti Keadilan Rakyat at the Bandar Sungai Way Maybank branch on May 14 2008.
Twenty-eight witnesses had testified at the preliminary hearing including Selangor Mentri Besar Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim.
The judge set aside Feb 16 and 17 for the defence to present their case.
At today’s proceedings, the prosecution was represented by Roziza Sidek of the Anti-Corruption Commission while Ahmad Nizam Hamid and T. Suresh appeared for the accused. — Bernama
Bekas pegawai khas MB Selangor diperintah bela diri atas tuduhan menipu
SHAH ALAM, 1 Dis – Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini memerintahkan bekas Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri membela diri atas tuduhan menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) berhubung Majlis Sambutan 100 hari pakatan pembangkang dua tahun lepas.
Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Mohd Yahya, 44, dituduh menipu Presiden KDEB Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa sekretariat pakatan pembangkang memohon sumbangan bagi membiayai majlis sambutan itu di Gardenia Coffee House, Quality Hotel di sini pada 4 Jun 2008.
Tertuduh selaku pengarah program acara itu, dituduh dengan curangnya mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada beliau sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat dan boleh juga didenda.
Bagaimanapun, Azhaniz Teh melepas dan membebaskan Mohd Yahya daripada pertuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu Resolusi Pembukaan Akaun untuk Parti Keadilan Rakyat di Maybank Berhad cawangan Bandar Sunway pada 14 Mei 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie ke atas tertuduh.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Azhaniz Teh membuat keputusan itu setelah mendengar keterangan yang diberikan oleh 28 saksi pendakwaan, termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Hakim menetapkan 16 dan 17 Februari depan untuk pembelaan yang dijangkakan akan mengemukakan lapan saksi.
Pada prosiding hari ini, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Roziza Sidek manakala tertuduh diwakili Ahmad Nizam Hamid dan T. Suresh. – Bernama

Monday, November 29, 2010

RANGKUMAN BERITA

'Purging' party could trigger witch-hunt, warns delegate

Jimadie Shah Othman Nov 28, 10 12:12pm (MalaysiaKini)

A Pahang delegate at the PKR annual congress warned that the agenda for cleansing and purging the party of 'traitors' could bring more harm than good.
In his debate in the "Empowering Democracy" resolution, Ahmad Nizam Abdul Hamid said today that the emergence of a "group of four" and the hearty battle cries to purge the party are based more on brash emotion rather than intellectual reason.
"If there really is a gang of four in the party, it will certainly weaken the party," he said, without naming names nor elaborating.
When approached later, Ahmad Nizam again refused to elaborate on who he was speaking about.He said that he merely used the example of a gang of four to reflect the political situation in China during former leader Mao Zedong's Cultural Revolution in the 1970's.
Historically, the gang of four referred to Mao's wife, Jiang Qing, and three others who had driven the party according to their whims and fancies after Mao's death, causing turmoil in the ruling Communist party then.
Previously, newly elected deputy president Azmin Ali (right) had in a dramatic press conference last week vowed to scour the entire party for 'traitors', prompting fears that it could trigger a witch hunt for dissenters.
This came high after rival and former PKR Federal Territories Zaid Ibrahim incessant attacks on him as well as on the de facto leader Anwar Ibrahim throughout the campaigning. It continued even after Zaid announced his withdrawal from the party elections.
The long and exhausting party elections had also attracted numerous complaints of irregularities and malpractices. While some key party leaders have opted for the quiet approach of sending in letters to the secretariat, some took a more public route to the extent of organising demonstrations.
No place for demi-gods
In his speech, Ahmad Nizam also voiced out his concerns against the phenomenon of a "deity mindset" within the party.
"Leaders who think that they are deities, have no place in the party. The party is built in the spirit of democracy and reformation," he said.
Ahmad Nizam, who is also the Temerloh division chief, later told reporters that everything he spoke about earlier came with consensus with the grassroots.
Party president Dr Wan Azizah Wan Ismail in her opening speech yesterday had called Anwar - also her husband - God's gift to lead the people, having gone through numerous political turmoil that could have broken a lesser man.

Waspada pembersihan, 'kumpulan berempat'
Jimadie Shah Othman Nov 28, 10 10:01am (MalaysiaKini)
Perwakilan PKR diingatkan supaya berhati-hati terhadap agenda 'pembersihan' dalam parti dan kemungkinan wujudnya "kumpulan berempat" yang mungkin merosakkan dan membawa keburukan.
Perwakilan Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata, slogan pembersihan yang dilaung-laungkan itu hanyalah bersandarkan emosi 'cengeng' dan bukan berdasarkan hujah intelektual.
"kalau ada gang of four (kumpulan berempat) dalam parti, (menyebabkan) parti akan longgar sendi," kata Ahmad NIzam Hamid yang membuka pentas membahaskan usul pemberdayaan demokrasi dalam Kongres PKR di Petaling Jaya hari ini.Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut tentang agenda tersebut dan kumpulan yang dimaksudkannya itu.
Ahmad Nizam juga menyuarakan kebimbanganya terhadap fenomena "pemimpin dewa" dalam PKR."Pemimpin yang merasakan dirinya dewa, tiada tempat dalam parti. Parti dibina atas konsep merdeka," kata pengamal undang-undang itu.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ahmad Nizam yang juga ketua cabang Temerloh menjelaskan apa yang disuarakannya itu berdasarkan cakap-cakap di kalangan akar umbi yang dikongsi bersama.Walaupun ditanya berulang kali, beliau masih enggan memaklumkan siapakan kumpulan berempat yang dimaksudkannya.
Bagaimanapun, menurutnya, kumpulan itu ditimbulkan berdasarkan suasana politik China di zaman Revolusi Kebudayaan (1966-76) yang dipimpin tokoh besar Komunis Mao Zedong. Berdasarkan sejarah, kumpulan berempat merujuk kepada peranan isteri Mao, Jiang Qing dan tiga lagi selepas kematian suaminya yang mengawal organ parti sesuka hati - tindakan yang mengakibatkan berlakunya kucar-kacir dalam parti.Ditanya sama ada beliau menujukan label kumpulan berempat itu kepada pemenang jawatan timbalan presiden PKR Azmin Ali, Ahmad Nizam enggan mengulas perkara itu.
Pada 22 November lalu, Azmin berikrar untuk membersihkan parti itu daripada "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.Bercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin - kini masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR yang akan tamat hari ini.
By Rahmah Ghazali (FMT)
PETALING JAYA: A PKR delegate today hinted that a group similar to China's infamous Communist political faction “Gang of Four” could have taken root in the party.
Fearing that it could destroy the 12-year-old party if not properly handled, Pahang delegate Ahmad Nizam Abdul Hamid said some of the members had expressed concern over its existence.
“We're not sure if it truly exists,but there’s concern among the members and this speculation rose soon after the party election ended,” he said when debating a motion at the PKR congress here.
Nizam said the “Gang of Four” comprised four Chinese Communist Party officials who rose to prominence during the Cultural Revolution between 1966 and 1976 and were subsequently charged with treason.
The “Gang of Four” had full control over the power organs of the Communist Party during the final stages of the Cultural Revolution.
“We just want to express our fear. Whether or not it (such a gang) exists in PKR, I wouldn't know but this is one of the hottest topics people have been talking about. So I would like to urge the leaders to carry their duty as true leaders,” said Nizam, who did not mention names.
Sack those who breach constitution
Meanwhile, newly-elected Youth central leadership member Erveanna Ansari urged the top leaders to swiftly act against those who breach the party constitution.
She said the party should not be afraid of a backlash, as there were still many members who remained loyal.
“If you lose patience, just sack these individuals. There’s nothing to be afraid of. There are still many members who are still loyal to the party especially the young ones,” she added.
Sharing the same view with Erveanna, a delegate from Malacca suggested that the party should identify the individuals who openly went against the party.
“We shouldn’t delay in taking action against them, identify those who publicly attack the party and those who support the new party that soon will be set up by that someone,” said Mahani Maspan in an apparent reference to former PKR strongman Zaid Ibrahim
Kongres Nasional PKR: Tiada Tempat Untuk Pelagak 'Dewa' Dalam Parti
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK & NURUL AIN MOHD. HUSSAIN (MStar Online)
PETALING JAYA: Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan supaya tidak merasakan diri mereka sebagai 'dewa' hingga enggan menerima kritikan yang disuarakan oleh ahli.
Justeru perwakilan Pahang, Ahmad Nizam Abdul Hamid memberi amaran kepada pemimpin seperti itu bahawa sikap kepimpinan berkenaan tidak mempunyai tempat dalam PKR.
"Jika pemimpin sudah merasakan diri mereka 'dewa', yang tak boleh ditegur atau dikritik... awas! Kerana parti ini ditubuhkan atas jiwa merdeka, kita diajar untuk berani kerana benar.
"Tapi pemimpin yang merasakan diri mereka 'dewa', tidak ada tempat untuk mereka dalam perjuangan ini," tegasnya ketika membahaskan usul perberdayaan demokrasi pada Kongres Nasional (PKR) ke-7 di sini, Ahad.
Tegas beliau, kesetiaan yang diamalkan ahli PKR bukanlah sesuatu yang mutlak atau secara membuta-tuli namun berasaskan prinsip perjuangan sebenar.
Selain itu beliau menggesa ahli PKR agar berwaspada terhadap agenda 'pembersihan' yang dilaung-laungkan sesetengah pemimpin parti.
Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap agenda pembersihan 'gang of four' atau 'kumpulan berempat' yang mula kedengaran dalam parti kerana mungkin tidak berasaskan kepada hujah dan alasan kongkrit.
"Sekarang ini kita dengar sudah ada kecenderungan untuk melakukan pembersihan yang saya lihat gagal mengotakan dalilnya dan asas kepada hujah kongkrit dan intelektual.
"Saya lihat kecenderungan untuk membuat pembersihan ini tidak lebih daripada mainan emosi semata-mata.
"Kebimbangan saya ialah berkaitan soal pembersihan apabila sudah ada yang digelar 'gang of four' kerana jika tersalah langkah, parti kita akan longgar dengan sendiri," katanya.
Ahmad Nizam yang juga Ketua Cabang Temerloh bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai 'kumpulan berempat' yang dimaksudkannya itu.
Ketika ditemui media selepas itu, Ahmad Nizam tetap enggan mendedahkan mengenai maksudnya itu.
Menurut beliau apa yang diperkatakannya itu adalah berdasarkan cakap-cakap di kalangan akar umbi.
Ditanya sama ada label 'kumpulan berempat' itu ditujukan kepada Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang bakal diumumkan sebagai pemenang jawatan Timbalan Presiden, Ahmad Nizam enggan mengulas lanjut.
Azmin sebelum ini pernah berikrar untuk membersihkan parti itu daripada 'pengkhianat' yang bertindak merosakkan imej PKR sepanjang proses pemilihan parti itu baru-baru ini.
Wakil Pahang dakwa wujud 'Gang of Four'
Oleh Azman Zakaria, S Anand Kumar dan Haspaizi Mohd (Bharian.com.my)
Parti perlu berhati-hati dalam tindakan pembersihanPETALING JAYA: Perwakilan Pahang, Ahmad Nizam Abdul Hamid mendakwa kemungkinan wujud satu kumpulan yang digelarnya sebagai 'Gang of Four' (Kumpulan Berempat) dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang boleh menjejaskan parti berkenaan.Justeru, katanya, parti perlu berhati-hati dalam tindakan melakukan pembersihan.
“Apa yang nak saya tegaskan ialah mengenai kebimbangan berkaitan soal pembersihan apabila sudah ada yang menyebut mengenai Gang of Four... sehingga sanggup mengeluarkan gelaran sebegitu.
“Jika ada tindakan untuk membersihkan Gang of Four, kita kena hati-hati... jika tersalah, parti ini akan longgar,” katanya ketika membahaskan usul Pemberdayaan Demokrasi.Beliau berkata, apa yang dilihatnya mengenai kecenderungan untuk menyebut mengenai pembersihan, adalah tidak lebih daripada mainan emosi semata-mata.
Katanya, pemimpin yang berasakan diri mereka sebagai dewa tiada tempat dalam parti kerana parti dibina atas konsep merdeka.
Sementara itu, perwakilan Negeri Sembilan, Muhammed Kamal Yassin mahu usaha dilakukan kerajaan negeri pakatan pembangkang untuk menaikkan pendapatan perkapita isu rumah rakyat kepada RM4,000 sebulan.
Ketika membahaskan usul ekonomi, beliau mahu pembangunan ekonomi peneroka FELDA ditingkatkan, sambil membawa dan menunjukkan seluar dalam di dalam kotak baru kepada perwakilan, merujuk pengurangan duti import dalam Bajet 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuk untuk pakaian dalam.
“Bukan pengurangan duti ini yang kita mahu," katanya yang kemudian menyatakan apa yang di tangannya itu adalah seluar dalam.
Sementara itu, perwakilan Johor, Yap Kian Giap memulakan ucapan perbahasan usul ekonomi dengan memberi ucapan salam `Assalamualaikum warahmatullah hiwabaraktuh’.Beliau antara lain membangkitkan mengenai pelaburan asing langsung (FDI) ke Malaysia yang menurun daripada RM24 bilion pada 2008 kepada RM4.4 bilion pada 2009.Beliau mengakhirkan perbahasannya juga dengan ucapannya `Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh’.
Selepas ‘Third Force’ perwakilan bangkit isu Geng Berempat dalam PKR
Oleh Syed Mu’az Syed Putra (The Malaysian Insider)

