Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Saturday, July 3, 2010

Berita Pejuang Dalam SIASAH



Menziarah bekas pejuang yang dilupakan
Meskipun tidak ramai yang menyanjungnya sebagai pejuang, namun hasil kemerdekaan dan nikmat yang dikecapi anak bangsanya hari ini sudah cukup untuk membuatkannya tersenyum puas.Bagi lelaki bersemangat waja ini, Abdullah Hashim, 77, beliau tidak pernah menyesali pilihan yang diambilnya iaitu bertempur secara gerila dengan penjajah kerana ia lahir daripada keyakinan.
Walaupun terpaksa mengorbankan lebih separuh daripada usianya dalam rimba belantara tanpa pengiktirafan pemerintah.“Masa darurat diisytiharkan (1948) saya pada ketika itu berusia 18 tahun. Rakan-rakan seusia saya ada yang mengambil keputusan untuk ke Singapura atau ke Kuala Lumpur untuk menjadi anak wayang atau mencari pekerjaan, saya memilih masuk hutan,” kata bekas anggota Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Malaya,PKM itu ketika ditemui di teratak usangnya di Kampung Bangau Tanjung, Temerloh baru-baru ini.
Kata Abdullah yang dikenali dengan panggilan “penghulu” di kalangan kawan-kawan seperjuangannya, beliau ketika itu mendaftar sebagai anggota kumpulan bersenjata kerana memang benar-benar berhasrat untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah British.
“Kebetulan pada masa itu penduduk-penduduk di Temerloh dan persekitarannya memang menyokong perjuangan revolusional untuk menghalau penjajah kerana sisa-sisa perjuangan Dato’ Bahaman dan pahlawana-pahlawan Melayu tempatan masih segar”
.Anak Semantan kelahiran Kampung Tualang, Temerloh itu bersama 10 orang rakan-rakannya mendaftar untuk menyertai perjuangan bersenjata Rejimen Ke-10 yang ditubuhkan pada 21 Mei 1949 di Lubuk Kawah.
Di sana mereka terus dilatih menggunakan senjata yang kebanyakannya diperolehi daripada home guard. Apabila Rejimen Ke-10 pimpinan Abdullah CD memilih untuk ‘berundur’ ke sempadan Siam, anak kedua dari empat beradik ini turut menyertai perjalanan panjang itu menempuh belantara. Turut serta dalam gerombolannya ialah Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Musa Ahmad dan beberapa tokoh lain.
Oleh kerana susuk tubuh Abdullah tinggi dan tegap serta ketangkasannya, beliau diamanahkan sebagai pengawal peribadi kepada pemimpin. Menurutnya perjalanan ke Siam menyusur jajaran jalan keretapi dan beliau sempat bertempur beberapa kali dengan tentera penjajah.
“Perjalanan memakan masa berahun-tahun dan saya sempat dilatih oleh anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dalam bidang perubatan pergigian. Sehinggalah saya menjadi tukang gigi dalam kumpulan dan juga sewaktu menetap di perkampungan sempadan Siam,” katanya.
Apabila termeterai perjanjian perdamaian tiga pihak antara Kerajaan Malaysia, PKM dan Kerajaan Thailand di Haadyai pada 2 Disember 1989, bapa kepada seorang anak itu memilih untuk kembali ke Temerloh, tanah tumpah darahnya.Menurutnya, rakan-rakannya sudah ramai yang tidak ada lagi di dunia ini dan yang tinggal hanyalah kesan-kesan perjuangan sengitnya dahulu.
Itupun telah diputarbelit dan tidak diiktiraf oleh sejarah yang ditulis oleh anak didik penjajah.”Jangan lupa, kemerdekaan yang diperolehi hari ini merupakan hasil sumbangan perjuangan orang terdahulu termasuk kami patriot tulen yang memilih jalan sendiri, walaupun tanpa penghargaan dan keadilan catatan sejarah,” katanya dengan suara keuzuran.
Abdullah kini hanya mampu terbaring di rumah lama milik keluarga isterinya akibat keuzuran dan masalah jantung. Pejuang ini hidup di dalam kedaifan tetapi masih bersemangat kental apabila diajak bercerita tentang perjuangan.
Kepada individu atau mana-mana para dermawan yang ingin memberikan sedikit sumbangan kepada Abdullah, amat dialu-alukan dan boleh berhubung dengan Tajudin Ramli, di nombor: 019 9887111.
*Di petik daripada http://selamatkanpahang.blogspot.com/ dan artikel ini juga tersiar di tabloid SIASAH edisi terbaru.

