Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Wednesday, January 27, 2010

CATATAN KECIL TENTANG KEADILAN PAHANG:MERUNGKAI FAKTA YANG DIPUTARBELITKAN


oleh Haji Suhaimi Said


Didalam akhbar Sinar hari ini (27.1.10) YB Azan mengakui bahawa beliaulah orangnya yang membawa masuk PKR ke Pahang. Yang saya tahu diantara orang-orang yang awal membawa masuk PKN/PKR ke Pahang adalah orang-orang yang sudah tidak bersama PKR sekarang ini seperti Dr Wahid dari Bentong, Wan Jusoh Wan Kolok dari Kuantan yang kini terlibat dengan PKR di Kelantan dan dari kumpulan awal itu, Suhaimi Said, Nizam Hamid, Zakaria Hamid, Tajudin Ramli dan ramai lagi yang nama-nama mereka sudah lupa yang masih ada didalam PKR Pahang.


Sdr Nizam Hamid dan Sdr Zakaria Hamid tentu boleh menyenaraikan mereka itu.
Penubuhan PKN Pahang di Temerloh adalah sejarah yang tidak dapat dilupai kerana pada malam itu puluhan ribuan manusia hadir ke Kg Paya Jauh, Temerloh dengan perasmiannya disempurnakan oleh "Datin Seri" Dato Seri Wan Azizah, Presiden PKN pada waktu itu. Didalam Majlis itu juga turut hadir Dr Syed Husin Ali dan Tuan Guru Haji Baqi.

Memang pada waktu itu tidak timbul pun nama Azan Ismail. Mungkin Azan terlibat di fasa kedua setelah pergabungan diantara PKN dengan PRM, dan sebelum itu memang juga Azan terlibat dengan GPMS dan ada rekod-rekodnya bersama Suhaimi Ibrahim yang dicatatkan pandangan mereka terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim.
Saya hanya nak membetulkan fakta sahaja.




Tulisan diatas ditulis oleh Haji Suhaimi Said.Saya sekadar ingin menambah apa yang telah beliau catatkan dengan niat bukan sekadar untuk membetulkan fakta malah untuk mendedahkan tembelang sebenar individu yang mengaku kononnya berjasa besar kepada perjuangan.

Saya secara peribadi tidak punya masalah untuk mana-mana pihak atau individu untuk mendabik dada masuk bakul angkat sendiri menggambarkan dirinya adalah hero mahupun mendakwa banyak berjasa.Lantak engkaulah!Tapi saya sukar berkompromi dengan mereka yang suka berbohong dan memanipulasikan sejarah untuk menjustifikasikan tindakan songsang.Ini saya tidak boleh kompromi.Baca sahaja entri lama saya didalam blog ini untuk memahami sentimen saya tentang penipuan sejarah dan fakta.


Seawal jam 7 pagi hari ini saya sudah menerima sms dari Sdr Razali Alias berkenaan kenyataan YANG BERHORMAT Azan Ismail bahawa beliau berjasa besar membawa KEADILAN (saya maksudkan disini Parti Keadilan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat) ke Negeri Pahang.Saya ketawa besar apabila Razali Alias membacakan petikan dari akhbar SINAR Edisi Pahang.


Dan sepanjang hari ini saya menerima sms serta panggilan telefon yang bertalu-talu dari teman-teman yang kesemuanya menyatakan ketidakpuasan hati yang amat sangat terhadap kenyataan songsang YANG BERHORMAT Indera Mahkota itu.


Sebagaimana Haji Suhaimi Said menulis,maka saya ingin menggamit kenangan dan sejarah penubuhan Parti di Negeri Pahang.


Kepada saya penubuhan Parti Keadilan Nasional wajar dilihat dari tertubuhnya NGO ADIL di Temerloh.Setelah insiden hitam Mata Lebam DSAI yang dibelasah oleh Police Inspector General ketika itu,Rahim Nor,parti-parti politik seperti PAS,DAP dan PRM bersama dengan NGO-NGO telah bersatu didalam suatu badan yang di kenali sebagai GERAK (bukan yang ditubuhkan oleh Ezam Mat Nor selepas keluar parti itu);bagi mewakili gerakan reformasi,suatu NGO yang di ketuai oleh DSWA bersama Dr.Chandra Muzaffar telah menubuhkan ADIL,logonya riben putih bersilang.