PETALING JAYA, 28 Nov — Jika sejak dua hari lalu hangat diperkatakan mengenai “Third Force”, hari ini seorang perwakilan PKR mendakwa wujudnya kumpulan baru — dikenali sebagai “Geng Berempat” — yang sekiranya tidak ditangani dengan segera akan merosakkan parti komponen Pakatan Rakyat itu.
“Saya hanya melahirkan kebimbangan sekiranya wujud kumpulan ini dalam parti ia akan membawa kerosakan kepada parti.
“Kita tidak tahu sama ada benar-benar wujud ataupun tidak, tapi kebimbangan itu ada dan ia dibuat berdasarkan perkembangan selepas pemilihan parti.
“Jadi kebimbangan itu ada, kalau benar-benar wujud ia akan merosakkan parti,” kata perwakilan dari Pahang Ahmad Nizam Abdul Hamid ketika membahaskan usul pemberdayaan demokrasi pada Kongres Nasional PKR di sini.
Ketua PKR Temerloh itu berkata demikian dengan merujuk kepada sejarah politik China yang mengatakan gelaran “Geng Berempat” itu ialah panggilan yang diberi kepada sebuah paksi politik haluan kiri yang terdiri daripada empat orang pegawai Parti Komunis China.
Keempat-empat individu itu adalah Jiang Qing, isteri terakhir Mao Zedong yang kelihatan memimpin kumpulan ini, dan sekutu-sekutu terdekat Zhang Chunqiao, Yao Wenyuan, dan Wang Hongwen.
“Geng Berempat” ini berjaya menguasai alat-alat kuasa Parti Komunis China pada tahap-tahap terakhir Revolusi Kebudayaan, tetapi tidak pasti keputusan besar mana yang dilakukan atas arahan Mao Zedong dan dilaksanakan oleh kumpulan ini, dan yang mana adalah hasil rancangan kumpulan itu sendiri.
“Kita hanya melahirkan kebimbangan itu sahaja. Sama ada wujud atau tidak saya tidak tahu tapi ini adalah topik yang hangat diperkatakan sekarang.
“Jadi saya minta supaya pemimpin yang menang harus melakukan tugas sebagai seorang pemimpin,” kata Ahmad Nizam ketika ditemui selepas itu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan individu-individu yang terlibat.
Mengenai pembersihan dalam PKR, Ahmad Nizam berkata ia adalah keputusan yang dibuat berdasarkan emosi bukan intelektual.
“Keputusan nak buat pembersihan parti bukan intelektual tetapi adalah emosi, ia lebih kepada emosi.
“Pemimpin yang merasa diri menjadi dewa tiada tempat di dalam parti, parti dibina atas konsep merdeka,” katanya.
Benarkah Wujud "Kumpulan Empat Orang", PKR Ditanya Perwakilan (Malaysia Aktif.Com)
PETALING JAYA, 28 Nov -- Seorang perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan kebimbangan sekiranya benar wujud "Kumpulan Empat" dalam parti itu yang boleh melemahkan parti.Perwakilan Pahang, Ahmad Nizam Abdul Hamid mengutarakan hal itu ketika membahaskan Usul Pemberdayaan Demokrasi pada Kongres Nasional Tahunan PKR ke-7 yang berakhir di sini Ahad.
Ahmad Nizam, yang juga Ketua Cabang PKR Temerloh, bimbang usaha "membersihkan parti" yang pernah disebut oleh pemimpin-pemimpin PKR sebelum ini akan memungkinkan wujudnya kumpulan seumpama itu.
"Kebimbangan saya dalam soal pembersihan ini juga, apakah sudah ada 'Kumpulan Empat' dalam parti kita ini sehingga sanggup mengeluarkan tindakan-tindakan sebegitu rupa. Jika ada 'Kumpulan Empat' ini, tunggu dan lihat, parti ini akan longgar sendi-sendinya," katanya.
PKR delegate asks about 'gang of 4' in party (nst.com.my)
PETALING JAYA: A Parti Keadilan Rakyat (PKR) delegate from Pahang raised the question today over whether there exists what he called "a gang of four" in the party.
Speaking when debating a motion on democracy on the final day of the party's 7th National Congress here, the delegate, Ahmad Nizam Abdul Hamid, said if it was indeed true that the "gang of four" existed, it could weaken the party.
"If there is indeed a 'gang of four' in the party, then just wait and see... the party will be weaken from within," he said.
He did not elaborate who he was referring to as the "gang of four."
The term "Gang of Four" often refers to the faction which controlled powers during the era of the Cultural Revolution in China in the 1970s.

Friday, November 19, 2010

KORBAN,UNTA DAN ANAKKU

Foto:Unta Australia baka Dromedary dibawa dari Timur Tengah di Abad-18

"Abah,kalau sembelih korban unta lagi banyak pahala ya?".


"Hmmm,Abah tak rasa macam gitu.Sama je pahala slaughter unta atau lembu".


pause


"Tapi kenapa ada banners UMNO buat korban unta?Lembu dengan kerbau kurang standard ke Bah?"


Foto:struktur unta yang juga dikenali sebagai Bahtera Padang Pasir



"Hmmm,itu pilihan diaorang nak sembelih binatang apa pun untuk korban.Tak ada masalah,slaughter binatang apa pun asalkan cukup Rukunnya shouldnt be any problem."


Pause


"Abah,unta tak ada kat Malaysia kan?So that means korban unta special lah ya?Kenapa tak korban lembu atau kerbau,I wonder...".


"Hmmmm...".


"They have to bring in the unta from abroad right?"


"Of course,kat tempat kita mana ada orang ternak unta.Abah dengar diaorang beli dari Australia."


"Must be very expensive kan?Transportation and whats not.Ustazah cakap ibadah korban sebab nak bantu orang miskin kan Bah.Kenapalah tak guna duit beli unta dari Australia tu bantu orang miskin?Lagi pun unta mesti more expensive than kerbau kat Chenor,ni expenses beli kat Australia lagi,naik kapal lagi,tax kat port lagi,naik lori ke tempat korban lagi...mesti banyak duit gunakan Bah?"



Mudah-mudahan bukan spesis ini yang dikorbankan kerana ini unta iklan rokok Camel (Joe Camel)


Dan saya menoleh kearah putera saya yang duduk disebelah kerusi penumpang hadapan.Hati kecil saya terselit rasa bangga yang anak ini boleh serta dapat menilai secara kritis akan dunia yang dilaluinya.

Putera saya,Ahmad Suhail,berusia 11 tahun.



Post Scriptum:

Difahamkan UMNO menyembelih unta-setiap kawasan Parlimen 2 ekor-sebagai korban untuk tahun ini.