Dari Malaysiakini

MACC quiz PKR duo over sand

Joseph Sipalan Jul 1, 10 4:18pm

Two Selangor PKR state assemblyperson were today quizzed by the Malaysian Anti-Corruption Comission over the state's illegal sand mining controversy.Batu Caves assemblyperson Amirudin Shari (left) and Sri Muda assemblyperson Shuhaimi Shafie, were questioned at the MACC headquarters in Putrajaya this evening.
Amirudin was quizzed for about three hours while Shuhaimi was quizzed for about three and a half hours. According to the duo's lawyers, they were called in as witnesses and not suspects.
When approached by reporters, Suhaimi (right) declined comment, adding that the his session with the MACC was ongoing and he would have to return on Monday to have more statements recorded. It is believed that the MACC recorded Suhaimi's statement because he is the assistant to Selangor executive council member Yaakob Sapari, who's portfolio oversees natural resources.
Amirudin said that he was in the clear in this case because he has no power to decide on sand mining matters, adding that he does not expect to be called up again. "I think it is just an attempt to discredit the Pakatan Rakyat state government," he said.Shuhaimi to face more questioning
The duo's lawyer, Ahmad Nizam Hamid, said Shuhaimi is scheduled for another round of questioning at 2pm Monday. "I must stress however that both assemblypersons were here to assist investigations as witnesses and not suspects," he said.
Ahmad Nizam, alongside another lawyer Shamsul Iskandar Mohd Akin, complained that MACC did not allow them to be present when Amirudin and Shuhaimi were being questioned.
The two witnesses were however allowed limited access to their lawyers during breaks. Yaakop, who was present to show support, said that the duo were innocent and they were a victim of a smear campaign against the Selangor government.
"Tonight, the 8pm news will report about two Selangor state assemblypersons being arrested. This is done to embarrass the state gov."