Diatas inisiatif Haji Suhaimi Said,Allahyarham Pak Satar Hj Dahan dan beberapa orang teman yang lain telah mengambil keputusan untuk menubuhkan cawangan ADIL di Temerloh (yang pertama dan satu-satunya di Pahang).Mesyuarat penubuhan ADIL telah berlangsung di Restoran Saika,milik Allahyarham Pak Satar di jalan Ibrahim Temerloh.Saya masih ingat puluhan yang hadir dari pelbagai kaum termasuk peguam Francis Tan bersama isterinya,Jackie,Allahyarham Hamzah Lateh dan beberapa orang yang lain.


Haji Suhaimi Said diamanahkan sebagai pengerusi manakala Allahyarham Pak Satar Hj Dahan sebagai timbalan dan Sdr Raja Borhan Raja Jaafar (Bob) dilantik menjadi setiausaha ADIL Temerloh.Saya masih menyimpan Minit Mesyuarat tersebut "somewhere in my library".


Belum sempat kami menggerakkan ADIL,pada 4.4.1999 Parti Keadilan Nasional (KeADILan) di lancarkan penubuhannya di Hotel Renaisance Kuala Lumpur.Saya hadir bersama Hj Suhaimi Said,Allahyarham Hamzah Lateh,Bob dan ramai lagi.Kami mengisi borang keahlian disana bersama ribuan yang lain (tapi kemudiannya kena isi semula borang keahlian di Temerloh).Hj Suhaimi,terus memaklumkan saya untuk mengumpul kawan-kawan seberapa ramai termasuk yang didalam NGO ADIL bagi menubuhkan Parti Keadilan Nasional di Temerloh.


Maka pada tarikh 9.4.1999 di pejabat firma guaman Hj Suhaimi beralamat di F16,Jalan Tok Muda Awang Ngah,Temerloh iaitu 4 hari setelah KeADILan di lancarkan di Kuala Lumpur,maka Parti Keadilan Nasional dengan rasminya bertapak di Temerloh (malah Bahagian yang pertama di Negeri Pahang).Saya masih ingat antara yang hadir pada malam tersebut ialah Tok Penghulu Jazam,Bob,Allahyarham Zainudin Zainal (Setiausaha bahagian pertama dan Setiausaha Perhubungan Negeri Pahang yang pertama),Allahyarham Hamzah Lateh,Tajudin Ramli,Pak Sanusi Abas,Allahyarham Pak Satar,Kak Hendon,Abang Malik Maphilindo dan Kak Normala dan ramai lagi.