Tuesday, November 9, 2010

BIAR MATI DIPANGKAL BANIR:SITI MARIAM IDRIS DALAM KENANGAN





"Janganlah balik lagi,kita berador* di rumah Wan dulu",begitulah ulas kata sayu yang keluar dari mulut wanita kecil molek itu.Saya hanya mampu tersenyum dalam sayu juga.



"Belum puas lepas rindu dah nak balik",dengan mata sayu dan dalam nada memujuk wanita itu menujukan kata-katanya kepada saya.

Mariam Binti Idris,15 Disember 1927-5 November 2010


Ya,itulah antara kata-kata dari kenangan saya bersama Allahyarham Siti Mariam Idris yang lebih mesra memanggil dirinya dengan panggilan Wan (gelaran Wan disini bermaksud Nenek mengikut slanga orang Temerloh).Saya berjumpa dengan wanita istimewa ini ketika mengziarahi Kampung Perdamaian Chulaborn Pattana 12 di Sukhirin,Thailand di hujung tahun lalu.



Sebenarnya sudah lama saya mendengar nama Wan Mariam ini dari adiknya yang saya panggil Pak De Hashim dan Hj Suhaimi Said.Pernah beberapa kali Pak De Hashim menelefon saya mengajak saya ke rumahnya untuk berjumpa dengan 'orang dalam' tetapi entah kenapa jemputan tersebut tidak pernah dapat saya penuhi.




Foto ihsan Mat Amin.Keluarga Allahyarhammah dari Temerloh mengziarahi beliau Aidil Fitri tahun ini.Dalam gambar,Pak Ali dan Pak De Hashim,kedua-duanya adik Allahyarhammah dan Halim anak saudara Allahyarhammah. Inilah pertemuan terakhir Allahyarhammah dengan keluarganya dari Temerloh.


Dihari pertama saya sampai ke Kampung Perdamaian tersebut setelah selesai mengziarahi pusara para pejuang termasuk pusara Kamarazaman Yakub,seorang anak Temerloh yang kental berjuang,saya terus meminta Pak Hasan Hj Salleh,juga anak Temerloh untuk menunjukkan saya rumah 'orang Temerloh' yang ada di kampung.Dengan dipandu oleh Pak Hasan dan Pak Awang saya dibawa kerumah Wan Mariam,yang terletak di belakang rumah Pak Abdullah CD.


Sebenarnya berjalan kaki keliling kampung dengan udara lembah yang dingin begitu menyenangkan dan mendamaikan.Segala kekusutan di fikiran seolah-olah hilang terbang dibawa angin rimba.Begitulah saya menikmati 'evening walk' keliling kampung.



Rumah Wan Mariam sederhana besar,rumah 2 tingkat nampak begitu selesa.Dihadapan rumah ada longgokan pasir dan beg simen yang menunjukkan rumah tersebut didalam renovasi.Setelah memberi salam,muncul seorang lelaki kurus semampai berbangsa Cina dari ruang dalam rumah.Kami bersalaman dan saya diperkenalkan dengan Pak Mamat,suami Wan Mariam,juga bekas perajurit Rejimen Ke-10.Pak Mamat berasal dari Triang Pahang dan telah memeluk Islam.



Wan Mariam dihadapan rumahnya di Kampung Perdamaian Chulaborn Pattana Sukhirin


Pak Mamat memohon maaf kerana beliau tidak berapa sihat,selsema katanya.Kemudian Wan Mariam pula keluar,setelah diberitahu saya dari Temerloh,wajah beliau terus berubah membayangkan rasa gembira yang tidak terkira.Sambil bersalam saya terus memberitahu bahawa saya sangat rapat dengan Hj Suhaimi Said dan keluarganya yang kami anggap sebagai keluarga kami juga.Mendengar itu,saya langsung di dakap oleh Wan Mariam.

Pak Mamat,suami tercinta Allahyarhammah.Juga anak Pahang yang lahir di Triang


Sambil menghirup teh panas dan biskut,kami berbual-saya sampaikan salam adiknya Pak De Hashim-kami bercerita seputar Temerloh yang menurut Wan Mariam sudah maju dan banyak berubah.Saya bercanda dan bergurau dan terasa kemesraan yang begitu kejap seolah-olah keluarga rapat layaknya.



Wan Mariam ialah salah seorang dari putera dan puteri Sungai Pahang yang menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada perjuangan bersenjata melawan Inggeris demi cita-cita mengejar kemerdekaan tanahair.Siapa sangka wanita kecil molek ini punya semangat waja dan kental sanggup meninggalkan keselesaan untuk berumahtangga didalam hutan.Lebih 40 tahun bergulat dengan pelbagai pancoraba di dalam rimba belantara demi kepercayaan dan keyakinannya terhadap perjuangan yang disertainya sejak dari muda.


Wan Mariam menerima pencerahan bangun melawan penjajah Inggeris dari kegiatannya didalam Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang ketika itu aktif dan berpusat di Temerloh.Kesedaran berjuang menuntut kemerdekaan yang ditanam hasil menjadi aktivis AWAS kemudiannya mendorong beliau untuk memanggul senjata setelah Darurat di istiharkan.Tidak rela beliau melihat tanahair tercinta berterusan diperlakukan oleh penjajah dan tidak tega beliau melihat nasib anakbangsa terjajah terus di hina.

Wajah-wajah Srikandi.Allahyarhammah bergambar bersama Ibu Siti Norkiah balu Allahyarham Abu Samah Mohd Kassim.

Atas semangat untuk membela Ibu Pertiwi maka Wan Mariam memilih untuk menyertai Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya (TRM).Dengan tekad yang membara,bersama 40 orang putera-puteri Temerloh pada tanggal 15.12.1949 (tarikh ini menurut catatan saya ketika temubual dengan Wan Mariam pada 14.12.2009;manakala didalam blog Kini&Silam [ http://matamin02.blogspot.com/] dicatatkan tarikh Mei 1949) beliau secara rasmi meninggalkan rumah dan kampung halamannya menyertai perjuangan bersenjata melawan penjajah.



Beliau bersama suaminya,Udin,bertekad untuk terjun didalam perjuangan bersenjata melawan Inggeris tanpa menoleh ke belakang lagi.Wan Mariam terpaksa membuat pengorbanan yang begitu besar,meninggalkan anaknya yang ketika itu berusia 9 bulan didalam jagaan bondanya.Dari peristiwa ini dapat dinilai betapa kuat semangatnya untuk berjuang sehingga sanggup bukan sahaja meninggalkan keselesaan hidup dikampung malah sanggup berkorban meninggalkan anak didalam ribaan demi menyahut panggilan Ibu Pertiwi.


Dari tarikh tersebut Wan Mariam kekal berjuang bersama Rejimen Ke-10.Sesudah Perjanjian Damai tahun 1989,Wan Mariam memilih untuk terus tinggal di Thailand bersama-sama teman seperjuanganya sehinggalah beliau menghembus nafas terakhir pada di pagi Jumaat 5 November 2010.



Sewaktu pertemuan saya dengan Wan Mariam saya bertanya apa yang mendorong beliau untuk terus bersemangat berjuang dan tidak menyerah diri misalnya.

"Wan pegang pesan Mak.Mak pesan sebab saya sudah pilih jalan ini untuk berjuang,maka jangan sekali-kali menyerah diri.Jangan tampal kulit babi di muka Mak,begitu pesan Mak kepada Wan sebelum meninggalkan rumah,"jawaban yang begitu tegas dari wanita berhati waja ini bagi menjawab pertanyaan saya.


Wan Mariam bercerita memang beliau pernah mengalami waktu-waktu genting apabila pasukannya terlibat didalam pertempuran.Menurut beliau sudah tidak terhitung berapa kali mengikuti pertempuran.Beliau memanjatkan rasa syukur kerana sepanjang pengalamannya bergerila Allah masih mengasihinya,terhindar dari marabahaya kerana "mungkin Tuhan nak temukan Wan dengan anak hari ini",ujar beliau sambil tersenyum.


Dan ketika saya meminta diri untuk kembali semula ke Temerloh (jika mengikut rasa hati saya ingin tinggal lebih lama tetapi oleh kerana mengikut jadual rombongan maka hanya dapat berada di Kampung tersebut selama sehari semalam sahaja) keesokkan harinya,Wan Mariam meminta dengan sungguh-sungguh agar saya dapat tinggal lebih lama dan bermalam di rumahnya.Saya didakap erat dengan linangan airmata mengalir dan tanpa disedari saya turut mencucurkan airmata.Walaupun hanya seketika berjumpa tetapi kemesraan yang terjalin itu seoal-olah saya dihargai sebagai sebahagian daripada keluarganya juga.Dengan janji akan kembali mengziarah dan kali ini akan berador* di rumahnya saya meminta diri untuk menaikki van kembali semula ke Malaysia.


Ya,janji itu nampaknya tidak tertunaikan.Wan Mariam yang dikenali juga dengan nama Atom,Tabah,Sitah dan Tun telah terlebih dahulu kembali menemui Penciptanya.Wanita tabah dan cekal ini telah menyumbang kepada sejarah perjuangan bangsa dan tanahairnya dengan caranya tersendiri dan dengan kepercayaannya terhadap apa yang diperjuangkannya.Lebih 40 tahun Srikandi berhati waja ini menyerahkan seluruh jiwa raganya didalam perjuangan.Mariam Binti Idris tentunya sebahagian dari mata rantai sejarah dan produk zaman yang menuntut beliau membuat pilihan bagi mencapai cita-cita melihat Tanahairnya bebas dari belitan rantai kejam penjajahan.Dan beliau dengan kesedaran mendalam memilih berjuang bersama Rejimen Ke-10 TRM diatas keyakinan dan tuntutan sejarah dizamannya itu.Siapakah yang boleh menafikan sumbangan dan jasabudinya kepada tanah bertuah ini?Biar tiada tugu yang dibina meraikan budi dan jasa itu,namun saya yakin sumbangsih dan pengorbanan beliau tidak sia-sia.



Dan saya teringat kepada kata-kata penuh semangat yang tatkala saya mendengar dari mulut Wan Mariam,bulu-bulu roma saya meremang dan darah merah segera berlari mendidih disegenap urat nadi saya.


"Biar mati dipangkal banir,namun menyerah tidak sekali-kali".