Dari Suara-Keadilan On Line

Tindakan SPRM Kaitkan ADUN Pakatan Rakyat Bermotif Politik

Oleh Sidiqin Omar

PUTRAJAYA 2 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves, Amirudin Shari mendakwa ada usaha daripada pihak tertentu untuk mengugat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan mengaitkan dirinya dan beberapa ADUN dengan kes rasuah.
"Saya diminta untuk beri keterangan dan kita akan membantu pihak berkenaan untuk jalankan siasatan. Kerajaan Pakatan di Selangor akan berusaha menjalankan sebuah pentadbiran yang bersih. Jadi, kita sebagai ADUN akan terus membela usaha tersebut," kata Amirudin kepada Suara Keadilan.
Beliau ditemui di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya petang semalam, selepas dipanggil bagi membantu siasatan berhubung satu kes berkenaan isu pelombongan pasir di negeri Selangor.
Selain beliau, ADUN Seri Muda, Suhaimi Shafiei juga turut diminta SPRM untuk membantu siasatan.
Mereka berdua tiba di ibu pejabat agensi tersebut kira-kira jam tiga petang bersama peguam.
Mereka diwakili oleh peguam Ahmad Nizam Hamid dan pembantunya Muhammad Irfan Abdullah, manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Irwan Hadzalie dan Salim Bashir.
Ahmad Nizam berkata, prosedur mengambil keterangan kedua mereka diadakan secara berasingan.
Peguam pada mulanya tidak dibenarkan untuk turut serta di dalam sesi tersebut, namun pihak SPRM membenarkan peguam untuk berada di luar bilik dan dibenarkan untuk dipanggil sekiranya terdapat perkara atau soalan yang memerlukan rujukan mereka.
Pihak media dan para penyokong tidak dibenarkan memasuki bangunan SPRM yang dikawal oleh petugas keselamatan yang tidak memakai uniform.
Turut kelihatan di perkarangan pejabat SPRM, beberapa orang lelaki yang disyaki pegawai polis yang berpakaian preman.
Amirudin keluar dari pejabat SPRM kira-kira jam 7.00 malam, manakala Suhaimi pula pada jam 7.45 malam.
Proses mengambil keterangan tersebut mengambil masa lebih daripada 4 jam.
Ketika ditanya mengenai perkembangan sesi soal siasat tersebut, Suhaimi menjelaskan beliau telah menjawab soalan yang dikemukakan berkenaan dengan tugas-tugasnya.
"Pergerakan soalan lebih kelihatan seperti mempunyai motif politik. Mungkin siri-siri soalan dan pertanyaan akan dilakukan kepada mereka yang lain. Kami dipanggil untuk membantu siasatan, sebagai saksi," kata Suhaimi.
Suhaimi akan dipanggil semula untuk menyambung keterangannya pada hari Isnin, 5 Julai ini pada pukul 2.00 petang.

Saturday, June 26, 2010

Nawaitu 'Ulama' Masuk UMNO


Saya teringat sewaktu di kampus UM,bersama teman-teman kami berdebat tentang keperluan untuk menyertai UMNO dengan nawaitu 'untuk membersihkan UMNO dari dalam' seperti hujjah DSAI suatu ketika dahulu.Pelbagai pandangan-pro dan kontra-yang di lontarkan oleh teman-teman.
Saya mengambil pendekatan historis didalam mengemukakan hujjah saya yang tampaknya di setujui teman-teman ketika itu.Pada kurun waktu awal tahun 1990-an kami sudah melihat UMNO bahawa parti itu sudah lari dari landasan perjuangan serta tidak lebih dijadikan kenderaan bagi mengejar kemewahan.Orang Melayu dulu,kini dan mungkin seterusnya akan tetap ketinggalan,demokrasi kian pudar,kebebasan hanyalah ilusi,suara mahasiswa di bungkamkan,hak asasi manusia kian merosot dan rasuah bermaharajalela-begitulah persepsi kami tatkala melihat ke dalam diri UMNO.
Saya gagal melihat sisi indah-menawan UMNO di bawah Dr.M dan sehingga ke hari ini saya masih berpendirian sedemikian.Kami gagal memberikan apresiasi Anwar Ibrahim di dalam UMNO dan Kerajaan sedangkan Anwar bukan calang tokoh yang punya bobotan.Kebejatan di dalam batang tubuh UMNO termasuk salahguna kuasa dan ISA,AUKU,OSA dan akta-akta yang menindas membulatkan pendirian saya bahawa hanyalah ilusi,fantasi dan mimpi di siang hari untuk berjuang 'membersihkan UMNO dari dalam'.
Kefeudalan UMNO serta budaya minda leceh (dan melecehkan minda rakyat) saya anggap dosa yang tidak terampunkan ,tidak memungkin proses UMNO di samak waima dengan tujuh air sekali pun.Tegasnya,UMNO is beyond repair.
Maka diatas premis ini dan dengan mengambil serta memahami sudut historis di dalam perjuangan Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW,saya berpendirian bahawa apa jua nawaitu seseorang itu untuk berjuang dari dalam bagi mengindahkan semula wadah yang sudah tercemar nescaya akan gagal total!
Sedangkan Rasulullah,yang di janjikan Allah bahawa setiap doa baginda di makbulkan memilih untuk berhijrah keluar dari Kota Mekah.Rasulullah memilih berhijrah ke Yathrib yang kemudiannya di namakan Madinah al-Munawarah sebagai sebahagian strategi siasah dan dakwah yang amat bermakna.Siapa yang tidak tahu bagaimana rosak dan bejatnya masyarakat Quraisy Mekah ketika itu.
Boleh sahaja Rasulullah,saya kira,mengangkat tangan berdoa kepada Allah agar Kota Mekah di sucikan dari noda Quraisy tanpa perlu berhijrah,namun Baginda tidak memilih jalan itu. Baginda Rasulullah memilih berhijrah ke Madinah dan dari sana mengatur strategi untuk membersihkan Kota Suci Mekah.Akhirnya sebagaimana yang kita sedia mafhum,Kota Mekah berjaya di bersihkan dari segala noda dan kebejatan-bukan berjuang dari dalam-dengan strategi yang mantap yang di tunaskan dari Madinah.
Jadi kepada saya,diatas kepercayaan mereka yang mengaku diri sebagai ulamak ini tentunya lebih aula dengan sirah dan sejarah perjuangan Nabi Muhamad SAW.Jika saya boleh ber-husnul dzan (sangka baik) dengan ulamak-ulamak muda ini,saya yakin sepenuhnya mereka ini akan gagal total untuk membawa perubahan waima untuk membersihkan UMNO dari dalam.
Uslub sedemikian saya kira bukanlah selari dengan sirah perjuangan Rasulullah.Dan jika 'ulama-ulama' ini setia dengan ilmu,saya menaruh keyakinan besar tentunya mereka tidak akan memilih UMNO sebagai wadah.Apa pun,sebagaimana yang selalu di sebut oleh rakan saya yang menyertai Jamaah Tabligh,niat ikhlas itu boleh di umpamakan seorang berkulit hitam yang duduk diatas bongkahan batu hitam di malam gelap gelita;makanya,dengan maaf,saya sangat meragui nawaitu 'ulama-ulama' ini menyertai UMNO.