Daripada tarikh tersebut,KeADILan melebarkan sayap dan pengaruhnya keseluruh pelusuk Negeri Pahang.Kami mengharungi segala cabaran,pahit manis dan tentunya kami,anak-anak muda segera mendewasa didalam arus politik dan reformasi sejak dari itu.
Pada tarikh keramat 23 Mei 1999,Parti Keadilan Nasional Negeri Pahang telah dilancarkan dengan rasminya oleh DSWA selaku Presiden di Paya Jauh Temerloh.Ribuan rakyat meredah hujan lebat berjalan lebih dari 5 km menuju ke tempat pelancaran tersebut yang hingga kini masih terbayang di ruang mata saya;betapa rakyat Temerloh khususnya dan rakyat Pahang amnya bukan sahaja sanggup mengharungi jalan berliku untuk menyatakamn sokongan kepada DSAI malah menunjukkan pengharapan mereka kepada perjuangan parti.(Saya copy&paste catatan Sdr.Sabri Zain mengenai peristiwa bersejarah tersebut yang anda boleh baca di bawah).
Parti Keadilan Rakyat kemudiannya bergabung di dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) bulan Ogos 2003 untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) seperti yang ada pada hari ini.
Saya berkongsi sentimen dengan Hj Suhaimi bahawa diawal penubuhan KeADILan dan sehingga KEADILAN bertapak kukuh di Pahang saya tidak pernah mengenali atau mengetahui ada manusia bernama AZAN ISMAIL (kini YANG BERHORMAT Ahli Parlimen Indera Mahkota dari KEADILAN) yang bertungkuslumus menyerahkan jiwaraga untuk perjuangan parti.Malah saya boleh mengesahkan (saya masih belum mengidap sakit amnesia) tidak pernah ada yang bernama Azan Ismail samaada sewaktu ngo ADIL mahupun setelah KeADILan mula-mula bertapak sehinggalah KEADILAN di tubuhkan.
Saya mengambil inisiatif bertanyakan teman-teman lain takut bimbang ingatan saya tersasar,kesemuanya mengesahkan bahawa Azan Ismail bukannya dari anggota 'Perang Badar'.Pun begitu saya pernah mendengar nama beliau walaupun tidak pernah bertemu tapi bukan kenal nama didalam lingkungan parti.
Saya hanya mengenali sahabat saya ini sewaktu di perkenalkan oleh peguam Haji Radzi Mustafa di pejabat firma guaman saya beberapa tahun lalu;beliau berjumpa saya diatas kapasiti sebagai Bendahari GPMS yang sewaktu itu sedang di gugat oleh Rizal Merican.Azan meminta nasihat perundangan bagaimana untuk mengekang Rizal Merican dari menguasai tampuk GPMS dari Shuhaimi Ibrahim dan teamnya.Malah masih tersimpan fail-fail yang beliau bawa di pejabat saya hingga ke hari ini.
Pun begitu saya tahu sewaktu didalam GPMS beliau bersama Shuhaimi Ibrahim sering keluarmasuk kampus bagi 'memberi penerangan' kepada mahasiswa/siswi berkaitan dengan kes Liwat-1 DSAI.
Setelah DSAI dibebaskan,beliau pernah datang ke rumah saya bersama DSAI dan selepas itu saya sering berjumpa dan ternampak beliau bersama rombongan DSAI ke Pahang.Dan alhamdulillah dengan karisma dan ketokohan Azan Ismail yang begitu anggun rakyat Indera Mahkota telah memilih beliau sebagai Ahli Parlimen mereka di dalam PRU-12 diatas tiket KEADILAN.