Semoga Allah SWT mengampun dosa Wan Mariam dan menerima segala amalbaiknya serta ditempatkan rohnya dikalangan orang-orang soleh,amin.Al-Fatihah.




*Berador-tidur dirumah bersama-sama.Amalan berador ini merupakan bahagian sosio budaya didalam masyarakat Melayu Pahang khususnya di Temerloh.Ia lebih untuk menunjuk atau membentuk kemesraan diantara tuan rumah dan tetamu.






























Friday, October 22, 2010

Rangkuman Berita

Bekas Setiausaha UMNO bahagian diarah bayar RM250,000(Berita Harian)

2010/10/21TEMERLOH: Mahkamah Tinggi Temerloh di sini hari ini memerintahkan bekas Setiausaha Umno Bahagian Lipis, Zulkifli Othman, membayar ganti rugi RM250,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Tengku, Abdul Rahman Mohamed, kerana memfitnahnya dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir membacakan keputusan itu selepas meneliti keterangan saksi dan dokumen di mana terdapat unsur-unsur fitnah dalam perkataan yang diungkap oleh Zulkifli.


Zulkifli, 54, didakwa memfitnah Abdul Rahman, 48, dengan membuat surat akuan bersumpah serta mengedarkannya menjelang pemilihan Umno Bahagian Lipis pada 2008 dengan mendakwa Abdul Rahman suka berfoya-foya dengan niat mencalarkan imej Abdul Rahman yang ketika itu bertanding jawatan Ketua Umno bahagian berkenaan.


Zulkifli sebelum ini diberikan tempoh 14 hari memohon maaf kepada Abdul Rahman tetapi enggan berbuat demikian. Kes berkenaan kemudiannya difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 3 Mac 2009. Akhtar memerintahkan Zulkifli membayar RM250,000 merangkumi ganti rugi am, teladan dan teruk serta faedah lapan peratus dari tarikh keputusan hingga selesai dan kos mahkamah RM10,000. Abdul Rahman diwakili Ahmad Nizam Hamid manakala Zulkifli diwakili Abdul Majid Md Yusof. - BERNAMA


LIBEL:Former UMNO Secretary To Pay RM250 000 (NST)

TEMERLOH: The Temerloh High Court here today ordered former Lipis Umno secretary Zulkifli Othman to pay RM250,000 damages to Padang Tengku assemblyman Abdul Rahman Mohamed for having libelled the latter, two years ago.

Judicial Commissioner Datuk Akhtar Tahir made the decision after finding that based on the evidence presented and testimony adduced from witnesses, Zulkifli had indeed defamed the assemblyman. Zulkifli, 54, had done this in a statutory declaration, copies of which were circulated around prior to Lipis Umno's divisional polls in 2008.

In it, he had claimed that Abdul Rahman, 48, like to flirt around and the judge held that the document was aimed at tarnishing the image of the assemblyman, who was contesting the division chief post.

In the civil suit, Abdul Rahman was represented by counsel Ahmad Nizam Hamid while the defendant by counsel Abdul Majid Md Yusof. When met by reporters afterwards, Abdul Rahman said he was very happy that his reputation had not been smeared and that he would be donating part of the money to orphanages.-- BERNAMA


Fitnah: ADUN Umno dapat suku juta (Malaysiakini)

Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini memerintahkan bekas Setiausaha Umno Bahagian Lipis, Zulkifli Othman, membayar ganti rugi RM250,000 kepada ADUN Pahang kawasan Padang Tengku, Abdul Rahman Mohamed, kerana memfitnahnya dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir membacakan keputusan itu selepas meneliti keterangan saksi dan dokumen di mana terdapat unsur-unsur fitnah dalam perkataan yang diungkap oleh Zulkifli.Zulkifli, 54, didakwa memfitnah Abdul Rahman, 48, dengan membuat surat akuan bersumpah serta mengedarkannya menjelang pemilihan Umno Bahagian Lipis pada 2008dengan mendakwa Abdul Rahman suka berfoya-foya dengan niat mencalarkan imej Abdul Rahman yang ketika itu bertanding jawatan Ketua Umno bahagian berkenaan.

Zulkifli sebelum ini diberikan tempoh 14 hari memohon maaf kepada Abdul Rahman tetapi enggan berbuat demikian. Kes berkenaan kemudiannya difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 3 Mac 2009.Akhtar memerintahkan Zulkifli membayar RM250,000 merangkumi ganti rugi am, teladan dan teruk serta faedah lapan peratus dari tarikh keputusan hingga selesai dan kos mahkamah RM10,000.Abdul Rahman diwakili Ahmad Nizam Hamid manakala Zulkifli diwakili Abdul Majid Md Yusof.- Bernama

Tuesday, October 12, 2010

WAJIB BACA:Surat Terbuka Dato Mat Zain B Ibrahim,Bekas Pegawai Kanan Polis

SURAT TERBUKA
Kepada,
Yang Berbahgia Datin Kalsom Taib,
43 Persiaran Burhanuddin Helmi,
Taman Tun Dr.Ismail,
60000 Kuala Lumpur,