Ziarah Pejuang-Abdullah Hashim @ Tahir @ Penghulu


Saya sering menyebut malah menulis juga bahawa bangsa kita kelihatannya terlalu miskin jiwa untuk memberikan penghargaan kepada mereka-individu mahupun kumpulan-yang menyumbang kepada perjuangan.Penghargaan malah catatan sejarah hanya di juruskan kepada UMNO (dan pemimpinnya) seolah-olah hanya UMNO-Perikatan-Barisan Nasional sahaja yang menyumbang kepada kemerdekaan tanahaiar.



Hari ini,bersama Sdr.Syed Hamid Ali,Bung Hassan Karim,Pak Sanusi Abas dan Bung Tajudin Ramli sempat mengziarahi seorang pejuang yang sedang terlantar keuzuran di Kg.Bangau Tanjung Temerloh.Pejuang tersebut merupakan salah seorang anggota Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Malaya,PKM yang memilih untuk kembali ke tanahair berikutan Perjanjian Damai Tahun 1989 dahulu.




Pak Abdullah Ibrahim yang juga dikenali dengan nama Tahir dan Penghulu sekarang ini sedang keuzuran terlantar di teratak usang milik keluarga isteri beliau.Anak Semantan yang berjiwa kental ini lahir di Kg.Tualang Temerloh memilih menyertai perjuangan bersenjata Rejimen Ke-10 didalam usia 18 tahun.




Semangat untuk merdeka dan menghalau penjajah British serta kesedaran politik yang mendalam mendorong beliau memilih perjuangan bersenjata.Kebenciannya yang membuak akan penjajahan membuatkan beliau tanpa tangguh mempertaruhkan nyawanya bergerila di hutan belantara.


Beliau menyertai long march Rejimen Ke-10 ke sempadan Thailand bersama denganAbdullah CD dan sahabat-sahabatnya yang lain;atas nama perjuangan beliau memilih berkelana ke negeri orang lain dari memilih berputih mata tunduk kepada penjajah.