Seperti yang saya sentuh diawal tulisan ini,saya tidak ada dengki atau irihati jika ada individu yang mendabik dada bahawa merekalah yang telah berjasa besar;namun saya tidak dapat bersetuju jika ada yang sanggup berbohong atau memesongkan fakta demi untuk mendapatkan bobotan seolah-olah mereka sahaja yang berjasa.Memesongkan fakta atau sejarah semata-mata untuk menambahkan kreadibel ataupun memberikan justifikasi diatas suatu tindakan yang tidak betul,saya kira perbuatan seumpama ini tentunya boleh diertikan sebagai 'malafide.'
*Disertakan tulisan Sdr Sabri Zain (http://www.sabrizain.org/reformasi/diary/htm ) yang mencatatkan Majlis Pelncaran Parti Keadilan Nasional (KeADILan) pada 23.5.1999.Peristiwa tersebut penuh bersejarah.Sila ambil perhatian kepada nama-nama yang dicatatkan didalam tulisan tersebut untuk memahami sepenuhnya isu ini.Dan saya mengakhiri 'hujjah' saya dengan membawa maxim/pepatah perundangan res ipsa laquitor (the fact speaks for itself/fakta yang terserlah menceritakan segala-galanya).
Light in the Darkness
May 23rd, 1999
PRM President Dr Syed Husin Ali, his son Ali and I arrived in Temerloh around 7:30 pm in the evening - in the middle of a massive downpour. By the time we arrived at the Sakura Hotel, the press conference was nearly over. "Do you have any messages from your husband for the people of Pahang?" asked one of the reporters. "Yes, I do," Datin Seri Wan Azizah replied. "And I shall tell you what it is at this evening's launch."
For tonight, Sunday May 23rd, 1999, Parti Keadilan Nasional was going to spread its wings in Pahang Darul Makmur.
The original venue of the launch was supposed to be Temerloh's Dewan Tun Razak - police permits had been obtained, the town council had approved the use of the hall and the organisers had even made the rental payment in full. "Suddenly, all the approvals were withdrawn at the last minute," moaned one of the organisers. "Despite promises from the District Police Chief and the Town Council that it wouldn't be canceled." A new venue had been found - a football field in the remote village of Kampung Paya Jauh, a few kilometres outside of town.
"I'm not surprised," Syed Husin said. "They did the same thing to a PRM ceramah in Melaka last week. They withdrew the permit at the very last minute, without warning. People had already gathered at the site and they were dispersed by police. Pamphlets and leaflets were also confiscated. Someone went around town tearing down our posters."
"Malaysian democracy at its best," I thought to myself.
We walked out of the hotel with Datin Seri's entourage and proceeded to a supporter's house just behind the hotel for dinner. By the time we had finished our meal, a small crowd of neighbours had gathered outside the simple, single-floor terrace house. "Boleh kita jumpa sama Datin Seri?" asked an elderly Chinese man in a singlet and boxer shorts, as what appeared to be several generations of his family peered curiously from behind his shoulders. "Tentu boleh!" the houseowner declared. A small cheer broke out as she walked among them, greeting them with a cheery 'Ni hao ma' .
We walked back to the hotel and ran smack into a large Chinese wedding reception at the hotel lobby and restaurant. "Wah, Wan Azizah!" somebody cried and there was another cheer. The poor bride and groom were forgotten momentarily as the wedding guests rushed to Datin Seri Wan Azizah and she disappeared into a sea of outstretched hands.
Suddenly, one of the organisers approached us. "We've just found out that the police have refused to give us a permit!" he said. "And it was they who had suggested the alternative venue!"
"Well, what now?!" I said.
"We'll just have to go there and see what happens. They've already set up road blocks leading to the place."
At that moment, a loud siren began wailing as a fire brigade van zipped past, red and blue lights flashing, and stopped in front of the Temerloh supermarket across the road.
A large crowd of people had now gathered in front of the hotel. It was a scene of utter confusion! Some people were standing around hoping to catch sight of Datin Seri Wan Azizah. Some were standing around looking for the fire across the road. Wedding guests were standing around wondering what happened to the wedding. PKN supporters were standing around wondering where to go. And the rest were just passers-by wondering why there were so many people looking confused!
The moment we started the car and drove towards Kampung Paya Jauh, FRU officers had already arrived and were ordering by-standers to disperse.
We left the town area, crossing the bridge over the huge Pahang River, on the road leading to Kuantan. Just after the bridge, we ran into a police road block - but the officers just waved traffic on.
There was no mistaking that we were now in the rural heartland - where else would you see traffic signs for cattle crossings? But the massive traffic jam we were in was hardly suitable for such a rural setting. For as far as the eye could see, the traffic snaked slowly along, with literally thousands of cars all crawling towards the same destination. Traffic on the other side of the road was virtually non-existent. PKN, PAS and DAP flags along the whole length of the road guided us towards the small side road leading to Kampung Paya Jauh.
Long before we reached that junction, cars were already double-parked along the main road and people were starting to walk the three or more kilometres to the football field. A convoy of a dozen or so motorcycles zoomed past us - the pillion riders each waving large PAS flags.