Melalui Pos & Email

YBhg Datin,
THE SHAFEE YAHAYA STORY - Estate Boy To ACA Chief.
Dengan penuh hurmat takzim,saya menjemput Datin merujuk kepada buku hasil penulisan Datin bertajuk diatas (selepas daripada ini akan dirujuk sebagai Buku Tersebut) yang telah dilancarkan pada akhir July 2010 khususnya Bab 11,12 dan 13. Sebagai pembuka kata saya menyusun sepuloh jari menuntut ampun dan maaf kepada Datin dan YBhg. Dato Shafee Yahaya serta keluarga sekiranya dalam surat terbuka ini kelak, terdapat kata-kata saya ataupun fakta dan keterangan yang saya bentangkan yang menyinggung perasaan Datin serta keluarga. Saya berharap Datin akan menerima penerangan saya ini dengan perasaan terbuka.
2. Nama saya Mat Zain bin Ibrahim seorang pesara Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berpangkat Senior Asisten Kommisioner II (SAC II) G/5776. Jawatan akhir saya ialah sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur yang saya sandang sejak Disember 1998 sehingga bersara pilihan sendiri pada akhir 2001. Saya lebih dikenali sebagai Ketua Pegawai Penyiasat kes “Mata-Lebam” satu insiden bersejarah dimana bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibelasah oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor (kes yang akan turut saya sentuh dalam Surat Terbuka ini kerana kaitannya dengan penulisan Datin dalam Buku Tersebut).
3. Mungkin tidak ramai yang perasan, (termasuk Pegawai-Pegawai Kanan PDRM yang sedang berkhidmat mahupun yang seangkatan dengan saya dan telah bersara) bahawa ketika bertugas sebagai KJSJ Kuala Lumpur saya juga merupakan Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes dakwaan salah guna kuasa terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato Seri Dr.Mahathir Mohamed (Tun Mahathir) yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya ketika memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi (Civil) Kuala Lumpur, pada 12 Jun 2000.Saya akan dedahkan apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang Polis temui dalam penyiasatan kes ini dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul nanti.
3.1. Untuk makluman Datin, selain daripada dua kes berprofil tinggi yang saya sebutkan diatas,saya juga adalah Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kesemua empat (4) laporan Polis yang dibuat oleh DSAI diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999 ( ketika DSAI dalam penjara Sungai Buloh) berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) Peguam Negara ketika itu, dan Dato Abdul Gani Patail (kini Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara). Laporan-laporan yang dibuat oleh DSAI ini adalah bersangkutan dengan penyiasatan dakwaan penyelewengan dan kesalahan rasuah melibatkan Tun Daim Zainuddin,Datuk Seri Rafidah Aziz (kini Tan Sri Rafidah),Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Tan Sri Eric Chia (mendiang).
PELANCARAN BUKU TERSEBUT.
4. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datin yang berjaya menghasilkan suatu percetakan berkualiti tinggi Buku Tersebut. Sebenarnya saya telah mengetahui mengenai pelancaran Buku Tersebut menerusi laman blog Din Merican pada 26 July 2010. Namun saya hanya berkesempatan membelinya di-Bookstore MPH, The Great Eastern Mall, beberapa hari sebelum Eidul Fitri ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa bersama keluarga disalah sebuah restoran disitu. Untuk makluman Datin, saya tidak pernah mengenali Din Merican walaupun beliau sering menyebut nama saya dalam rencana-rencana beliau lebih-lebih lagi apabila membuat liputan berkaitan perbicaraan kes Datuk Ramli Yusuff, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM, dan juga seorang Peguam Rosli Dahlan. Sepertimana juga saya tidak pernah menemui atau berkenalan dengan Datin dan Dato Shafee Yahaya sendiri, saya juga tidak pernah kenal atau menemui Din Merican ataupun Peguam Rosli Dahlan walaupun Datuk Ramli Yusuff adalah sahabat saya yang saya kenali sejak dalam PDRM.
SURAT TERBUKA INI.
5. Saya berharap Datin terima bahawa saya tidak sekali-kali berhasrat untuk mempertikaikan, jauh sekali untuk memperkecilkan sejarah hidup Dato Shafee yang gemilang daripada seorang “Estate Boy to ACA Chief”. Tumpuan saya adalah terhadap fakta-fakta yang terkandung dalam Bab 11,12 dan 13 Buku Tersebut oleh kerana ianya berkaitan dengan saya secara peribadi. Sama ada secara langsung ataupun menerusi pihak ketiga antaranya, Datuk Param Cumaraswamy atau pun Kim Quek (sepertimana terkandung dalam muka surat 273 hingga 287), Datin telah meyoal “What happened to the probe on Dr. Mahathir?”.
Jika diselidik rekod PDRM berkaitan penyiasatan kes ini, ianya akan menjurus kepada saya oleh kerana saya adalah KJSJ Kuala Lumpur ketika itu, yang bertindak selaku Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes tersebut. Adalah tidak adil kepada PDRM khasnya sekiranya saya berdiam diri kerana saya tahu perkara yang sebanarnya. Meminjam salah satu quotation yang Datin gunakan dalam Buku Tersebut; ”And mix not truth with falsehood,n or conceal the truth while you know (the truth)” Surah Al Baqarah 2:24. saya akan berasa bersalah kepada PDRM dan juga kepada isteri dan anak-anak dan cucu-cucu saya jika saya tidak tampil menjelaskan perkara sebenar.
Laporan kepada YDH DIG Tan Sri Ismail Hj.Omar, atas sifat Timbalan Ketua Polis Negara (kini Ketua Polis Negara) dengan salinan kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.
6. Sambil itu saya ingin Datin ketahui bahawa sebelum terbitnya Buku Tersebut saya ada mengemukakan satu laporan bertarikh 6 hb.Mei 2010 atas tajuk “Dakwaan Pemalsuan Keterangan Dalam Siasatan Insiden Mata-Lebam 1998 Berkaitan Kecederaan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) Ketika Dalam Tahanan Lokap Polis Bukit Aman:- Penyemakan Semula” yang dialamatkan persendirian kepada YDH Tan Sri Ismail Omar ketika itu Timbalan Ketua Polis Negara dengan salinannya dialamatkan persendirian kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan menerima surat saya berkenaan itu menerusi surat peribadi beliau kepada saya bertarikh 21hb Mei 2010.
6.1. Secara kebetulan dalam laporan saya tersebut itu, antara lainnya, saya telah menyentuh berkaitan penyiasatan terhadap Tun Mahathir, yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya. Dalam Surat Terbuka ini, saya akan menyentuh sedikit sebanyak kandungan laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar itu bilamana berkenaan.
Siasatan terhadap Tun Mahathir terbit daripada pendedahan oleh Dato Shafee Yahaya.
7. Siasatan kes ini adalah bersandarkan laporan Polis Tun H.S.Lee Rpt: 14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada 13.6.2000. Kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 2 Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat 1970. Perintah dibawah Seksyen 12 untuk menyiasat kes ini dikeluarkan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya Dato’ Mohd. Zaki bin Mat Yasin.
7.1. Dalam laporan Polis ini, DSAI telah mengaitkan keterangan bersumpah Dato Shafee Yahaya yang dibuat diMahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12.6. 2000 yang membawa maksud bahawa Tun Mahathir telah menyalahgunakan kuasa serta menghalang proses keadilan dengan mengarahkan Dato Shafee Yahaya, ketika itu Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), menghentikan penyiasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bin Sulaiman yang pada masa material itu, adalah Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.
7.2. Untuk makluman Datin selain daripada laporan yang dibuat oleh DSAI, terdapat sejumlah 14 laporan-laporan Polis yang lain dibuat antara 14.6.2000 hingga 22.7.2000. Terdapat laporan-laporan yang dibuat secara individu dan ada juga laporan-laporan dimana pengadu mendakwa mewakili beberapa ramai yang lain atau sesuatu kumpulan, malah ada yang menyertakan senarai nama dan tandatangan mereka-mereka yang berkenaan. Hampir kesemua pengadu-pengadu berkenaan dikenalpasti sebagai ahli biasa atau memegang sesuatu jawatan dalam parti-parti politik pembangkang khasnya Parti Keadilan Nasional.
7.3. Antara mereka yang telah membuat laporan tersebut ialah Hj. Mahfuz Hj. Omar, Chua Tian Chang @ Tian Chua, Saifuddin Nasution Hj. Ismail, Mohamad Ezam bin Mohd Noor, Lokman Noor Adam, Rusalan Hj. Kassim, Badarulamin bin Bahron dan lain-lain. Kesemua pengadu menggesa pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Tun Mahathir kerana telah menyalahgunakan kuasa dan menghalang proses keadilan.
7.4. Pegawai Penyiasat yang telah saya arahkan untuk merakamkan percakapan Dato Shafee dirumah Datin itu ialah Deputi Superintenden Narenasegaran (Naren) (sudi rujuk muka surat 324 Buku Tersebut dibawah tajuk “The aftermath”) (kini beliau berpangkat Asisten Kommisioner Polis bertugas sebagai KJSJ Pahang). Untuk makluman Datin, pegawai ini ada memaklumkan kepada saya betapa “simple dan humble serta peramahnya” Dato Shafee dan Datin ketika beliau berkunjung kerumah Datin, untuk merakamkan sambungan percakapan Dato Shafee atas arahan saya itu. Mengenai salinan percakapan Dato Shafee pula, saya yang tidak membenarkan untuk diberi kepada Dato Shafee. Saya percaya Dato Shafee sendiri tahu peruntukkan undang-undang dan peraturan mengenai perkara membekalkan percakapan saksi.