Tahir telah menyumbang seluruh usia mudanya kepada perjuangan yang beliau yakini;lebih 40 tahun-sebahagian besar dari usianya-untuk perjuangan membebaskan bangsa dan tanahairnya dari cengkaman British.


Dan lelaki ini tidak pernah menyesali pilihan yang diambilnya.Dalam keuzuran dengan suara yang perlahan tapi tegas,beliau menyebut bahawa beliau tidak pernah kesal dengan perjuangannya.Saya mengesani kekukuhan semangat dan kekentalan hatinya yang saya kira kukuh-kejap bersemangat untuk berjuang.



Pak Abdullah Ibrahim atau Penghulu hari ini hanya mampu terbaring di rumah sahaja dengan di temani seekor kucing comel yang setia berbaring sepanjang waktu di sisinya.Beliau mengidap sakit pasang atau mempasang,ulu ari-arinya bengkak.Tubuhnya kini kurus jangkung tanpa daging namun matanya tetap bercahaya dan tajam.


Pejuang ini hidup didalam kedaifan tetapi masih bersemangat kental.


Kepada individu atau mana-mana pihak,para dermawan yang ingin memberikan sumbangan bolehlah berhubung dengan Sdr.Bung Tajudin Ramli,Bendahari KEADILAN Cabang Temerloh di nombor berikut:019 9887111 e-mel:joodean.ramli@gmail.com

Dari Suara Keadilan

Oleh Norasikin Samsi
SHAH ALAM 25 Jun - Pengerusi Eksekutif Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Datuk Abd Karim Munisarmemberitahu mahkamah Sesyen Jenayah Shah Alam beliau berpendapat tidak berlaku sebarang unsur penipuan dan pemerdayaan ke atas dirinya oleh bekas pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Shaari yang menghadapi tuduhan penyelewengan dana.
Peguambela defendan, Ahmad Nizam Hamid berkata seramai lima saksi dipanggil dan Abd karim merupakan saksi yang pertama memberi keterangan semalam.
Ahmad Nizam berkata prosiding masih lagi menjurus kepada hujah pendakwaraya untuk membuktikan kaedah penipuan yang didakwa digunakan oleh Mohd Yahya.
"Apa yang penting dalam perbicaraan pagi semalam adalah apabila saksi pertama, Datuk Abdul Karim Munisar menegaskan dalam keterangannya bahawa beliau sama sekali tidak berasa tertipu dan terpedaya berhubung pemberian RM50,000 kepada Mohd Yahya.
"Saksi juga turut menekankan mengenai prinsip beliau yang sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan apatah lagi perkara membabitkan kewangan dan urus tadbir syarikat.
"Mohd Yahya juga memberitahu mahkamah sumbangan ikhlas yang diberikan itu merupakan 100 peratus tanggungjawab sosial syarikat dan bukan kerana terpedaya ataupun tertipu dengan defendan," jelas Ahmad Nizam.
Tambah beliau, dengan keterangan saksi utama ini sudah cukup membuktikan bahawa tiada penipuan dan penyelewengan berlaku dalam kes tersebut.
Sehubungan itu beliau meminta pihak pendakwaraya menarik semula pertuduhan ini dalam masa terdekat.
"Setelah mendengar keterangan saksi penting pagi tadi, saya simpulkan di sini tiada berlaku tipu daya dan penyelewengan mengenai pemberian cek berkaitan. Untuk itu pihak peguambela meminta pendakwaraya menarik balik kes ini," tegas beliau lagi.
Selain Abd Karim, saksi lain yang tampil memberi keterangan adalah pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pegawai Permodalan Selangor Berhad.
Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dijadual hadir memberikan keterangan pada hari ini telah ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan mahkamah.
Selain beliau, pihak pendakwaraya juga memanggil Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.
Semalam, Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali hadir memberi keterangan manakala bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Salehuddin Hashim merupakan saksi kedua yang dipanggil.
Perbicaraan yang bermula pada 21 Jun lalu dan sepatutnya bersambung hari ini ditangguhkan dan akan bersambung pada 13, 15, dan 16 Julai depan.
Menurut beliau, penangguhan itu dibuat di atas permintaan pihak pendakwaraya bagi membolehkan mereka membekalkan lain-lain saksi.
Mohd Yahya 43, mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan terhadap dua tuduhan memalsukan dokumen dan menipu membabitkan peruntukan bernilai RM50,000 dua tahun lalu.
Bagi tuduhan pertama, defendan sebagai Pengarah Program Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat didakwa menipu Abd Karim, 59, dengan memperdayakannya bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan bagi program itu sehingga mangsa menyerahkan RM50,000 kepadanya.
Mohd Yahya didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan itu di Gardenia Coffee House, Hotel Quality Shah Alam antara jam 1 tengahari dan 3 petang, 4 Jun 2008.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menggunakan dokumen palsu 'Resolusi Pembukaan Akaun Parti Keadilan Rakyat Selangor' sebagai tulen di Maybank Bandar Sunway.
Pasukan peguambela turut disertai R Tirukumaran sementara hakim bagi kes ini adalah Tuan Azhaniz Teh Azman Teh.