The narrow laterite road was virtually a river of cars, motorcycles and people - thousands upon thousands of them, walking slowly , through oil palm plantations and secondary forest , in the darkness of the night, the moon blanketed behind black storm clouds. They seemed like an army of refugees fleeing from some unknown, oppressive terror.
Old Malay men in white skull caps, their wives in white prayer shawls, young Chinese parents with their toddlers in their arms, elderly Indian pensioners - panting and sweating as they made their way uphill and downhill on that long, winding road - it was like an exodus of people of all races, all ages, all walks of life, converging upon the Promised Land of freedom and justice.
If the authorities thought that making people walk many kilometres on a wet, muddy road to an isolated clearing deep in the middle of a forest would put them off coming - they were dead wrong.
By the time we reached the football field, it was already swarming with people. For as far as the eye could see, well into the tree line at the edge of the field, that remote football field was already carpeted with people. Drenched by the early evening thunderstorm and later tread underfoot by tens of thousands of people, the ground had already turned into a near-liquid quagmire of mud.
But it did not stop people from sitting down - some came equipped with plastic mats or low stools, others just didn't care and sat squat on the mud. They had come to see the birth of a new political force, a force for change in Pahang - and they weren't going to let a little mud stop them.
I noticed that the whole field was in pitch darkness, except for a few stalls by the side that had diesel generators. "They'd cut the electricity!" someone said. "There's been a blackout here since 9.00 pm." This was the exact time the launch was supposed to start. Pure coincidence, I'm sure. I shook my head in disbelief at the lengths people were willing to go to stop this launch.
The stage was a small, rusty zinc roof - no bigger than a car shed - with a few yellow plastic chairs under it. "We have not been given a permit to hold this launch!" Keadilan Pahang Head Hj Suhaimi Said told the sea of people before him. "But Kak Wan has a short message for all of you. We will then all say a 'doa selamat' and disperse."
The crowd went wild with cheers as Datin Seri Wan Azizah made her way to the microphone. "Though we are darkness, we all share a light in our hearts," she said, looking at the darkness all around us. "I bring you a message from Brother Anwar. He says that the struggle is going to be a long one. But God will give us strength and we shall carry on the struggle. 'Lawan tetap lawan!' "
A shudder shook that rusty zinc roof as tens of thousands of voices roared in approval. "They refused to give us a permit to meet tonight. They have used all kind of excuses and tricks to break our will. But tonight I, Datin Seri Wan Azizah, am proud to officially launch Parti Keadilan Nasional in Pahang. May God bless us and give us victory!"
More cheers shattered the dark stillness of the night and, for a moment, there was pandemonium as the crowd surged forward, converging like a whirlpool of humanity towards that rusty, zinc roof.
"Mereka datang! Mereka datang!" someone shouted as a number of muscular men in green jackets and wearing motorcycle helmets with their visors down approached the stage. A very frightened TV3 cameraman moved in behind them as he zoomed in on Datin Seri Wan Azizah.
PKN supporters rushed in front of the stage to block their way and tension gripped the air as the shouts grew louder and louder. Again, the crowd surged forward, and the shouts became a deafening din.
"We will now say the 'doa selamat'!" someone announced and the shouting crowd fell silent as the tens of thousands on the field bowed their heads to God and raised their hands in prayer. The low murmur of 'Amin' echoed into the night for close to fifteen minutes - the doa seemed to last forever. The air was tense with nervous anticipation as the men in helmets glared menacingly at the praying supporters.
I silently slot in a little ‘doa’ for our safety as well.
Almost as soon as the last 'Amin' was recited and we had touched our faces with our hands to mark the end of prayer, Datin Seri Wan Azizah was whisked speedily through the surging crowd.
The launch itself had lasted no more than thirty minutes. It was the shortest Keadilan launch I'd been to - but it was also the most gripping and emotion-filled.
As we drove back to Temerloh, Dr Syed looked back on the night with a great deal of satisfaction and pride. "It takes a lot of spirit, true 'semangat', to make all those tens of thousands of people walk for hours, for miles in the mud, in the dark, in the middle of nowhere. No one can ignore this groundswell of emotion and enthusiasm. These people want change - and they want it badly."
Indeed, there was no need to explain to these people the finer points of the law, the intricacies of judicial independence, the noble tenets of democracy, the complexities of party politics. All they knew was that a great wrong had been done, against all the traditional values that they held dear, and they were outraged. They wanted change.
That was enough for them.
And, despite the broken promises, the blackouts, the threats, the obstacles, the dirty tricks, and everything else that was thrown in their way - they made their voices heard, they made their presence felt, they showed their strength and their will.
And change will come, to Pahang, to Malaysia, Insyallah.