7.5. Terus terang saya menyatakan bahawa saya sendiri yang tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Dato Shafee itu. Malahan Dato Shafee sendiri yang menyatakan bahawa memang TIDAK ADA ARAHAN SECARA LANGSUNG oleh Tun Mahathir untuk menutup atau menghentikan siasatan kes berkenaan. Namun begitu Dato Shafee ada menyatakan bahawa setiap perjumpaan dan teguran-teguran Tun Mahathir mengenainya, jika diambil secara keseluruhan akan membawa maksud bahawa Tun Mahathir mengarahkan beliau (Dato Shafee) menutup atau menghentikan penyiasatan terhadap Tan Sri Ali Abul. Dato Shafee mengesahkan bahawa perjumpaan beliau dengan Tun Mahathir adalah “on a one to one basis”.
Oleh demikian tidak ada saksi bebas terhadap apa yang sebenarnya transpired antara mereka berdua. Dalam situasi ini, pembuktian dakwaan Dato Shafee akan bergantung kepada sejauh mana, atau apa yang dirakamkan/dicatitkan oleh Dato Shafee sendiri dalam diari atau fail berkaitan siasatan sabjek dalam persoalan.
“Rampasan” Kertas Siasatan BPR.
7.6. Memadai untuk saya menyatakan bahawa dalam kesungguhan PDRM menyiasat kes ini, saya telah mendapatkan persetujuan dan kerjasama BPR untuk menyerahkan 2 kertas siasatan untuk penelitian saya iaitu;
7.6.1. Kertas Siasatan HQ/BPR/KS:23/7/98-disiasat oleh Penguasa BPR Abdul Halim Hj.Ibrahim (kemudian diambil alih siasatan oleh Penguasa BPR Tan Kang Sai). Kes ini adalah berkaitan dakwaan pembabitan Tan Sri Ali Abul Hassan dan seorang Dato (saya tidak menyebut namanya bagi mengelakkan sebarang tanggapan khilaf terhadap dirinya) yang ada kepentingan sendiri, projek pengswastaan Aktibiti Pemeriksaan Berkanun Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.
7.6.2. Kertas Siastan HQ/BPR/KS:20/6/98-disiasat oleh Encik Mohd. Jamidan bin Abdullah ketika itu Ketua Pentadbiran Siasatan BPR Malaysia. Kes ini adalah berkaitan dengan penggeledahan pejabat Ketua Pengarah UPE dimana RM100,000.00 dijumpai dalam laci Tan Sri Ali Abul Hassan.
7.7. Untuk makluman Datin, penelitian keatas kertas-kertas siasatan ini saya buat adalah semata-mata untuk mencari bukti dan keterangan, sama ada Dato Shafee ada membuat sebarang catitan atau arahan bertulis, yang menjurus kearah kertas siasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul ditutup atas arahan Tun Mahathir. Saya perlukan bukti ini sebelum saya membuat janjitemu untuk merakamkan percakapan Tun Mahathir sendiri dan bersemuka dengannya sekali lagi, sepertimana pernah saya lakukan pada 8.10.1998 ketika menyiasat kes “mata-lebam” (peristiwa mana yang akan saya sentuh dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul).
7.8. Sambil itu mungkin Datin boleh mendapatkan pengesahan daripada Dato Shafee sendiri sepanjang beliau menjadi Ketua Pengarah BPR mulai 16.7.1994 sehingga 11.9.1998, berapa kali Pegawai Polis “merampas” kertas siasatan BPR.
“Jikalau kail panjang sejengkal”.
7.9. Saya percaya Datin bolih menerima hakikat bahawa Tun Mahathir bukan sembarangan orang. Apapun beliau adalah seorang Perdana Menteri, ketika siasatan tersebut dibuka terhadapnya. Ini tidak bermakna Polis takut merakamkan percakapan beliau. Saya sendiri pernah bersemuka dengan Tun Mahathir pada 8.10.1998, “on a one to one basis” dalam suasana yang lebih “tense” lagi ketika menyiasat kes mata-lebam tersebut. Sedikit pun saya tidak gentar kerana saya berbekalkan fakta-fakta yang benar dalam tangan saya, walaupun pada ketika itu saya sedar ada makhluk atau makhluk-makhluk yang telah cuba mempengaruhi Tun Mahathir untuk percaya bahawa kecederaan DSAI adalah “self-inflicted”.
Pada perjumpaan itu saya telah jelaskan kepada Tun Mahathir apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang “disyakki” melakukannnya oleh kerana siasatan masih diperingkat awal ketika itu. Yang pentingnya saya telah ketepikan sebarang tanggapan bahawa kecederaan DSAI tersebut disebabkan “self-inflicted” pada pertemuan itu. Yang lebih pentingnya apa yang “transpired” dalam pertemuan itu semuanya saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya. Apa yang saya katakan kepada Tun Mahathir dan apa yang beliau katakan dan nasihatkan kepada saya, semuanya saya rakamkan.
Malahan apabila Tun Mahathir sekadar menganggukkan kepalanya tanda persetujuan kepada sesuatu cadangan saya pun telah dirakamkan dalam diari tersebut yang kekal dalam kertas siasatan kes mata-lebam sehingga hari ini. (Tidak keberatan untuk saya menyatakan bahawa ketika Pegawai-Pegawai SPRM merakamkan percakapan saya dalam minggu pertama July 2008, berkaitan laporan DSAI itu, beliau ada menyoal saya mengenai reaksi wajah Tun Mahathir ketika saya menemuinya pada 8.10.1998 itu. Dengan mudah saya merujukkan mereka kepada diari penyiasatan saya yang ada dihadapan Pegawai perakam tersebut).
Berkaitan siasatan terhadap Tun Mahathir ini pula bagaimana harus saya bersemuka dengan beliau jika saya tidak lengkapkan diri dahulu dengan fakta-fakta dan bukti yang terperinci dan padat sebelum merakamkan percakapan beliau yang masih seorang Perdana Menteri ketika itu. Seperti kata pepatah “Jikalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diharungi”. Alangkah mudah tugas Polis ketika itu jika Dato Shafee sendiri telah merakamkan atau mencatitkan arahan yang tepat dalam kertas siasatan-kertas siasatan yang berkaitan. Sebenarnya itulah yang saya harap untuk temui ketika saya meneliti 2 kertas siasatan BPR tersebut. Malahan Dato Shafee mempunyai masa yang begitu banyak sejak 20.6.1998 hingga bersara pada 11.9.1998 untuk berbuat demikian dan tidak melepaskan tanggung jawab tersebut kepada Pegawai-Pegawai selepasnya oleh kerana Dato Shafee sendiri yang bersemuka dengan Tun Mahathir dalam isu ini dan tiada orang lain.
7.10. Untuk faedah Datin,saya perturunkan sebahagian daripada laporan saya bertarikh 9.11.2000 kepada Jabatan Peguam Negara berkaitan kes ini;
“Ketua Bahagian Pendakwaan,
Jabatan Peguam Negara,
Bangunan Bank Rakyat,
Kuala Lumpur.
………….
Para 5: RUMUSAN.
Setelah meneliti serta menimbangkan keterangan-keterangan yang terkumpul khasnya percakapan Dato Shafee Yahaya sendiri yang pada saya, telah dirakamkan dengan terperinci serta juga penelitian terhadap dua Kertas Siasatan BPR iaitu HQ/BPR/KS:23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 saya merumuskan kes ini seperti berikut:-
5.1.Anggapan Dato Shafee bahawa Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad telah mengarahkan beliau untuk menutup kes siasatan terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bekas Ketua Pengarah EPU, lebih merupakan persepsi beliau sendiri. Tidak ada sebarang keterangan untuk menyokong persepsi dan andaian oleh kerana Dato Shafee sendiri tidak ada membuat sebarang catitan dalam mana-mana fail, diari atau dokumen-dokumen lain. Pertemuan Dato Shafee dengan YAB PM mengenai isu dalam persoalan ini dibuat atas dasar satu dengan satu (on a one to one basis). Oleh yang demikian apa juga transpired antara mereka hanya mereka sahaja yang privy kepada butir perbincangan.
5.2.Sekalipun Dato Shafee menyatakan yang beliau telah mentaklimatkan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara mengenai apa yang berlaku ketika beliau berjumpa dengan Perdana Menteri ketika membincangkan kes dalam persoalan ini,percakapan Tan Sri KSN jikapun dirakamkan tidak mempunyai “evidential value” oleh kerana kesaksian Tan Sri KSN hanya berguna untuk untuk mengesahkan sama ada benar Dato Shafee ada mentaklimatkan beliau mengenai perkara itu atau sebaliknya. Manakala keterangan mengenai apa yang sebenarnya yang dibincangkan atau yang diarahkan oleh PM kepada Dato Shafee akan merupakan keterangan “hearsay”sahaja.
5.3.Semakan serta penelitian keatas kertas-kertas siasatan BPR HQ/BPR/KS 23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 mendapati tidak terdapat sebarang catitan dalam minit arahan ataupun diari penyiasatan pegawai-pegawai BPR yang terlibat dalam kedua-dua kes yang berkenaan, yang menjurus kearah kes-kes berkenaan ditutup atau dihentikan atas arahan Perdana Menteri. Didapati penyiasatan yang rapi telah dijalankan dan telah mematuhi prosidur pengedaran yang sewajarnya.
5.4.Saya berpendapat siasatan ini jika diteruskan dan percakapan saksi-saksi seterusnya dirakamkan juga tidak akan berkesudahan dengan perolehan keterangan kukuh untuk apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak. Kebanyakkan kesaksian yang akan diperolehi dijangka akan berbentuk “hearsay” atau tidak mempunyai nilai kesaksian yang baik.Dengan rendah diri, berdasarkan daripada hujah-hujah yang saya utarakan diatas, izinkan saya mencadangkan siasatan kes ini dihentikan setakat ini sahaja melainkan jika ada keterangan yang baru ataupun jika Dato Shafee sendiri membuat laporan Polis serta mengemukakan keterangan lain untuk menyokong dakwaannya. Pun begitu saya memohon nasihat YBhg. Datuk mengenai cadangan saya ini.
Salam sejahtera dan terima kasih.
Tanda tangan bertarikh:9.11.2000.
(Dato Mat Zain bin Ibrahim) SAC II,
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,
Ibu Pejabat Polis Kontinjen,
Kuala Lumpur.”