Thursday, June 24, 2010

Himpunan Berita Dari Suara Keadilan


Kes Yahya Shaari: Timbalan Presiden KEADILAN Beri Keterangan
Oleh Frederick Luccas
SHAH ALAM 24 Jun - Perbicaraaan kes penyelewengan dana oleh bekas Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Shaari diberitahu pembukaan akaun bank tidak memerlukan resolusi daripada KEADILAN tetapi memerlukan kebenaran Majlis Pimpinan Tertinggi untuk memilih penama dan kemudian mendapatkan dokumen rasmi daripada parti untuk tujuan pengesahan oleh pihak bank.

Demikian keterangan Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali ketika diminta menjelaskan berkenaan prosedur parti berkenaan resolusi untuk membuka akaun menggunakan nama KEADILAN.

Perkara ini disahkan oleh saksi kedua iaitu bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Salehuddin Hashim.

Beliau bersetuju dengan keterangan Dr Syed Husin berkenaan keperluan resolusi untuk membuka akaun bank bagi pihak parti.

Salehuddin juga ditanya oleh Timbalan Pendakwaraya, Roziza Sidek samada beliau sedar atau diberitahu berkenaan pembukaan akaun Maybank oleh Mohd Yahya.

Salehuddin berkata beliau tidak tahu mengenai perkara itu dan tidak diberitahu berkenaan pembukaan akaun itu.

Dr Syed Husin pada mulanya dijangkakan akan memberikan keterangan hari ini tetapi atas sebab tertentu pihak pendakwaraya telah memanggil beliau untuk memberi keterangan lebih awal.

Selain Dr Syed Husin dan Salehuddin, pihak pendakwaraya juga memanggil pegawai Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor.Pegawai Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor diminta menjelaskan berkenaan prosedur pembayaran, proses yang perlu dilalui sebelum meluluskan cek pembayaran dan penama yang perlu menandatangani cek berkenaan.

Prosiding menjurus kepada hujah pendakwaraya untuk membuktikan kaedah penipuan yang didakwa digunakan oleh Mohd Yahya.

Mahkamah menangguhkan perbicaraan setelah mendengar keterangan dan pengesahan oleh saksi dan akan disambung pukul 8 pagi hari ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka memberi keterangan pada tengahari bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Datuk Abd Karim Munisar.




Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM 23 Jun - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali dijangka memberi keterangan di Mahkamah Sesyen tengahari esok dalam perbicaraan bekas Pegawai Khas Menteri Besar, Mohd Yahya Shaari

Semalam perbicaraan mendengar keterangan daripada lima saksi pihak pendakwaraya berhubung pengesahan keterangan saksi kepada polis dan pengecaman oleh saksi dan tertuduh.