Tuesday, January 26, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS SOLAT HAJAT

MAJLIS SOLAT HAJAT PERBICARAAN PENDAKWAAN FITNAH TERHADAP DATO SERI ANWAR IBRAHIM

Tarikh:1 haribulan Februari 2009 (Isnin)

Masa: Selepas Solat Maghrib

Tempat: Surau Kampung Paya Kechil Temerloh

Majlis Solat Hajat ini akan di pimpin oleh USTAZ RAMLANG PORIGI

*Semua Muslim dan Muslimat dijemput beramai-ramai untuk bersama menyertai solat hajat ini.Selepas Isyak akan diadakan Majlis Penerangan mengenai kes Dato Seri Anwar Ibrahim oleh :

1.YH Dato Fauzi Abd Rahman

2.YB Tuan Syed Hamid (ADUN Semantan)

3.Tuan Haji Suhaimi Said

4.Sdr.Abdullah Karim

5.Sdr.Ahmad Nizam Hamid

6.Ustaz Johari Ishak (Ketua Dewan Pemuda PAS Temerloh)

7.Ustaz Ramlang Porigi.

Tuesday, January 12, 2010

Kontroversi Penggunaan Istilah 'ALLAH',Pandangan Lain Dari Pengarang Kristian


THE CHRISTIAN GOD MUST BE CALLED BY HIS OWN NAMES

A Christian author in Sabah observes that all the Christians leaders who so far had made statements with regards to the issue of the use of the name ‘Allah’ in Malaysia had shown gross ignorance on a very important matter in the issue.
Raymond Tombung, a wellknown columnist and journalist in Sabah, says that the President
UPKO, Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Clarence Bongkos Malakun as the President of the Council of Justices of the Peace, Malaysia are both clearly unaware that the Judeo-Christian God has many biblical names.
"It is not quite right that Tan Sri Bernard had proposed to use the name 'God' in English church services, 'Tuhan' in Malay services and 'Kinoingan' in Kadazandusun services, while Datuk Clarence had proposed the name 'Tuhan' or 'Tuhan yang Mahakuasa'", Tombung said.
"This clearly proves that as Christians they are ignorant of the names of their own God, most likely because of poor biblical knowledge as a result of low readership and study of the Holy Bible."
Tombung, who recently authored and published a Christian book and also ministers by teaching and preaching in his evangelical church in Sabah explains that the Judeo-Christian God whose revelations preceeded Islam is called by various names, which are Yahweh, El, El-Shaddai, Elohim, Adonai, and Jehovah.
He points out that "God's commandments listed in the Ten Commandments alone give very strict provisions on how we should address our God. The first commandment says that 'Thou shall have no other gods before Me' which means we cannot even so much as allude to the possibility of God being called by wrong names."
"The third commandment also clearly states that 'You shall not take the name of the LORD your God in vain' which means we must not so much as play around with His names, or modify or abuse them for whatever purpose," he said.
"As such, to suggest that God be called 'Allah' and 'Kinoingan' is blasphemous. Christians who believe and worship their God should at least know His names and would fear the possibility of offending Him by calling Him with the wrong names.
"Therefore, the legal pursuit by churches to have the right to use 'Allah' to call their God is clearly wrong and offensive to God. That is why our church, since 2006, had decided to call God with the name 'Yahweh' instead of 'Allah.'
"In view of this, Datuk Clarence's call for compromise is commendable, but the proper names of God must be used. 'Tuhan,' and 'God' are generic names, like calling a person 'human' whereas their specific (personal) names are 'John', 'Joe', Steven and so on.
"The churches can easly switch from 'Allah' by replacing it with 'Yahweh' everytime the names occurs, as what we do in our church," Tombung said.
He also opined that the court victory to have the right to use 'Allah' is a political victory which will lead to more negative consequences, not only due to political backlashes but because it is not sanctioned by God himself. "For blessing, we Christians need to be right with Him firstly and lastly."
*Tulisan ini di petik dari laman SabahKini (http://www.sabahkini.net )

Friday, January 1, 2010

Dan Dekad Pertama Abad Ke-21 Pun Melabuhkan Tirainya...Catatan Buat Sdr.SN Sang Penyair,NBJ Sang Pemimpi Dan SMN Sang Pembawa Obor