Kenyataan tidak benar oleh Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan siasatan keatas Tun Mahathir.
7.11. Saya merujuk kepada muka surat 281 Buku Tersebut dan perturunkan kenyataan akhbar Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti berikut;
The IGP confirmed that an investigation on Dr.Mahathir was carried out. (NST 9 April 2008)
“Our recods show we had submitted the investigation papers to the AG Chambers on 15 February 2000. The decision made by the AG at that time (the late Tan Sri Mohtar Abdullah) was that there was no case.”
In The Star of the same date (9 April 2008), it was reported that Tan Sri Abdul Gani Patail confirmed,
“The Chambers received the investigation papers from the police sometime in February 2000 and after studying it carefully, found no evidence to suggest that Dr. Mahathir had interfered in the investigations”
7.12. Saya hanya boleh menyatakan bahawa kenyataan kedua-dua Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti diatas adalah tidak benar,tidak munasabah dan tidak masuk akal sama sekali. Adalah mustahil untuk kertas siasatan tersebut diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 15 February 2000 sedangkan kertas siasatan berkenaan hanya dibuka pada 13 Jun 2000 bersandarkan kepada laporan polis Tun H.S.Lee Rpt:14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada tarikh tersebut. Malah kertas siasatan tersebut bersekali dengan kertas-kertas siasatan BPR yang dirampas, hanya diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 9 November 2000.
7.13. Mungkin tarikh 15 February 2001 adalah lebih munasabah. Bagaimanapun jika Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail mengubahnya kepada 15 February 2001 pula, ianya akan menjadi lebih tidak munasabah lagi. Oleh kerana pada 15 February 2001,Tan Sri Mohtar Abdullah yang dikatakan telah meneliti dan menutup kes tersebut telah TIDAK lagi menjadi Peguam Negara ketika itu, kerana tempat beliau telah digantikan oleh Datuk Ainum Mohammad Said pada 1 Januari 2001 (rujuk catitan Datin sendiri dalam muka surat 326 Buku Tersebut).
7.14. Mungkin juga atas sebab itu Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail tidak tampil membuat pembetulan, lagipun orang yang dikaitkan itu Tan Sri Mohtar Abdullah telah pun meninggal dunia. Orang yang telah meninggal dunia memang tidak boleh menjawab lagi. Mungkin mereka berdua lupa banyak lagi orang-orang yang masih hidup yang mengetahui perkara ini yang boleh mempersoalkan kenyataan mereka.
7.15. Mungkin sekiranya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail tidak membuat kenyataan yang tidak munasabah itu, kes ini tidak akan berpanjangan. Kenyataan merekalah yang telah membuka “flood-gates” untuk lebih banyak persoalan ditimbulkan mengenai kewibawaan PDRM menjalankan sesuatu penyiasatan. Malah kenyataan mereka berdua telah “undermine” penyiasatan Polis dalam kes ini, sepertimana juga mereka berdua sepakat memalsukan keterangan berkaitan laporan perubatan keatas DSAI dalam penyiasatan kes “mata-lebam”, yang bukan sahaja mereka telah “undermine” siasatan tersebut malahan telah menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar-kacir sehingga hari ini.
Cadangan kepada Dato Shafee.
7.16. Walaubagaimanapun sekiranya Dato Shafee berhasrat untuk meneruskan dakwaannya terhadap Tun Mahathir, beliau boleh memilih untuk membuat laporan Polis yang baru untuk menyebabkan kertas siasatan tersebut dibuka semula. Saya percaya Dato Shafee sendiri maklum perkara ini. Lagi pun tidak ada sekatan masa untuk sesuatu laporan kesalahan jenayah dibuat sekalipun sesuatu salah laku jenayah berkenaan berlaku 12 tahun yang lalu. Tidak ada pihak yang boleh menghalang Dato Shafee jika beliau ingin berbuat demikian.
7.16.1. Cuma saya ingin memberi ingatan supaya Dato Shafee mengingati semula setiap perkataan/keterangan yang beliau telah berikan ketika memberi keterangan di-Mahkamah pada 12.6.2000, percakapan dan sambungan percakapannya yang telah diberikan kepada Polis (lebih-lebih lagi beliau tidak memiliki salinan percakapan tersebut), laporan Polis baru jika dibuat dan keterangan-keterangan yang sedia ada dalam kertas-kertas siasatan yang berkaitan, supaya tidak berlaku pencanggahan yang material dalam keterangannya. Oleh kerana jika terdapat percanggahan yang material akan mendedahkan Dato Shafee sendiri kepada dakwaan memberi keterangan palsu. Saya percaya Dato Shafee sedar perkara ini. Apapun beliau harus “tepuk dada tanya seleranya sendiri". Jika saya dipanggil untuk membantu penyiasatan, saya akan kekalkan posisi saya sepertimana yang saya dedahkan dalam Surat Terbuka ini.
Tiada campurtangan mana-mana pihak dalam penyiasatan kes ini.
8. Untuk faedah Datin juga,saya boleh mengesahkan disini bahawa tidak ada sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak, sama ada daripada political masters, Pucuk Pimpinan Tertinggi PDRM atau Jabatan Peguam Negara ketika pasukan saya menangani siasatan kes terhadap Tun Mahathir ini. Malahan saya boleh menyatakan bahawa Pegawai-Pegawai BPR sendiri telah memberikan kerjasama mereka yang cukup baik ketika kami menangani isu ini. Secara kebetulan juga dalam laporan saya kepada Tan Sri Ismail pada 6.5.2010 itu, saya telah mengesahkan dalam perenggan 26 surat tersebut bahawa tidak ada campur tangan mana-mana pihak ketika saya menangani siasatan kes ini.
INSIDEN MATA-LEBAM.
9. Memandangkan Datin juga nampaknya berminat dengan insiden mata-lebam ini, sepertimana yang terkandung dalam muka surat 311 dan 312 Buku Tersebut, saya berpendapat tidak salah untuk saya menjelaskan perkara ini dengan lebih mendalam lagi, to set the records straight, memandangkan saya terlibat secara langsung dalam penyiasatan kes ini sebagai Ketua Pegawai Penyiasat dan juga membantu kelicinan prosiding Suruhanjaya Di-Raja menyiasat peristiwa ini. Lagipun ianya bukan lagi menjadi rahsia, bahkan saya pernah “mendedahkan” sebahagian peristiwa ini menerusi Pernyataan Tuntutan saya terhadap DSAI yang difailkan dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11.8.2008. Malah beberapa dokumen saya, khasnya laporan lengkap saya bertarikh 15.4.2009 kepada Y.A.Bhg.Tun Abdul Hamid Mohamad, Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat tersebut dan termasuk Pengerusi serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, berada dalam public domain setelah digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan DSAI dalam Sodomy II yang masih berjalan.
Laporan DSAI pada 1.7.2008.
10. Pada 1.7.2008 DSAI telah membuat Dang Wangi Rpt:22807/08.Dalam laporannya ini DSAI mendakwa Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Abdul Rahman Yusof, seorang Forensic Consultant dari Hospital Besar Kuala Lumpur dan Dato Mat Zain Ibrahim (saya sendiri) selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam, telah memalsukan keterangan berkaitan dengan laporan perubatan mengenai kecederaan beliau (DSAI) dalam penyiasatan kes mata-lebam tersebut.
10.1. Siasatan telah dijalankan oleh pihak Ibu Pejabat BPR (kemudianya SPRM) .Saya telah dipanggil memberi keterangan sekurang-kurangnya 5 kali di-Ibu Pejabat SPRM termasuk pihak Penyiasat SPRM telah membuat “rampasan” dokumen-dokumen daripada kediaman saya pada 4.7.2008. Saya tidak membantah rampasan ini malah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pegawai-Pegawai SPRM berkenaan, kerana saya tahu itu adalah tanggung-jawab mereka selain daripada mereka bertindak secara sopan dan professional, sepertimana juga saya lakukan ketika membuat “rampasan” dua kertas siasatan BPR ketika menyiasat kes terhadap Tun Mahathir seperti yang saya jelaskan dalam perenggan-perenggan diatas.
10.2. Apa yang boleh saya katakan disini ialah kesemua dokumen (yang saya sebagai pembikinnya) yang dirampas dari rumah saya adalah salinan yang sama yang terdapat dalam kertas siasatan kes mata-lebam itu sendiri. Ianya mengandungi keterangan-keterangan dan bukti yang padat yang bukan sahaja sekadar boleh “mengaitkan” sesaorang, malahan jika dibaca bersama dengan laporan Suruhanjaya DiRaja menyiasat kes mata-lebam itu, boleh “mensabitkan” kesalahan mereka keterangan palsu terhadap mereka-mereka yang terlibat tanpa sebarang keraguan.
10.3. Namun begitu pada 11.3.2009 YB Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan di Parlimen bahawa siasatan terhadap pengaduan DSAI pada 1.7.2008 tersebut telah selesai 2 bulan daripada tarikh laporan tersebut dibuat. Cuma pengumumannya dibuat pada tarikh berkenaan memandangkan kes tersebut sangat sensitif. Beliau juga turut mengumumkan bahawa satu Panel Bebas tiga orang terdiri daripada 2 orang mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan telah dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya, bagi meneliti kertas siasatan SPRM berkaitan kes ini. Beliau seterusnya mengumumkan bahawa Panel Bebas tersebut secara sebulat suara (3-0) mendapati Tan Sri Musa Hassan bersih daripada sebarang salah laku jenayah dalam siasatan tersebut. Manakala Panel Bebas sama secara majority (2-1) mendapati Tan Sri Gani Patail tidak terlibat dengan sebarang salah laku jenayah dalam siasatan sama. Ini bermakna seorang daripada Ahli Panel Bebas tersebut mendapati ada keterangan untuk mengaitkan Tan Sri Gani Patail dengan perbuatan salah laku jenayah. Bagaimanapun kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa diistiharkan bersih (“cleared”) dari sebarang salah laku jenayah, manakala tidak ada sebutan mengenai nasib Dr. Rahman dan saya yang turut didakwa oleh DSAI dalam laporannya tersebut. Pengumuman ini seolah mengesahkan bahawa laporan DSAI itu ada kebenarannya kerana Dr. Rahman dan saya tidak “dibersihkan” sekali dengan mereka berdua.
10.4. Saya berhak untuk merasa terkejut dan kecewa dengan keputusan ini lebih-lebih lagi selaku Ketua Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut saya tahu apa yang berlaku malah telah menyerahkan segala dokumen-dokumen bukti kepada Penyiasat SPRM.
10.5. Oleh hal demikian saya telah menulis surat bantahan rujukan:MZ/SULIT/5776/7 bertarikh 15.4.2009 kepada Pengerusi, Lembaga Penasihat SPRM iaitu Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Mohamad, dengan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat dan juga Pengerusi serta Ahli Ahli Jawatankuasa yang lain seperti Jawatan Kuasa Khas Mengenai Rasuah. Selain daripada mengemukakan hujah dan dokumen bukti, saya turut menjelaskan secara terperinci caramana pemalsuan keterangan tersebut dilakukan dan siapa yang melakukannya dan Pegawai mana yang bersubahat memberi kemudahan melakukan jenayah tersebut, sepertimana yang telah saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya ketika menjalankan siasatan kes mata-lebam tersebut.
10.6. Selain daripada itu saya telah mempersoalkan kesahihan perlantikan Ahli-Ahli Panel Bebas tersebut sebagai Timbalan Pendakwa Raya oleh Peguam Cara Negara seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC). Saya telah menonjolkan bahawa Peguam Cara Negara TIDAK mempunyai hak atau kuasa untuk melantik Timbalan Pendakwa Raya (TPR) mengikut perbekalan dalam CPC. Peruntukkan Seksyen 376(4) CPC adalah sangat jelas bahawa hak atau kuasa untuk melantik TPR terletak kepada Pendakwa Raya(dalam hal ini Tan Sri Gani Patail) dan kuasa tersebut hendaklah dijalankan oleh Pendakwa Raya sendiri.
Oleh hal yang demikian perlantikan Panel Bebas seperti yang diumumkan oleh Menteri di JPM itu adalah tidak sah dan menjadikan keputusan yang mereka buat sebagai sia-sia. Ini bermakna pengistiharan bahawa kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa sebagai bebas daripada salah laku jenayah tidak boleh diterima pakai mengikut kefahaman saya.
10.7. Untuk pengetahuan Datin, Peguam Dato Param Cumaraswamy pun ada menulis surat bantahan kepada SPRM mempersoalkan isu perlantikkan Panel Bebas ini.