Kelima mereka adalah Ketua Cabang KEADILAN Serdang, Hamidi Abu Hasan, Supari Tinnin, salah seorang daripada panel yang menandatangani cek yang dikeluarkan kepada Yahya, dan pegawai bahagian korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan iaitu, Hassan Manaf, Syukri Hazim dan Azlinda.

Menurut peguam R Thirukumaran pendengaran keterangan menumpukan kepada keterangan saksi dan mengesahkan keterangan saksi berkenaan bidang tugas mereka dan tertuduh.

"Kita berpuashati dengan keterangan yang diberikan hari ini dan mendapati ia tidak prejudis terhadap Yahya," jelas Thirukumaran.

Mohd Yahya menghadapi dua tuduhan menipu dan menggunakan dokumen palsu di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan bagi mendapatkan sumbangan membabitkan peruntukan bernilai RM50,000 dua tahun lalu.



Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM 22 Jun - Perbicaraan terhadap bekas Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Shaari, 43, bermula semalam di Mahkamah Seksyen Shah Alam atas dua pertuduhan iaitu menipu dan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan sumbangan.

Beliau yang merupakan ahli politik bagaimanapun mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan terhadap dua tuduhan tersebut membabitkan peruntukan bernilai RM50,000 dua tahun lalu.

Bagi tuduhan pertama, beliau yang merupakan Pengarah Program Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat didakwa menipu Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Karim Munisar, 59, dengan memperdayakannya bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan bagi program itu sehingga mangsa menyerahkan RM50,000 kepadanya.

Beliau yang mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan didakwa melakukan kesalahan itu di Gardenia Coffee House, Hotel Quality di sini, antara 1.00 dan 3.00 petang pada 4 Jun 2008.
Jika disabit dengan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Mohd Yahya didakwa menggunakan dokumen iaitu ‘Resolusi Pembukaan Akaun untuk Parti Keadilan Rakyat Selangor’ yang didakwa sebagai tulen.
Mohd Yahya didakwa melakukan perbuatan itu di Maybank cawangan Bandar Sunway pada 14 Mei 2008.

Bagi pertuduhan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohd Yahya yang juga bekas Setiausaha Perhubungan KEADILAN Selangor mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Beliau sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM10,000 oleh seorang penjamin.
Pertuduhan ke atas beliau dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya Roziza Sidek, manakala penghakiman dijalankan di hadapan Majistret Tuan Ahzariz Teh Azman Teh.

Mohd Yahya Shaari diwakili oleh peguam Ahmad Nizam Hamid dan R Tirukumaran.

Turut hadir bagi memberi sokongan moral kepada beliau dalam perbicaraan tersebut termasuk Timbalan Presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perak, Mustaffa Kamil Ayub dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Suhaimi Shafiei.

Prosiding bermula pada jam 10 pagi apabila pihak pendakwaan mengemukakan dua orang saksi yang terdiri daripada kakitangan bank yang didakwa berurusan dengan Mohd Yahya iaitu Norkiah Ibrahim dan Nofeta Fareal bagi tujuan pengecaman dan sesi awal soalan dari pasukan pendakwaan.

Soalan berkisar mengenai latar belakang saksi, pengalaman kerja dan urusan formal yang dilakukan oleh kakitangan bank.

Mohd Yahya yang berkot hitam duduk di kandang tertuduh dilihat tenang dalam proses perbicaraan tersebut.

Majistret Tuan Ahzariz Teh menangguhkan prosiding pada jam 12.00 tengahari selepas Timbalan Pendakwaraya Roziza Sidek memohon kepada Majistret untuk memanggil saksi bagi tujuan pengecaman dan membawa bukti berkaitan kes tersebut ke mahkamah.

Mahkamah menyambung prosiding pada jam 8.30 pagi hari ini.