Dan kita pun berada di Dekad kedua dalam Kurun Ke-21.Dan setiapkali dipenghujung tahun dan tahun baru masihi menjelang saya buat kesekian kalinya menoleh kebelakang meneliti seputar kurun-waktu yang ditinggalkan yang tak mungkin kembali.
Manusia yang mengaku moden,maju dan canggih dikurun-waktu semalam dan hari ini masih gagal menegakkan martabat insani sesuai dengan fitrah kita sebagai homo sapien diletakkan di bumi ini,maruah,hak dan harkat manusia masih dan tetap sekadar mainan retorika para Dewa-samada di bumi bertuah ini mahupun sejagat-yang tertindas masih lagi dibelengu rantai besi-waja yang merantai;kemiskinan dan kebuluran tetap bermaharajalela tatkala manusia bercita-cita kepingin untuk menawan tujuh petala langit dan menghabiskan wang untuk menjelajah angkasa;penyakit AIDS dan kini AH1N1 masih belum ketemu penawar yang mujarab;kebebasan masih lagi suatu impian yang akan sirna;ISA masih menjadi jembalang dan pelesit;keangkuhan USA serta sekutunya tidak nampak semakin urung dan Tanahair tercinta ini kian menghampiri gaung-ngeri dek keserakahan para Dewa yang menganggap kekuasaan adalah lesen mutlak untuk menjarah anakbangsa sendiri.Ya,saya mungkin pesimis namun begitulah hakikatnya dari tahun ke tahun,dari kurun-waktu ke kurun-waktu.
Sepanjang sejarah manusia,yang kuat tetap menjadi kudrat sementara yang lemah kekal dihimpit belengu penindasan.Hak untuk menikmati hidup kadang-kadang sekadar menjadi mimpi indah,lihat sahaja mereka yang miskin tanah-bukannya isu hari ini tetapi sudah sejak sekian lama,dari Kg.Berembang ke Kg.Buah Pala dan awal tahun ini para penduduk Kg.Matau Bandar Jengka akan bakal berhadapan dengan kekuasaan para kapitalis;mereka yang berbudi kepada tanah tetapi malangnya kerana tiada sekeping kertas yang bernama hak milik tidak lebih sekadar setinggan tanpa hak biarpun mereka yang membuka-menghuni tanah sejak sekian lama.
Dan rakyat tetap perlu di bonsaikan akal budi agar para Dewa senantiasa dilihat sebagai Yang Perlu Di Taati tanpa soal,rakyat perlu kowtow kepada para Dewa kekuasaan kerana setiap ulas butir suara yang keluar dari mulut para Dewa adalah sabda yang perlu di akuri tanpa basa basi.
Suara rakyat yang dissendent adalah perlambangan kepada sebuah penderhakaan,suara rakyat yang menuntut hak perlu dipadamkan,wajib dibisukan dengan mengerah seluruh kekuatan aparat negara (yang nampaknya berkhidmat demi mengekalkan status quo kekuasaan para Dewa);dan rakyat yang berani bangkit-berdiri-menggenggam tangan-menjulang ke udara sesungguhnya kepada para Dewa adalah alat asing,alat Yahudi,tidak patriotiks dan pengkhianat.
Manakala khazanah negara ditadbir bagai harta pusaka yang diwarisi,yang boleh 'dikononkan' sesuka hati,yang difaraidh demi tembolok anak isteri dan handai taulan.Amanah menjaga khazanah hanyalah bak desiran angin monsun Timur Laut,tidak lebih dan tidak kurang.Sementara rakyat semestinya menanggung segala kerosakan yang dicipta oleh para Dewa kerana rakyat tidak lebih dari semut-kerengga semata.
Maafkan aku teman,tatkala kau sedang bergembira menyambut Tahun baru ini,aku menjadi seorang sentimantalis,seorang lelaki yang pessimis dan seorang anak Bumi Manusia yang sinis.Aku tidak dapat menahan diri dari meratap-menghiba;juga tidak dapat menahan diri dari menjadi seorang yang skeptikal.
Yang tinggal untuk kita ialah imperatif perlu punya CINTA dan KECINTAAN kerana sesungguhnya dengan CINTA yang membara terhadap bumi bertuah ini,nescaya bara digenggam menjadi cair.Percayalah dengan CINTA Gunung Kinabalu akan bisa menjadi rata.Maka marilah kita berjuang dengan KECINTAAN abadi kepada tanahair tercinta.
Dan aku akan setia menunggu ketikanya belenggu penjajahan minda dan feudal rakyat tercinta terungkai...
Dan aku akan terus setia menunggu CINTA ini menjadi kian mekar memberikan warna dan wajah baru buat tanah bertuah ini dan seluruh alam jagat...
Dan....
Dan...
Dan...
Dan...
Dan aku tentunya setia menunggu revolusi berikutnya yang kau canangkan itu...