10.8. Apa pun pada 23 July 2009 saya telah menerima surat balasan daripada Sekretariat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang ditanda tangan sendiri oleh Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Haji Mohamad. Saya merasa terkejut dimaklumkan secara bertulis bahawa bidang kuasa LPPR seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694) TIDAK termasuk menyemak semula (review) sebarang keputusan yang telah dibuat oleh SPRM dalam sesuatu kes. Ini bermakna LPPR tidak boleh berbuat apa-apa sekalipun SPRM telah membuat sesuatu keputusan yang salah atau tidak mengikut undang-undang. Ini turut bermakna sekalipun LPPR sedar bahawa perlantikkan Panel Bebas tersebut adalah tidak sah dari sisi undang-undang, LPPR terpaksa bersetuju menerimanya. Soal sama ada LPPR berpuas hati atau tidak dengan penyiasatan dan keputusan SPRM tidak timbul. Selepas daripada penerimaan surat LPPR sedemikian itu saya tidak menulis apa-apa suratan kepada LPPR lagi.
10.8.1. Saya berasa begitu ralat kerana diakhir laporan saya kepada LPPR itu saya merayu kepada Y.A.Bhg.Tun seperti diperturunkan;..
“Para 48.
Saya percaya Y.A.Bhg.Tun,serta Yang Berbahgia dan Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli pelbagai Panel SPRM tidak akan merelakan intergriti Institusi penting Negara seperti Badan Kehakiman,Jabatan Peguam Negara, SPRM dan PDRM diletakkan dalam risiko kemusnahan semata-mata untuk menyelamatkan sesaorang dikenakan hukuman jenayah. Saya merayu dan sesungguhnya yakin Y.A.Bhg. Tun akan memberi peluang pendengaran yang adil dan saksama kepada saya dan juga kepada pihak atau pihak-pihak yang dinamakan dalam perkara ini.Saya yakin Y.A.Bhg. Tun akan mempertimbangkannya bukan demi saya seorang, tetapi demi Keluhuran dan Kedaulatan Undang-Undang Negara dan demi Keadilan Awam itu sendiri. Salam sejahtera.
Yang benar,
t.t.bertarikh:15 April 2009.
(Mat Zain bin Ibrahim)”
10.9. Namun begitu saya tidak putus asa dalam mengenengahkan kebenaran ini. Dalam surat saya kepada YDH Tan Sri Ismail Omar, dalam perenggan 11, saya telah membuat “pengistiharan” yang berbunyi antaranya;
“Tanpa terpengaruh dengan pendapat pihak-pihak lain mengenai laporan DSAI tersebut sama ada telah dibuat secara rasmi atau sebaliknya, saya,selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut yang mempunyai pengetahuan mendalam kes ini mendedahkan pendapat saya mengenainya seperti berikut dibawah;
a)Bahawa dakwaan DSAI menyatakan berlakunya perbuatan memalsukan keterangan berkaitan laporan kecederaan keatas dirinya dalam penyiasatan kes mata-lebam adalah benar dan betul berlaku.
b)Bahawa terdapat sejumlah 3 (tiga) laporan perubatan yang telah dipalsukan iaitu;…….”
10.9.1. Saya turut mengistiharkan bahawa saya serta Pegawai-Pegawai dalam Pasukan Penyiasat Khas kes tersebut dan juga pucuk pimpinan PDRM ketika itu tidak pernah mensubahati Tan Sri Gani Patail dalam memalsukan keterangan terhadap DSAI.
Malahan saya menjelaskan bahawa saya telah mengambil segala langkah yang perlu (yang dirakamkan dalam diari penyiasatan saya) untuk menasihati dan menghalang beliau daripada melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dalam penyiasatan kes mata lebam tersebut.Saya telah menasihatkan beliau ketika itu, posisi Dr. Rahman yang sedang dalam siasatan Polis berkaitan satu kes ugutan jenayah keatas seorang Dr. Abdul Halim Mansar yang merupakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur yang mula-mula menyediakan laporan kecederaan keatas DSAI atas permintaan rasmi saya, dan penggunaan Dr. Rahman menyediakan laporan perubatan bertentangan dengan apa yang telah disediakan oleh Dr. Halim, akan menyebabkan “complications” dikemudian hari.
Rupa-rupanya Tan Sri Gani Patail telah mengambil kesempatan posisi Dr. Rahman sedemikian itu untuk mengarahkannya menyediakan sejumlah tiga (3) laporan palsu berlainan berkaitan kecederaan DSAI dalam insiden mata-lebam tersebut. Sekiranya terdapat mana-mana Pegawai Polis yang telah bersubahat atau memberi kemudahan kepada beliau melakukan pemalsuan tersebut, maka Pegawai Polis berkenaan telah melakukannya atas sifat peribadi untuk kepentingan dan faedah persendirian Pegawai berkenaan yang tidak ada kena mengena dengan pendirian PDRM menangani siasatan kes mata-lebam ini.
Penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II.
11. Dalam surat saya kepada Tan Sri Ismail itu juga saya telah memberi “isyarat awal” berkaitan pemerhatian saya mengenai penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II yang sedang berjalan. Keterangan palsu/tidak benar itu adalah dalam bentuk dua afidavit yang diikrarkan pada 30.6.2009 oleh dua Pegawai Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendakwa Raya. Perkara ini bukan rahsia kerana DSAI sendiri telah membuat laporan Polis Travers Rpt:5160/09 pada 21.7.2009 dan membuat kenyataan akhbar mengenai laporan ini terhadap, Dato Abdul Razak Musa Pengarah Pendakwaan dan Perundangan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya Hanafiah Hj. Zakaria dari Jabatan Peguam Negara, seorang Ahli dalam Pasukan Pendakwaan kes Sodomy II. Berpeluang meneliti kandungan dokumen-dokumen tersebut yang berada dalam public domain itu, serta mengetahui perkara sabjek yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya DiRaja berkaitan, saya berpendapat yang dakwaan DSAI ada kebenarannya walaupun saya tidak mempunyai ekses lagi untuk mengetahui hasil siasatan berkaitan laporan tersebut. Saya memberikan isyarat awal ini adalah untuk PDRM mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dijadikan “scape-goat” sekiranya sesuatu yang buruk berlaku dalam pendakwaan Sodomy II seperti mana yang menimpa PDRM dan saya dalam penyiasatan kes mata-lebam.
12. Hari ini pula, ketika saya sedang menulis Surat Terbuka ini kepada Datin, tersiar pula secara meluas dalam akhbar-akhbar dan blogs mengenai seorang Rahimi Osman yang disenaraikan sebagai seorang saksi pembelaan, menghebahkan pula yang beliau dipaksa membuat Statutory Declaration (SD) untuk mengaitkan Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes Sodomy II, yang melibatkan sahabat beliau Mohd. Saiful Bukhari Azlan dua tahun lalu. Dilaporkan pula kononya Rahimi Osman telah membuat SD yang baru pula. Ini mengingatkan kita kepada apa yang dilakukan oleh Private Investigator Bala dalam kes bunuh Altantuya.
12.1. Apa sudah jadi dengan Sistem Keadilan Jenayah kita? Seolah BAB XI dalam Kanun Keseksaan berkaitan Keterangan Palsu dan Kesalahan-Kesalahan Terhadap Keadilan Awam tidak ujud lagi. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Siapa yang menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar kacir, sehinggakan sesiapa juga boleh mempermain-mainkannya tanpa takut kepada sebarang tindakan dan hukuman undang-undang.
Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa keadaan ini berpunca daripada “precedent” yang dibuat oleh Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan sendiri. Jika mereka boleh merekacipta keterangan palsu dan menggunakan dua daripada tiga laporan yang dipalsukan itu pula dalam prosiding kehakiman Suruhanjaya DiRaja, dan kemudian mendabik dada mengatakan mereka bersih daripada sebarang salah laku jenayah; jika Tan Sri Musa boleh memberi keterangan palsu dalam perbicaraan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh seorang Penggubal Undang-Undang YB R. Sivarasa dalam bulan Mac tahun ini, dan tiada tindakan dikenakan; jika Tan Sri Musa Hassan boleh mengemukakan Pernyataan Tuntutan yang tidak benar dalam samannya terhadap DSAI serta menuntut berjuta Ringgit sebagai ganti rugi pula dan menayangkan pula saman tersebut kepada dunia, maka P.I. Bala dan Rahimi Osman juga tidak bimbang akan tindakan undang-undang terhadap mereka.
Cuma yang tidak bernasib baik, mungkin Brig.Gen (B) Datuk Mohamad Yasin Yahya bekas Panglima Brigade Sabah (saya juga tidak pernah mengenali beliau) yang telah berpuloh tahun menabur keringatnya mempertahankan kedaulatan Negara, akhirnya diaibkan dengan dituduh memberi keterangan palsu (walaupun kemudiannya didapati tidak bersalah) ketika memberi keterangan di-Mahkamah melibatkan satu kes Dato Ramli Yusuff.
13. Memandangkan keadaan terbaru ini,mungkin Dato Shafee ingin menimbangkan semula cadangan saya diperenggan 7.16 dan 7.16.1 dalam Surat Terbuka ini.
14. Berbalik kepada laporan saya kepada YDH IGP Tan Sri Ismail Omar pula, kini terserah kepada budi bicara beliau untuk mengambil posisi beliau dalam hal ini, dan lain lain isu yang saya dedahkan dalam laporan saya kepada beliau bagi memelihara kewibawaan dan keberkecualian serta imej PDRM yang tercemar teruk sejak 2006. Saya yakin YDH Tan Sri akan melakukan sesuatu. Untuk faedah Datin dan juga pembaca lain yang mungkin berminat membaca Surat Terbuka ini, saya telah akhiri laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar tersebut itu seperti diperturunkan dibawah;
“Para 32.
Saya berharap laporan yang saya kemukakan ini tidak menambahkan bebanan masaalah yang berada dalam tangan Tan Sri sekarang ini.Saya sedar siapa saya dan kedudukkan saya dalam masyarakat dan saya turut sedar dengan siapa saya berhadapan dan apa yang boleh berlaku keatas diri saya dan keluarga dengan pendedahan yang saya tonjolkan dalam laporan ini. Namun begitu saya turut yakin sebilangan besar rakyat dan pemimpin Kerajaan khasnya dalam PDRM yang cintakan keluhuran undang-undang dan keadilan. Pada ketika saya berpangkat ACP/SAC II, saya telah dilonggokkan dengan keterangan dan bukti daripada Ketua Polis Negara,Timbalan Ketua Polis Negara,Pengarah-Pengarah dan Pemimpin Tertinggi Polis serta Pegawai sehingga anggota berpangkat Konstabel mengenai peristiwa insiden mata-lebam. Dengan bahan bahan tersebut saya diminta untuk membuat keputusan sendiri dan seorang diri sama ada memilih menyelamatkan maruah PDRM ataupun menyelamat TSRN. Dengan sedih saya memilih untuk mencadangkan TSRN, seorang yang saya sanjung tinggi sebagai seorang ketua, sahabat dan juga kawan keluarga dituduh dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Saya Cuma berharap saya telah melakukan sesuatu yang saksama kepada beliau. Kini saya memohon maaf kerana melonggokkan pula bahan serupa dan meletakkan Tan Sri didalam situasi yang sama, yang saya berada 12 tahun lalu. Saya turut berharap situasi yang kita alami adalah yang terakhir buat PDRM.
Para 33.
Akhirkata saya mendoakan Tan Sri sentiasa berada dalam kesejahteraan dan kesihatan untuk seterusnya memimpin Pasukan Polis Di Raja Malaysia kearah kecermelangan dan kegemilangan serta dihurmati sepertimana yang pernah dinikmati dalam era sebelum 2006.
Wassalam.
Bth:6 Mei 2010.
PENUTUP
15. Saya sedar bahawa Surat Terbuka saya ini akan mengundang respon yang positif dan juga negative. Sesiapa pun mempunyai hak untuk meluahkan pendapatnya dan saya bersedia menerimanya dengan fikiran terbuka. Apa pun saya mengambil tanggung jawab sepenuhnya mengenai penulisan saya ini. Saya sedar akan risiko dan konsekuennya.
16. Saya akan mengirimkan salinan pertama menerusi email kepada Datin, manakala salinan yang mengandungi tandatangan saya, akan dikirim pos.
17. Sekali lagi saya menyusun sepuloh jari memohon jutaan maaf jika terdapat kata-kata saya yang menyinggung perasaan Datin. Salam hurmat saya buat Dato Shafee Yahaya dan keluarga.
Terima Kasih ikhlas saya kepada Y.Bhg. Datin kerana memberi semangat kepada saya dengan menonjolkan Surah Al Baqarah 2:24; “And mix not truth with falsehood, nor conceal the truth while you know (the truth). Sempena dengan hari terakhir Shawal yang mulia ini saya sekeluarga mengucapkan Selamat Eidul Fitri, maaf zahir dan batin untuk YBhg. Datin sekeluarga.
Wassalam.
Yang Benar,

t.t
(MAT ZAIN BIN IBRAHIM)